"Ngah.." Iman menoleh. Ilham memandang dia dengan sengihan. Iman angkat kening.
"Apehal?"
"Hehehehe.."
"Kau nak ape panggil aku pastu sengih-sengih? Aku sepok kau kang.." Bulat mata Iman memandang Ilham. Adik dia ni sengal kadang-kdg tak bole bawa bincang.
"Alorh..gurau pun tak boleh.." Ilham mencebik. Iman baling bantal kecil di ribanya ke arah Ilham. Tepat kena muka.
"Woi..kau pahal ngah?!" Muncung Ilham mula keluar. Hahahaha
Iman ketawa. Ilham dengan perangai budak dia tak boleh dipisahkan.
"Pdn muka! Menyakitkan aty aku aje!"? Matanya menjeling Ilham. Ilham jeling dia balik.
Eh eh main jeling-jeling pula. Beginilah kalau mereka pulang ke rumah orang tua mereka. Tak pernah tak gaduh. Harini dia balik pun sebab nak bagi tahu keluarganya yg dia hamil. Semalam dia pulang ke rumah orang tua Affan. Gembira bukan main Umi Affan. Habis semua apa yg Iman nak dia buatkan. Suka la Iman!
"Okk..menantu Umi ade mengidam apa-apa? Umi boleh masak kan.." Soal Datin Saliena teruja. Iman sengih. Dia jeling Affan kat sebelah.
"Tak de rasa nak apa-apa la Umi.." tolak Iman lembut. Tak nak bebankan mertuanya.
"Eh..mne bole tak de..cepat..kalau bole masak Umi masak.." Iman menyiku Affan. Affan pndng sambil angkat bahu. Iman mencebik.
"Iman..jgn lah malu..Mcm tak biasa pula..." Iman senyum malu. Memang dia ade ngidam. Tapi malu lah nak cakap.
"Dia teringin nak makan cupcake yg Umi buat dulu.."
"Ooo..alah..senang aje tu..kejap lgi Umi buat.."
Dan cupcakenya habis Iman makan. Suka betul dia. Affan tak larat nak larang. Kalau larang kang merajuk. Kang merajuk dia tidur luar. Merana badan sendiri.
"Asal aku rasa mcm duduk dekat gurun ni? Sunyi je.." Ikram tiba-tiba menyampuk. Iman dan Ilham menjeling sesama mereka.
"Eh korg ni dah kenapa? Main jeling-jeling pula?" Ujar Ikram lagi. Kepala Ilham digsoknya kasar. Serabut rambutnya.
"Woi! Ape ni Along?!" Muncungnya makin panjang. Iman ketawa. Ikram rosak kan lagi rambut Ilham. Kemudian dia duduk disebelah Ilham dengan tawa yg bersisa. Ilham jeling Ikram.
"Mcm budak kecik! Dah jadi bapak org pun nak muncung-muncung..nyampah aku!" Kutuk Ikram. Ilham pukul Ikram guna bantal yg Iman baling padanya tadi.
"Eh eh..kau nape pukul aku?"
"Menyakitkan hati!" Ilham mencebik.
"Korang pula gaduh..hahaha.." Iman ketawa.
"Long..ade yg belum kena lgi la.." Mata mereka mula memandang Iman dengan pandangan nakal. Iman terdiam.
"Ape?"
"Saje pndng.." Sengih nakal terbit dari bibir mereka. Iman mula rasa seriau.
"Korg jgn eh.." Iman pucat. Dorang ni tahu kelemahan aku. Mampus aku!
"Arghhh!!!!" Iman menjerit apabila tubuhnya sudah terlentang di atas lantai apabila Ilham dan Ikram menarik nya.
YOU ARE READING
IMANAFFAN💞 [COMPLETED]
Romance~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin m...