IF IT IS IMPORTANT TO YOU, YOU WILL FIND AWAY. IF NOT, YOU'LL FINE AN AXCUSE.
Tiba di kedai makan, Hizzwan dan Ikhmal berjalan masuk ke dalam. Mereka di sambut oleh penjaga kauter dengan ucapan selamat pagi. Hizzwan dan Ikhmal terpaksa mengambil tempat yang paling hujung kerana semua meja telah di ambil. Hizzwan duduk berhadapan dengan Ikhmal. Tidak sampai tiga minit mereka menunggu, akhirnya seorang pelayan wanita datang ke meja mereka sambil membawa sebuah buku nota kecil dan sebatang pen.
" Nak oder apa, bang ? " tanya pelayan itu. Matanya tidak berhenti dari memandang Hizzwan. Hizzwan perasan dengan tenungan yang diberikan, tapi dia hanya membiarkan sahaja.
Selesai mengambil pesanan, Ikhmal memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
" Lepas habis semaster ni, hang nak sambung apa ? Dah ada plan nak sambung mana - mana ka ? " tanya Ikhmal. Selepas tamat semaster ini, mukin mereka akan mebuat haluan masing - masing dan mereka akan berpisah.
" Aku dah ada plan. Kalau ikutkan walid aku, dia tak nak aku sambung mana - mana dah. Dia nak aku pegang company dia je. Tapi kalau ikutkan bonda aku pulak, aku kena pergi US sambung PhD. Bonda aku cakap, dah alang - alang aku tahu pasal sains perubatan sambung je la PhD. Boleh juga jadi doktor dan aku juga dapat capai apa yang aku nak. Kau dah ada plan nak sambung mana - mana ke, Ikhmal ? " terang Hizzwan panjang lebar. Selepas dia mendapat keputusa SPM, banyak tawaran dari universiti luar negara dan di dalam negara. Tetapi Hizzwan menolak dan dia memilih untuk menyambung belajar di USM Terengganu selama dua tahu setengah dalam bidang sains perubatan.
" Nak tak nak. Aku pun sambung PhD juga kot. Tapi tak ada lah macam hang, sampai ke US tuh. Aku sambung dekat India ja. Bila aku habis sambung PhD dan dapat kerja, baru lah aku dengan Hanna kahwin " terang Ikhmal. Ikhmal sudah mengenali Hanna selama dua tahun. Mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dan apabila Ikhmal sudah mendapat apa yang dia ingin capai, barulah mereka berkahwin.
" India pun, kau ingat dekat ? Kalau boleh kan, aku tak nak pergi sampai US tuh. Aku nak buat home school. Baru best. Tak payah aku tahan rindu dekat kekasih aku. Nak kena hadap rindu tu tujuh tahun kau tahu tak ? Kalau boleh aku nak bawa je duduk US dengan aku sekali " balas Hizzwan. Sebenarnya, Hizzwan lebih suka untuk memegang syarikat walidnya. Tetapi demi cita - citanya dia sanggup bekorban. Usaha tangga kejayaan. Sekiranya Hizzwan tidak usaha, maka dia tidak akan dapat apa yang mahukan.
Makanan dan minuman dihantar oleh pelayan wanita yang sama. Hizzwan melihat wajah pelayan itu. Wajahnya licin tanpa sebarang jerawat. Pelayan itu perasan dengan tenungan Hizzwan. Mata mereka bertembung. Hizzwan memalingkan wajahnya ke luar kedai. Pelayan perempuan melihatnya, tetapi Hizzwan tidak melayannya. Ikhmal perasan dengan tenungan pelayan itu.
" Terima kasih " ucap Ikhmal. Dia mengucap terima kasih kerana ingin menghentikan lamunan pelayan itu.
" sama - sama. Enjoy your food. Abang Ikhmal, nanti bayar di kauter dan lepas tu jumpa Ika sekejap tau " balas pelayan itu. Senyuman diberikan. Dia memberi kenyitan mata kepada Hizzwan. Hizzwan pula perasan dengan kenyitan mata itu lalu terdetik di dalam hatinya gatal nye perempuan ni. Muka dah cantik, tapi gatal la pulak. Haih, manusia - manusia Hizzwan beristighfar selepas mengata di dalam hati.
" Ngek hang nak buat home school ! Hang ingat ni sekolah menengah ka ? Eehh sekejap. Tadi hang cakap, tak tahan rindu kan ? Sejak bila hang pandai bercinta nih ? Hang tak tahan rindu dengan sapa ? " tanya Ikhmal. Dia sedikit terkejut dengan apa yang diberi tahu oleh Hizzwan. Selama dia berkawan dengan Hizzwan, Hizzwan tidak pernah bercinta dan tak mahu bercinta.
" Aku takut, aku tak boleh nak tahan rindu dekat bonda dan walid aku " jawab Hizzwan selamba. Dia menyedut jus carrot susu.
" Ouh. Izz, aku nak tanya sikit boleh ? " tanya Ikhmal tiba - tiba. Lama dia menyimpan soalan ini, akhirnya dia memberanikan diri untuk bertanya tentang hal ini kerana dia takut Hizzwan akan terluka akan pertanyaannya yang akan membabitkan orang yang paling rapat dengannya dan orang yang paling dia sayangi.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...