"Selamat pagi tok nek!"
"Haish bdk ni..terkejut org aje tau.."
"Hahaha..tok nek masak ape tu?"
Dijengahnya kuali dihadapan tok nek. Bihun goreng.
"Masak kepala kerbau..tak nampak?"
Iman tergelak.Amboi tok nek dah pandai memerli.
"Tok nek..tok mne?"
"Pi surau.."
"Ooo.."
Iman mula duduk di meja makan. Semua dah terhidang. Lambat pula dia bangun harini. Affan la punye pasal. Tak cukup tidur dibuatnya.
"Basah rambut ngah pagi-pagi ni.." tegur tok nek selamba. Iman merah muka. Haish tok nek ni mcm tak pernah muda pula.
"Basah la..nak mandi.."
"Ye la..mandi wajib..sahih basah rambut kan?"usik tok nek lagi. Iman muka makin berbahang. Tok nek tergelak nakal. Bukan dia tak tahu. Dia dgr. Eh?
HAHAHAHAHAHAHAHA
"Sayang..!!"
Iman menoleh ke arah suara Affan. Kemudian dia memandang tok nek. Tok nek angkat bahu.
"Pergi la tgk..mane tahu terjatuh ke.."
"Ye la.."
"Tgk je..jangan nak kene mandi lagi pula.."
"Haishh tak de la.." Terdengar Suara tok nek ketawa. Aiseyman malu di pagi hari!
"You nak apa panggil I?" Soal Iman bila kakinya masuk ke dalam bilik. Dia tercengang.
"You kenapa?" Soal Iman hairan. Mana tak heran..Affan tgh berdiri atas katil dengan muka geli geleman.
"Please tgk ape kat bawah katil ni.."
"Ha? Ada ape?"
"Tgk la Iman..I nampak benda bulu-bulu tadi.."
"Bulu-bulu?" Iman terus menunduk melihat bawah katil. Iman tersenyum.
"Kucing spe ni? Comel nyeeee.." Iman mengambil kucing oren berbulu lebat itu. Diusap-usap kucing itu.
Meow..
"Alololo...comelnye dia.." Digomol-gomol kucing itu.
"Sayang.."
"Ape? Kucing je..nak?"
Iman menalakan kucing itu pada Affan. Affan melompat.
"Noooo! Syg...jauhkan dia dari Affan!"
"Kalau tak nak?" Wajah Iman mula kelihatan nakal. Sengihnya melambangkan misi nakalnya.
Bukan dia tidak tahu,Affan memang tak suka kucing. Geli katanya. Dulu kalau tgh melepak tiba-tiba ada kucing lalu Affan dah melompat menjerit melolong dah. Walaupun kucing tu tak kacau dia pun!
"Syg..please..you tahu kan I tak suka kucing.."
"Itu dulu..sekarang you kena suka..sebab i suka.."
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...