Hizzwan dan Dato Ramzan melangkah masuk ke dalam rumah. Dato Ramzan masuk ke dalam biliknya manakala Hizzwan ke dapur. Masuk sahaja ke dapur terlihat adik iparnya sedang masak kek. Lantas dia mendekati Syazira yang sedang memasukkan tepung ke dalam bekas sebelum di ulikan.
"Haahh Zira!!" gempar Hizzwan dari belakang Syazira. Terlepas senduk dari pegangan Syazira.
"Mama Zira nak kawen!" latah Syazira sebelum mendengus perlahan. Hizzwan sudah tersenyum nakal.
"Nak kahwin? Zira biar betul?" tanya Hizzwan mengusik. Entah kenapa dia suka betul menyakat Syazira.
Mungkin kerana Syazira seorang yang pendiam. Hizzwan mengusik kerana mahu Syazira keluarkan suara. Hizzwan tahu Syazira sudah lama menahan sabar dengannya. Tapi dia peduli apa? Janji dia dapat mengusik adik iparnya.
Syafiqha melangkah masuk ke dapur. Terlihat suaminya sedang duduk di atas meja semyakat adik perempuannya. Perlahan dia mendekati suaminya itu.
"Lama dah balik?" tanya Syafiqha sebelum berdiri di sebelah Syazira.
"Tak ada lah lama sangat" jawab Hizzwan sebelum dia membelek kulit telur yang ada di dalam mangkuk itu.
" Fiqha, awak tahu tak adik awak ni gatal. Dia cakap dia nak kahwin" sambung Hizzwan.
"Abang Izz!" marah Syazira geram. Kang ada yang kena hempuk dengab telur ni.
"Hahaha!! Apa?"Hizzwan melepaskan tawanya. Seronok melihat Syazira menahan marah terhadapnya.
"Boleh tak kalau sehari tak kacau Zira?" Syazira bersuara. Hizzwan menggelengkan kepalanya.
"Tak"
"Akak, tengok la laki akak tu. Dari tadi lagi dia kacau Zira. Zira nak buat kek pun tak senang. Kejap lagi dia belek-belek mesin uli ni lah. Kejap dia dia bagi tumpah tepung. Kejap dia hilangkan telur lah. Spoil betul lah dia nih!" adu Syazira kepada Syafiqha sebelum menolak bekas yang berisi tepung ke arah Syafiqha. Syafiqha memandang Hizzwan yang tersenyum lebar itu.
"Awak, naik atas boleh tak? Pergi lah tidur" kata Syafiqha. Hizzwan mencebik. Sikit-sikit nak ngadu.
"Tak nak. Nak makan kek" rengek Hizzwan. Syazira yang mendengar sudah membuat muka menyampah.
"Kejap lagi saya bawa naik bilik. Awak tunggu dalam bilik eh" pujuk Syafiqha sebelum menolak suaminya keluar dari dapur. Hizzwan hanya mengikut. Lantas dia menyusun langkah naik ke bilik.
Setelah selesai menolong Syazira membuar kek di dapur, Syafiqha naik ke atas sambil membawa sepotong Red Velvet Chessee ke biliknya. Syafiqha menguak pintu kamarnya. Terlihat Hizzwan sedang melakar sesuatu iPad Pro miliknya.
Perlahan Syafiqha mendekati suminya sebelum mengintai dari belakang untuk lihat apa yang dilakar.
"Lukis apa tu? Kosong je?"
"Kuman" jawapan dari Hizzwan membuatkan Syafiqha menghamburkan ketawanya kuat.
Hizzwan mengerutkan dahinya melihat Syafiqha menekan-nekan perutnya. Apa yang kelakar?
"Nah la awak punya kek" Syafiqha meletakkan kek itu di sebelah iPad Pro Hizzwan. Hizzwan tersenyum riang sebelum mula menjamah kek tersebut.
"Awak"
"Yap"
"Orang cakap tulisan doktor ni buruk. Doktor-doktor jer boleh faham. Awak tunjuk lah sikit tulisan awak" Syafiqha meminta. Dia pernah melihat tulisan doktor sewaktu dia melakukan check up untuk masuk ke UUM dulu. Tulisan doktor, tak ada beza dengan tulisan 'cakar ayam'
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
De TodoCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...