Bab 12

22.3K 586 22
                                    

"Yow bro.." Bahu itu dia tepuk.

"Sampai pun..ingat tak kenal jalan dah sejak berbini..." sindir Qarliq. Affan juling mata ke atas.

"Poyo la kau.."

"Kau nak ape ajak jumpe ni? Dah ada bini pun nak kacau aku.."

"Tak nak jumpa tak pe lah aku balik.." Ujar Affan konon-konon merajuk. Qarliq tunjuk muka menyampah.

"Kau tak payah ngada sangat la nak merajuk bagai..aku tak de maknanye nak pujuk..ke nak aku panggil Puan Iman?"

"Hisy! Teruk betul! Patut lah sampai sekarang tak de yang lekat dekat kau!" Kutuk Affan. Dia kembali duduk.

"Hanya seorang saja yang mampu isi hati aku yang lain tak perlu..." kata-kata itu buat Affan terdiam. Lama dia tilik wajah Qarliq.

"Kau nape tgk aku macam tu?"

"Kau dah jumpa Qaseh ke?"

"Tak..cuma dia saja yang ada dlm hati aku.."

"Walaupun dia tak terima kau? Dia hina kau?"

"Cinta tak kenal siapa.."

Affan terdiam. Kuat sungguh cinta si Qarliq ini pada Qaseh. Dia pernah melamar wanita itu tapi yang dia dapat hanya lah hinaan dan cacian semata. Punye lah tebal wajah si Qarliq ni menahan malu tapi sampai sekarang dia masih cintakan wanita itu.

Berlainan dengan kisahnya. Dia dan Iman bersahabat. Iman cintakan dia dalam diam. Tapi dia cintakan orang lain. Sampailah mereka terputus hubungan. Baru dia sedar siapa Iman dalam hatinya.

"Fan! Termenung pulak.." Tersentak Affan apabila bahunya ditolak.

"Kau rasa kan..Iman memang dah terima ke aku sbg suami dia?" Entah macam mana terpacul soalan itu dari bibirnya. Qarliq diam.

Dia tahu kisah Affan dan Iman. Tapi utk menilik hati Iman itu bukan kerja dia.

"Itu aku tak tahu..kau sendiri kena tanya dia. Kalau kau buat andaian sendiri lain masalah pula yang jadi..."

"Aku sayang Iman..aku tak nak hilang dia untuk kali kedua.."

"Aku tahu..lelaki mana saja sanggup hilang wanita yang dia sayang?" Soal Qarliq mendalam. Dia tahu kerana dia sendiri mengalaminya.

Affan terdiam.

"Satu je lah Fan..kau kena pandai tackle hati dia. Ambil hati dia. Buat dia jatuh cinta balik dekat kau..lama-lama nanti mula kisah percintaan.."

"Hurm.."

"Bak kata Rahul..Percintaan ialah persahabatan."

"Kau tgk Hindustan?"

"Come on la Affan..director drama cinta pun lelaki takkan penonton tak boleh lelaki?"

"Fine!"

"Cubalah jinakkan dulu burung merpati..baru boleh kita belai..baru boleh kita dakap.."

"Oh god! Seriously ni Tengku ZulQarliq?" Affan tayang wajah teruja. Susah kawan dia ni nak berjiwang karat guna ayat bunga-bunga.

"Asal tak pernah nampak ank Tengku ni bermadah pujangga ke?"

"Hahaha..good improvement dude!"

"Err..Tengku.."

Mereka menoleh. Dilihat seorang lelaki muda garu kepala.

"Why Qalif?" Soal Qarliq. Affan menatap wajah lelaki itu tunak. Mcm pernah tgk.

"Err..Mak Engku suruh Tengku balik.."

IMANAFFAN💞 [COMPLETED]Where stories live. Discover now