Usia perkahwinan mereka sudah mencecah 1 tahun.Rutin harian mereka masih berjalan lancar spt suami isteri yg lain. Iman juga tdk kekok bermesra. Malah makin diperbaiki. Affan pula makin menjadi-jadi manjanya bila Iman mula tunjuk mesra dan tindak balas positif. Mereka sama-sama ingin mencapai kebahagiaan.
Kehidupan mereka spt biasa.Masih tiada perubahan. Masih berdua. Masih tiada tanda-tanda utk bertiga. Tiada rezeki mungkin. Affan masih sabar menanti kehadiran itu. Dia tahu rezeki itu ditgn Tuhan. Malah dia makin berusaha utk mencapai kehadiran itu.
Ya. Anak. Affan sgt menginginkan penyambung zuriatnya. Cemburu rasa hati apabila melihat Ilham dan Ikram bermain dgn ank sendiri. Dia bila lagi? Selalu jugak tanya Iman. Saja-saja. Ade aje la jawapannya.
"Syg..bile kita nak dpt anak?"
"Tak de rezeki..sabar lah..""Iman..tak teringin ke nak ade anak?"
"Siapa je yg tak teringin Affan? Belum rezeki kita..""Iman syg..Affan jeles tgk Ilham dgn Ikram.."
"Jeles kenapa?"
"Dorg main dgn anak sendiri...kita bila lagi sayang..?"
"Rezeki kita belum sampai lagi la Affan..sabar eh.."Kerap kali ditanya..namun itulah jawapannya. Tiada rezeki.
Ya. Dia cemburu. Sgt cemburu. Namun apalah sgt rasa cemburu dia dgn rasa cemburu Iman bukan? Iman pasti lebih terasa dgn perasaan tersebut. Ye la perempuan kan ade naluri keibuan.
Namun..hari ni dia ternyata kecewa..
"Iman! What the hell is this?!" Mata Affan tajam memanah Wajah Iman. Iman terkedu. Matanya melorot pd tgn Affan. Sekali lagi dia terkedu. Mcm mne Affan boleh jumpa? Iman sudah mula gelisah.
"Iman..I'm talking to you..what is this?!" Suara Affan semakin tegang. Iman telan air liur terasa pahit.
"Tu..tu.."
"Tu..tu..ape? Sejak bila gagap nih?!" Jerkah Affan lagi. Rahangnya bergerak-gerak. Sakit hatinya melihat berpapan-papan ubat di tangannya ini. Rasa nak terjerut lehernya. Nak terkeluar matanya. Dan rasa spt dicucuk-cucuk hatinya. Sampai hati Iman....
"Tu..vitamin je..jee.." Iman masih tergagap-gagal. Takut melihat Affan yg naik tegang.
"Do you think that I'm so fool?" Ujar Affan sinis. Kakinya menapak merapati Iman. Iman semakin ketar. Seram memikirkan ape yg akan terjadi.
"Cakap betul-betul dgn Affan..Ape motif Iman makan ubat ni?" Soal Affan dgn Suara yg tegang. Tegas. Dia bukannya bodoh tak boleh bezakan ni pil perancang atau vitamin! Kalau dah ade tulis hari kat atas papan tu..vitamin lagi ke?
"I'm sorry..." ucap Iman perlahan. Iman mula menangis. Teresak. Air Matanya sudah mengalir lebat ke pipi.
"Sorry? Iman ingat sorry tu boleh hilang kan rasa sakit hati Affan ke?!" Jerkahnya lagi. Wajahnya mula memerah. Iman terhinggut-hinggut menangis.
"Iman tahu kan..Affan nak sgt anak.." Suaranya mula kendur.
"I know..."
"But you eat this pil?! Why Iman?!" Suaranya kembali melengking. Serentak ubat itu dibaling ke lantai. Bersepah papan-papan ubat tersebut di lantai.
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...