"Iman..."
"Hurm.."
"Ok tak ni?"
"I'm okay.." Iman Cuba ukir senyuman. Wajahnya pucat. Susah betul la kalau demam ni. Dia mula nak menempel dgn Affan aje. Kalau dulu die berkepit dengan Mummy saja bile dia demam ke sakit ke..skng Affan la jadi galang gantinya.
Tapi tak boleh berkepit sangat. Kita dekat rumah mertua kan? Ingat Iman! Mummy kau dah berbuih mulut nasihat kau jaga adab dekat rumah mertua!
Perlahan Iman bangun dari baringnya. Affan hanya memerhati. Lepas subuh Iman terus menempel dengan dia. Tak nak renggang langsung. Nak peluk aje. Dia layankan...bukan selalu dia nak berpeluk dengan Iman. Kalau dah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Hek hek hek
"Iman nak pergi mane syg?"
"Nak turun la..teman umi buat sarapan.." ujarnya perlahan. Walaupun sebenarnya dia rasa lemah lagi tapi dia kena bangun jugak. Apa pula kata umi Affan nanti.
"Syg..you demam kan? Kenapa nak wat keje dapur pula..nanti makin teruk macam mane?" Soal Affan lembut. Dia perlahan bangkit dari katil dan melangkah ke arah Iman yang sedang menyikat rambut.
Perlahan tubuh Iman didakap dari belakang. Masih rasa bahang di tubuh Iman. Perlahan rambut Iman dikucup. Wangi. Bau Iman! Hahahaha
"You ni..tak manis la..baru sehari I balik sini I nak tunjuk malas pula..ape pula kata Umi nanti? Hurm..?" Jawab Iman lembut. Rambutnya diikat ekor kuda. Dia melihat pantulan dirinya dan Affan didalam cermin. Affan menatap wajahnya menerusi cermin tersebut.
"Syg..Uni faham la. Affan dah cakap semalam dengan Umi yang Iman demam..Umi suruh Iman rehat je sayang.."
Wajahnya disembam ke leher Iman. Kemudian naik ke pipi Iman. Satu kucupan hangat ditinggalkn disitu.
"Tak pe la..I nak turun. You nak rehat pergilah rehat..I nak tolong Umi.."
"Eee..bini sape la yang degil sangat ni..!!"
Pipi Iman digomolnya dari tepi buat Iman kegelian.
"Geli la.." perlahan wajah Affan ditolak.
"Biar you rasa..susah sangat kan..I suruh rehat pun payah.."
"It's okay Affan..I dah sihat sikit.."
"Tapi.."
"Shhh..dah I nak turun.."
"Tapi dengan syarat.." Dahi Iman berkerut. Dia berpaling menghadap Affan. Tangan Affan berlingkar di pinggangnya dengan wajah yang nakal.
"Ape? You ni I nak turun dapur je la..bukan nak pergi mana pun..." Dada Affan ditepuk perlahan. Dia tergelak kecil. Haih..tak larat nak marah-marah. Tengah demam ni semua benda jadi slow motion aje kerjanya.
"Kiss dulu.." Affan muncungkan bibirnya. Mata Iman mengecil.
"Ni bukan syarat tapi ambil kesempatan..dah malas I nak layan you.." Ditolak dada Affan menjauhnya. Masih perlahan dan lembut sentuhannya. Tak larat.
"No..kiss dulu.."
"Affan..I Tak larat la nak layan you.." Ujar Iman seperti merayu. Suaranya lemah sahaja.
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...