Bab 1

31.1K 826 42
                                    

"Aku terima nikah Iman Saffiya binti Arman Shah dengan mas kahwinnya 10,000 ringgit tunai.."

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

Maka terjalinlah ikatan suci malah halal antara lelaki dan perempuan. Satu lagi masjid dibina atas dasar halal. Masjid yang kita sendiri tidak tahu apa cabaran yang perlu mereka hadapi.

Menitis air mata Iman. Tidak disangka dia sudah menjadi kepada seseorang yang sangat dia tidak sangka. Maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang isteri.

Matanya ditala ke hadapan. Dilihat lelaki yang sah menjadi suaminya itu sedang solat sunat. Itu lah masa depannya. Dia sendiri tidak tahu mampu kah dia menjadi seorang isteri yang baik kepada lelaki itu. Mampu kah dia menguruskan rumah tangganya nanti. Semua persoalan itu berlegar-legar dikepalanya.

Matanya memandang sang suami yang sudah duduk dihadapannya. Si dia tersenyum. Terus kepalanya tertunduk. Berdebar.

"Saya dengan ini mengaku bahawa apabila saya meninggalkan isteri saya Iman Saffiya binti Arman Shah selama tempoh 4 bulan hijrah dengan sengaja tanpa nafkah atau saya hilang daripada tempat yang tidak diketahui sama ada hidup atau matinya atau saya telah menyebabkan kecederaan pada tubuh badannya dan kemudian dia membuat aduan kepala mahkamah syariah dengan alasan yang wajar mendapati ianya benar maka jatuhlah atasnya satu talak."

Iman menatap wajah dihadapannya. Kemudian,beralih kepala tangan yang sedang memegang kertas yang dibacanya itu. Tangan itu mengigil. Iman tersenyum kecil.

"Iman..."

Iman tersentak. Dia menoleh ke kanan melihat Datin Soffiya,mummynya.

"Nak sarung cincin dah..mengelamun pula.." Iman tertunduk malu. Aisey..kantoi pula..

"Biasalah..pengantin..ingat cerita malam nanti aje..."

Bertambah merah muka Iman. Bahang pula duduk sini.

Kata-kata ibu saudaranya itu mendapat gelak tawa tetamu yang lain. Sakan mereka ketawa.

"Iman Saffiya.."

Perlahan Iman angkat kepala. Lihat si suami dihadapannya yang kini sudah bersedia untuk menyarungkan cincin. Senyuman yang diterimanya menggetarkan sendi-sendi. Manis ya ampun!

"Selamat pengantin baru..." ujarnya lagi. Iman masih diam. Jemari Iman disentuhnya lembut. Dia tersenyum. Tangan Iman sejuk. Beku macam dalam peti sejuk.

"Nervous ke?"

Soal lelaki itu dengan senyuman nakal. Mata Iman mengecil memandang wajah dihadapannya. Lelaki itu tergelak kecil.

"Janganlah pandang macam tu..tergoda karang.."

Mata Iman membulat. Main-main! Grr..sakit hati.

"Ini cincinnya..."

Huluran daripada pengapit lelaki itu diambil. Cincin itu perlahan disarungkan ke jari manis isteri yang dicintainya itu. Perfect fit. Ngam-ngam. Dia tersenyum. Ukuran yang sama dengan jari kelingkingnya.

"Sis..salam tangan suami..one shot..lama sikit sis..."

Iman menurut walaupun hatinya dah meletup-meletup dengan rasa marah. Banyak songeh betullah! Iman merungut dalam hati.

IMANAFFAN💞 [COMPLETED]Where stories live. Discover now