Dari kejauhan sudah kelihatan dua orang sahabat sedang bergelak ketawa. Entah apalah yang mencuit hati mereka.
Mereka bertatapan dan tersenyum sesama sendiri.
"Weh kau nak dengar tak aku nyanyi? Alang-alang aku dah reti main gitar kau ni." Soalnya pada jejaka tampan dihadapannya ini.Walaupun berkaca mata namun tidak mencacatkan wajah tampannya. Pada dia,lelaki di hadapannya ini adalah lelaki yang paling sempurna.
"Muka kau tu tak payah nak poyo sangat bole tak? Kalau bukan sebab aku kau tak tahu main gitar tu tau..." Die berpeluk tubuh. Matanya menatap gadis dihadapannya itu. Pakaian macam jantan. Penat nasihat. Tapi macam cakap di angin lalu saja.
"Ye lah..nak dengar tak?"
"Boleh lah..belanja satu lagu.." Matanya menatap mata gadis dihadapannya itu. Gadis itu tersenyum. Terasa getaran di dada apabila mata mereka saling bersabung.
"Ready eh..ehem.."
"Kau ada di kala ku suka..
Di kala ku duka..
Setiap tangisan dan juga ketawa..
Kau ada dikalaku perlu..
Disetiap tangisku..
Terus menemaniku tanpa rasa jemu.."
Tersenyum dia mendengar suara merdu itu menyanyikan lagu persahabatan mereka. Tanpa disuruh dia turut bernyanyi."Kaulah yang selalu..
Selalu menemaniku..
Mendengar kisah patut manis hidupku..
Kaulah yang disitu..setia menungguku..
Kaulah yang satu menjadi sahabatku.."
"Wowowowo..."
Suara mereka bersatu. Kemudian,mereka tergelak. Boleh pulak berduet di tengah-tengah taman tasik ni. Orang yang lalu lalang tidak dihiraukan. Port mereka. Apedehal?
HAHAHAHAHAHA.."Babe.." Perlahan dia menoleh ke arah si jejaka itu.
"Yup.."
"Boleh janji dengan aku?"
"Janji apa?" Berkerut wajah gadis itu mendengar kata-kata darinya.
"Jangan tinggal kan aku.." Matanya terpancar sinar penuh harapan. Gadis itu terkedu namun hanya seketika.
"Boleh aje..alah untuk boyfriend aku seorang ni apa lah sangat kan?" Wajahnya tersenyum membalas senyum si lelaki itu. Bahu tegap itu ditepuknya. Dalam diam,dia cuba menyatakan perasaannya.
"Janji dengan aku..jangan sesekali putuskan hubungan persahabatan kita ni?" Wajah itu ditatapnya lagi.
Gadis itulah sahabat dunia akhiratnya. Gadis itu lah yang banyak beri dia nasihat. Memberinya kegembiraan. Berada disisinya tika dia susah dan senang.
Gadis itu sekali lagi kelihatan terkedu. Lama dia menatap wajah jejaka dihadapannya ini.
"Janji dengan aku..jangan putuskan persahabatan ni..jangan tinggal kan aku sampai bila-bila" Gadis itu masih terdiam.
"Promise?" Jari kelingking dihulurkannya. Gadis itu masih terdiam. Wajah jejaka itu dipandang silih berganti dengan jari itu.
-------
Harap Maaf atas typo bertebaran🙏🏻
Vote dan comment dialu2kan 😘Sila2 la follow 🙈
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...