"Assalamualaikum..tok! tok nek!"
Iman sudah terpacak depan pintu. Affan dibiarkan tidur dalam kereta. Tadi bila dah masuk kawasan kg mereka tukar tempat. Dia yang memandu sebab Affan tak tahu selok belok kg ni. Lagipun sekarang dah malam. Affan punye pasal lah..elok boleh sampai petang tadi dah terpaksa sampai malam. Grr..suami sape ntah..
"Waalaikumussalam..kejap ye nak.." suara tok nek mula kedengaran. Iman sudah mula menyengih. Tak sabar nak jumpa tok nek dgn tok! Rindu!
Pintu terbuka dan pantas tubuh tua itu diterkam dan dipeluk erat.
"Tok nek!"
"Ya Allah! Cucu aku.." Mereka berbalas pelukan. Iman mencium kekura tua itu. Dia tersenyum. Sebak pula tgk tok nek. Lama tak jumpa. Masa majlis nya dulu tok dengan tok nek tak dapat hadir. Tak sihat katanya.
"Bang Haji! Ni cucu kita balik ni.."
"Cucu mana malam-malam buta balik ni hajah Hatimah oii.." Suara toknya mula kedengaran. Iman tersengih. Amboi tok lupa cucu nampak!
"Abg Cepat lah!"
"Ye la..aku nak sarung kain kejap!"
"Hesy tok kamu ni..ada aje jawabnya!"
Iman tergelak. Tok dengan tok nek..selalu gaduh-gaduh manja. Tapi mereka kekal bahagia sehingga tua.
"Ehhh angah ka tu?"
"Ye tok..angah ni..tak kenal dah ke?"
"Allah..rindunya kami dkt kamu Angah oii.."
Tangan tok Iman Salam dan dikucupnya. Senyumannya masih tdk pudar di bibir.
"Sorang jaa ka? Laki kamu mana?" Soalan tok nek buat dia tepuk dahi. Allah! Lupa pula!
"Err..balik dengan laki angah la..sat dia dekat dalam kereta..hehehe.."
"Iman Saffiya! Awat pi tinggal laki hang dalam keta tu? Pi ajak dia masuk..lekaih!" Tok nek sudah mula mengarah. Iman cepat-cepat melangkah ke kereta semula.
Dia ke tempat sebelah pemandu di mana Affan sedang tidur. Pintu dibuka. Bahu Affan digoncangnya perahan.
"Affan..bangun.."
"Erm.." Matanya masih dipejam. Sengaja nak mengada-ngada. Bukan selalu manja-manja.
"Affan..cepatlah..kita dah sampai.."
"Ngantuk.." rengeknya manja.
"Ye la..nanti naik tidurlah. Dah cepat bangun.. Affan! Dah malam la!"
"Eee..bukan nak kejut baik-baik.." Affan mencebik. Perlahan tubuhnya bangun dan keluar dari kereta. Dia bergerak ke belakang membuka bonet dan beg dikeluarkan. Satu beg roda cukup untuk mereka berdua.
Iman tercengang. Merajuk ke pak cik ni?
"Cepatla..tercongok kat sini buat apa?" Sergah Affan. Iman terkejut. Matanya bulat menatap wajah Affan.
"Syg..I tahu I hensem..jangan lah pandang I tak lepas.."
"Hesy..dia ni kan!"
Mereka mula menapak naik ke dalam rumah.
"Ni ka laki hang ngah?" Soal tok nek. Tgnnya menyambut Salam dari Affan. Kemudian Affan menyalam tok di sebelah tok nek. Mereka menyambut dengan senyuman.
"Ada laki lain ke ikut angah balik tok nek?" Iman berpura-pura melihat ke luar. Affan geleng kepala. Mai dah mood nakal dia.
"Hesy kamu ni! Ada aje nak kenakan tok nek kan!"
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...