DIA | 53

25.5K 795 3
                                        

Suasana di kafe hospital agak bising apatah lagi sudah menginjak waktu tengah hari. Rafique masih lagi menanti butir bicara yang ingin Carl sampaikan padanya.

Sudah hampir 10 minit masing-masing berdiam diri. Rafique mengeluh kasar. Bosan. Lebih baik dia teman Adra di atas daripada membuang masa merenung Carl.

"Cindy on the way," tutur Carl setelah telefonnya diletakkan di atas meja. Rafique mempamerkan wajah menyampah.

"Sorry kalau aku menyusahkan kau. Tapi ni benda penting yang kau perlu tahu."

"Kenapa kau tak bagitahu aku je? Memang nak kena tunggu Cindy ke apa?" Soal Rafique kasar.

Tidak lama selepas itu, tempat di sebelah Carl diduduki seseorang. Terus Rafique mengangkat wajahnya. Seketika, dia mengeluh lega. Sebenarnya, dia terfikir kalau Cindy ada mesti Nadine pun ada. Tapi, sekarang hanya Cindy seorang saja di depannya.  

"Sorry Carl, Raf. I lambat sikit." Ucap Cindy sambil menatap satu persatu wajah lelaki berdua itu.  

"So, Cindy. You nak apa jumpa I? Apa yang penting sangat?" Terus Rafique menyoal sambil berpeluk tubuh dan menyandarkan badannya pada kerusi.

"Sebelum tu, I nak tahu. Betul ke you dah break up dengan Nadine?" 

Tanpa ragu-ragu terus Rafique mengangguk. Cindy menjeling Carl di sebelah.

"Okay, I terus straight to the point jelah." Ujar Cindy. Rafique lantas mengangguk.

"Err, ni..." Cindy mengeluarkan paket-paket ubat milik Nadine yang sempat diambilnya sebelum ke hospital di atas meja.

Berkerut dahi Rafique. Terus diambil sepaket ubat yang ada di atas meja dan dibaca nama ubat tersebut.

"Fluoxetine? Apa benda ni?" Soal Rafique dengan dahi yang berlapis-lapis. Cindy menoleh ke arah Carl.

"Tu ubat untuk kemurungan atau mental." Kata Carl. Tiba-tiba, Rafique ketawa.

"Apa kena mengena dengan aku? Kau nak suruh aku ambil ubat mental ni ke apa?" Tawa Rafique masih lagi bersisa. Sedangkan Carl dan Cindy langsung tidak membuat lawak.

"Nadine. Dia bekas pesakit mental ataupun kemurungan. I sendiri baru tahu pasal ni lepas I siasat pasal diri dia sebenar." Beritahu Cindy.

Automatik tawa Rafique berhenti. Seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Whh-- what?" Rafique sudah menegakkan badannya.

"Selain I jumpa ubat ni, I ada jumpa juga surat yang mengesahkan dia memang bekas pesakit mental. Then, semalam I pergi jumpa doktor psikiatri yang pernah merawat Nadine. Dan apa yang doktor tu bagitahu I memang buat I terkejut sangat-sangat." Terang Cindy sambil mengeluh. Dia sendiri tak sangka yang selama ini dia berkawan dengan seorang bekas pesakit mental. Dia dan Nadine sudah berkawan lebih dari 1 tahun selepas mereka berkenalan sewaktu photoshoot bersama-sama.

"Doktor tu cakap yang awal tahun haritu Nadine ada jumpa dia and Nadine yakinkan doktor tu yang dia dah sembuh. Dia dah tak rasa murung macam dulu. Walaupun doktor tu rasa was-was tapi doktor tu tetap suruh Nadine teruskan makan ubat macam selalu tanpa henti."

Rafique terdiam seribu bahasa.

"Nadine merupakan pesakit Neurosis. I sendiri tak pasti apa dia but itu yang doktor tu bagitahu. Lepas dia jumpa doktor tu terus dia dah tak jumpa dengan doktor yang merawat dia. Banyak I jumpa ubat dia dekat bilik dia and dalam tong sampah." Sambung Cindy.

"Jadi maknanya dia stop makan ubat dia, macam tu?" Soal Rafique. Dan Cindy mengangguk.

"Raf, dia stop makan ubat lepas kau dengan dia bercinta." Carl bersuara. Rafique seakan terhenyak sendiri.

"Apa yang I tahu, Nadine tak boleh stress. Dia boleh kemurungan." Tutur Cindy lagi.

Rafique menghela nafas berat. Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang.

"Dia pun boleh cederakan diri dia sendiri dan... orang lain.." perlahan saja suara Cindy kemudian dia mengeluh.

"Ada lagi yang you perlu tahu Raf.." 

"Apa dia?"

"Waktu I tanya Nadine pasal ni, dia marah-marah. Dia ugut akan cederakan I macam... err... macam.." tergagap-gagap suara Cindy. Dia seakan gelisah. 

"Macam apa Cindy?" Gesa Rafique.  

"Dia yang buat mama you masuk hospital but I don't know... itu yang dia cakapkan dekat I. Raf, please... kalau you nak marah Nadine, I mohon janganlah. I tak nak dia apa-apakan diri dia." Rayu Cindy pula kali ini.

Seakan batu besar yang menghempap dirinya, Rafique seakan tak mampu mengawal rasa marahnya. Bergerak rahangnya.

"You ingat Raf! You akan menyesal tak lama lagi!"

Masih dia ingat jeritan ugutan daripada Nadine sewaktu kali terakhir dia berjumpa dengan gadis itu dan memutuskan hubungan mereka yang terjalin selama setahun itu.

"Kurang ajar!" Ucap Rafique geram tanpa sedar.

"Raf, Raf... please, don't. I mohon..." rayu Cindy bersungguh-sungguh. Wajahnya seakan mahu menangis.

"Dia hampir nak buat mama I mati. Dia cuba nak bunuh mama I!"

"Ya, ya I tahu. Tapi tolonglah Raf. You tak boleh salahkan dia. You patutnya salahkan diri you juga. Sebab you dia jadi macam tu."

"Raf, aku nak kau relaks. Kita bincang balik nanti macam mana. Sekarang ni aku nak kau tenangkan hati dengan fikiran kau." Pujuk Carl yang sedari tadi diam.

Dalam diam, Rafique menyumpah seranah Nadine.

"Cindy, you balik dulu. Nanti I jumpa you." Kata Carl dan Cindy mengangguk lemah.

Rafique tidak menunggu lama untuk beredar dari situ dengan perasaan marah yang membuak-buak.

Votes and comments. TQ !

Cintai Aku. [ complete ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang