"Sayang..Affan mandi eh.."
"Pergilah.."
"Jangan rindu tau.."
"Tak de kerja.."
"Ke nak teman Affan mandi sekali?"
"Affan!!"
"Okk.." Affan ketawa besar. Suka tengok Iman merah muka.
Iman jeling langkah Affan. Nasib aku dah mandi awal. Kalau tak jenuh menunggu. Affan mandi dahlah lama.
Matanya menatap pemandangan di balkoni hotel. Ya hotel. Satu malam tidur di hotel. Kononnya hotel bagi free satu malam utk pengantin. Mula-mula dia sendiri tak nak. Dia nak balik rumah. Lebih bebas tpi setelah dipujuk dia ikutkan aje.
Letih badan seharian di dewan. Kena senyum..layan tetamu..dan yang paling dia nk elak kena interview dgn wartawan.
"Iqbal dan isteri boleh ceritakn detik perkenalan?"
"Oo..cerita kami tak de lah menarik mana.. saya kenal dengan isteri saya sejak di unicersiti lagi. Kami satu U satu course. Dia lah satu-satunya kawan yang saya ada masa tu."
"Satu-satunya kawan? Dulu Iqbal tak de kawan yang lain atau Iqbal memang tdk suka berkawan?"
"Saya memang tak de kawan. Dulu saya tak macam ni. Dulu saya nerd pakai spek. Orang semua tak nak kawan saya maybe nampak hodoh? Haha. Saya berkenalan dgn isteri saya masa kami sama-sama rushing nak masuk kelas. Kami berlanggar dan mula lah detik berkenalan kami. Tapi yang saya tak bole tahan..isteri saya yang comel ni..dia ajak saya ponteng kuliah lepas kami berlanggar masa tu.." Pipi Iman dicuitnya. Iman merah muka.
"Jadi Saffiya? Masa tu kenapa tiba-tiba boleh ter kawan dengan Iqbal? Haha.." Iman tergelak kecil. Terkawan eh. Iman menoleh je arah Affan. Affan angkat kening. Dia pun nak tahu jugak kenapa..
"Masa tu saya sendiri tak tahu apa yang mendorong saya untuk berkwn dengan budak nerd macam dia ni.."
"Amboii.." Affan konon cekak pinggang. Wartawan dan penonton lain sudah tergelak. Iman juga sama.
"Tapi masa tu saya pun tak de geng jugak. So dari situ kami mula rapat. Kami mula lepak sama-sama. Belajar sama-sama. Buat keje gila sama-sama."
"Wah..menarik! Cuba bagi satu kerja gila yang korang penah buat?"
Mereka berpandangan dan tergelak.
"Erm..kami penah curi-curi masuk ke dalam bilik prof semata-mata nak hanta kerja yang tak siap."
"Kalau kami tak hantar sebelum pagi esoknya kami tak dapat markah.." Iman smbung.
"Kantoi tak?"
"Huh suma salah dia.."
"Nape I plak?"
"You la..jatuh lepastu spek tertinggal la fail kerja lain tertinggal la..tak pasal kantoi kita masuk.."
"Ala..benda dah lama lah yang." Iman hanya peluk tubuh. Yang lain sudah gelak mendengar kisah mereka.
"Jadi..dah bape lama korang kawan sampai harini?"
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...