Media:
Rafique Iman."Terima kasih sebab hantarkan Ara. Nanti balik Ara naik teksi." Kata Adra sambil tersenyum nipis.
"It's okay. Nanti dah siap, call je abang. Biar abang ambil."
"Tak payahlah sebab nanti menyusahkan abang pula. Ara boleh balik sendiri. Apapun, terima kasih sekali lagi. Ara keluar dulu tau." Tangan Rafique disalam terlebih dahulu barulah dia keluar dari perut kereta.
Rafique terpaksa akur. Dia berlalu meninggalkan perkarangan pusat beli belah Aeon Mall itu dengan lambaian daripada Adra.
Adra menarik nafas kemudian hembus perlahan. Dia pelik dengan dirinya sendiri. Sudah tahu yang orang itu tak sukakan dirinya, tapi cintanya buat lelaki itu semakin kuat.
Tidak mahu terus beremosi, terus sahaja Adra masuk ke dalam Aeon Mall. Dia sudah berjanji dengan Lily untuk berjumpa di KFC. Lama juga dia tidak berjumpa dengan Lily. Tiba-tiba semalam Lily telefon. Bukan main seronok lagi Adra.
Dari jauh sudah nampak figura Lily yang sedang duduk menghadap kawasan luar KFC. Tersenyum Adra apabila melihat Lily tetapi senyumannya mati serta merta apabila melihat seseorang yang berada di hadapan Lily.
Afiq.
Sebenarnya, Adra cuba untuk tidak berjumpa dengan Afiq lagi tetapi hari ini... lain pulak jadinya.
"Ara.... rindunya aku..." terus sahaja tubuh Adra dipeluk Lily. Adra membalas pelukan tersebut dengan penuh rasa rindu.
"Aku pun rindu kau jugak." Adra duduk di sebelah Lily tapi mujur tidak berhadapan dengan Afiq.
"Ara, kenal tak ni siapa?" Soal Lily sambil keningnya dinaik-naikkan. Adra memandang Afiq yang sedang tersenyum manis itu. Macam manalah Afiq boleh ada sekali ni?
"Kenal. Haritu dah jumpa dah dekat Econsave." Balas Adra.
"Kau kata kita berdua je?" Soal Adra, selamba.
"Hehe.. sorry. Sebenarnya, Afiq nak join sekali, aku saja je tak bagitahu kau. Nanti tak suprise pulak." Ujar Lily lalu ketawa kecil.
Adra tak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana. Dia teruja dan seronok apabila dapat keluar dengan kawan baiknya. Tetapi, moodnya seolah-olah hilang apabila Afiq turut ada.
"Kau nak makan apa-apa tak? Biar aku orderkan." Cepat sahaja Adra menggeleng.
"Okay. Aku nak pergi order jap. Kau Fiq, nak makan apa?" Soal Lily kepada Afiq.
"Aku order sendiri je nanti."
"Alah, kau duduk jelah sembang dengan Ara. Biar aku orderkan."
Adra sudah mahu tercekik. Boleh pula Lily membuat keputusan untuknya sendiri. Biar jelah Afiq nak ikut Lily...
Akhirnya, Afiq ikut saja apa kata Lily. Setelah memesan makanan yang dia inginkan kepada Lily, terus Lily beredar meninggalkan mereka berdua.
Suasana menjadi awkward.
"Awak sihat? Tak sangka kita jumpa lagikan. Macam jodoh pulak." Afiq cuba memulakan perbualan dengan gurauan. Adra tersenyum nipis.
YOU ARE READING
Cintai Aku. [ complete ]
Romance🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung...