"Iman.." panggilan itu buat Iman tersentak. Ditoleh ke sebelah. Affan senyum nipis menatapnya.
"Jom.." Jemari Iman dikaitkan bersama jemarinya. Perlahan mereka bergerak. Mata Iman meliar melihat sekeliling. Along dan Ilham sudah ke taman permainan seberang sana. Seronok anak-anak saudaranya. Dia tersenyum.
"Iman.."
"Hurm.." Mata Iman masih meliar. Sudah lama tidak ke taman ini. Taman yang menyimpan beribu kenangan persahabatan mereka. Rindu..sebak pula rasa bila ingat kenangan lama.
"Affan tak pernah terfikir yang kita akan berjalan dekat sini...dengan keadaan macam ni.."
"Means?"
"Jalan pegang tangan dgn Iman..dengan status suami isteri...Oh my God I can't believe this dear..."
"Kau tak pernah..aku pernah.." gumam Iman perlahan. Affan menoleh. Dengar macam Iman bercakap.
"Are you talking to me?"
"Ha? Bila?" Iman gigit bibir. Dengar ke?
"Sokay..jom pergi sana..."
Mereka melangkah ke arah tempat duduk yang diteduhi dengan pohon besar itu. Redup.
"Iman..see this..tak hilang pun.." Affan menuding jarinya ke arah meja tersebut. Wajahnya teruja. Iman melihat dan sedikit tergamam.
Iman
&
Affan
4ever
Friendsss❤️Iman menyentuh tulisan itu. Tulisan atau goresan? Haha..dia ingat lagi kenangan itu..
Mereka bernyanyi dan berjanji untuk tidak putus sahabat. Kemudian mereka lakarkan tulisan itu dengan gunting. Memang vandalisme. Hahaha. Bertahun sudah berlalu. Namun tulisan itu tidak hilang."Perjanjian.."
"Ha?"
"Friendship Rules?"
"Iman.."
"Perjanjian yang kononnya tdk akan memutuskan persahabatan tapi akhirnye?"
"I'm sorry.." Jemari Iman digenggam dan dikucupnya lembut. Ya dia tahu dia yang salah. Dia sangat sangat menyesal sebab terlalu bodoh! Tak tahu nak menilai mana kaca dan permata.
"Maaf kan Affan sebab putuskan persahabatan kita dulu..Affan tahu masa tu Affan terlalu bodoh sebab.."
"Shh.."
Jarinya manis melekap di bibir Affan menghentikan kata-kata dari bibir itu."Cukuplah..I tak nak dengar.."
"Tapi Iman.."
"Shh! Just forget it for a while.. I malas nak sakit kepala fikir pasal tu..."
"Sorry.."
"I dtg sini nak relax..Bkn nak tension.."
"Okkk..jom jalan pergi sana..."
Mereka mula melangkah. Menikmati keindahan tasik yang terbentang dan ragam manusia disekeliling. Kejap lagi kalau dah nak senja mesti matahari mula terbenam. Boleh tengok..
"Affan dah lama tak datang sini..Rindu pula suasana taman dengan tasik kat sini.."
"You dah lama tak datang sini?"
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...