"Babe.."
"Yup?"
"I tanya sikit boleh Fiyy?"
"Sejak bila you pandai minta izin ni?"
"Ye la..takut you kecil hati pula.."
"Sokay..tanya la.."
Tangannya masih lincah melilit tudung di kepala Iman. Iman hanya diam.
"Erm..your hubby? Dia orang sama ke dengan orang you cerite dekat club dulu?" Soal Jane perlahan. Dia bukan apa,dia tengok apa yang Iman pernah cakap dulu,sama aje dengan sikap Affan. Means..Iman kahwin dengan orang yang dia cinta lah kan? Hek?
"Erm..Kalau tak nak jawab pun tak pe.." ujar Jane lagi apabila Iman senyap tidak membalas.
"Hurm..dia lah orangnya Jane.." Matanya menatap wajah Jane. Jane tersenyum. Dia ingat Jane akan terkejut.
"I dah agak.."
"Dah agak? Macam mane you boleh tahu?"
"Babe..dulu you selalu cerita pasal dia la.. then masa you mabuk..you always membebel pasal dia..so dari situ I dapat detect la perangai dia macam mana..rupa dia macam mana.. Walaupun you tak selalu sebut nama tuan punya badan."
"Oh"
Itu saja yang terluah dari bibirnya. Speechless.
"Ok babe...you dah siap! Omaigoddd you look so stunning babyyyy.." Jane sudah teruja. Cantiknya! Macam Cinderella! Dengan tema Fairytales memang buat nampak Iman lebih cantik tertarik kau memang deboom!
"I'm very sure husband you mesti terkaku tgk you kejap lagi!"
"Hesy ada-ada aje lah you ni.."
"Okk you duduk dulu eh..I nak panggil photographer.."
"Photographer ke bakal suami?"
"Haip..you ni senyap-senyap sudah la.."
Iman ketawa. Wajah Jane kembali berbahang. Malu la tu..
Diperhatinya langkah Jane keluar dari bilik hotel ini. Iman menatap pantulan tubuhnya yang terbias di cermin almari itu.
Dia tersenyum sendiri. Ini lah pakaian yang dia ingin kan dahulu. Fairytales. Dia sendiri terkejut dengan tema ini. Dulu dia bergaduh dengan Affan di butik pengantin kerana tema perkahwinan mereka sehingga dia ingin batalkan majlis resepsi ini kerana geram dengan Affan.
"Iman..tema songket kan cantik?"
"I tak nak la! I nak fairytales!"
"Fairytales tu bukan budaya kita Iman.."
"I nak tema fairytales jugak!"
"Iman.."
"You tak nak sudah! You sanding sendiri! Tak pun batalkan aje majlis resepsi ni senang!"
Masa tu seminggu dia tak nak jumpa Affan. Call mesej WhatsApp sume dia ignore. Lagi-lagi dari Affan. Tapi lama-lama dia ikut juga tema yang Affan nak. Itu pun selepas puas dipujuk oleh Mummynya.
Tapi alih-alih harini dia tengok baju lain pula yang keluar. Dia hanya terima dengan hati terbuka. Ye la..dah suka kan? Takkan nak memberontak lagi?
"Menung ape?" Iman tersentak apabila suara itu berbisik di telinganya lembut. Dia melihat figura Affan yang berada di belakang nye menerusi cermin. Tangan Affan berlingkar dipinggangnya.
"Thanks.."
"For what syg?" Pipi Iman dikucupnya lembut.
"I ingat tema kita harini songket ala-ala tradisional...tapi tengok sekarang tema fairytales pula.."
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...