~CHAPTER 66~

2K 73 7
                                    

"Sayang, where's my songkok?" tanya Hizzwan. Panggilan juga ditukar memandangkan ramai penghuni di dapur ini.

"Bersemut dah balang kuih ni, mak uda" perli sepupu perempuan Hizzwan, Najwa. Tengku Hanis hanya senyum mendengar perlian dari anak saudaranya. Hizzwan mengelipkan sebelah matanya kepada Syafiqha.

"Macam mana bekas air ni boleh ada semut ni, mak uda?" tanya Imanina juga sepupu perempuan Hizzwan. Suadar yang lain sudah melepaskan ketawa melihat wajah Syafiqha sudah berona merah.

Syafiqha lantas bangun lalu mendapatkan Hizzwan. Syafiqha sempat mencubit lengan Hizzwan kerana membuatkan dirinya malu. Entah kenapa. Selamani dengan Hizzwan tidak pernah malu pun.

Hizzwan mengaduh sakit sebelum mencuit hidung Syafiqha. Syafiqha melangkah ke bagasi milik mereka. Hizzwan mengikut Syafiqha dari belakang. Syafiqha masuk ke dalam bilik, dia pun ikut.

"Nakal eh awak. Kalau berlakon, boleh tahan eh?" sindir Syafiqha. Hatinya sedikit tercuit dengan suaminya. Seolah dia seperti isteri simpanan.

Hizzwan hanya memandang Syafiqha yang sedang membebel itu. Dia tahu bahawa Syafiqha terasa hati dengannya.

"Kalau betul-betul panggil macam tu kan best" gumam Syafiqha perlahan tapi dapat didengari oleh Hizzwan. Lantas Hizzwan mendekati Syafiqha. Badan Syafiqha di pusing menghadapnya.

"Fiqha" panggil Hizzwan. Syafiqha masih menunduk memandang songkok Hizzwan yang di pegang.

"Fiqha, pandang la sini" pujuk Hizzwan lagi.

"Sayang..." panggil Hizzwab meleret lalu menagngkat dagu Syafiqha.

"Okey, listen here. Start from now, i will call you sayang. No more 'aku kau'" ujar Hizzwan lembut. Syafiqha memandang Hizzwan.

"Promise? Kalau awak rasa terpaksa tak payah la. Saya tak nak paksa awak pun"

"Tak. Saya promise" balas Hizzwan lalu mengangkat tangan kanannya bersumpah.

Syafiqha tersenyum lantas menjengkekkan kakinya untuk menyarungkan songkok di kepala Hizzwan. Tetapi tidak lepas kerana Hizzwan dua kali ganda tinggi darinya.

"Tunduk la"

"Ouh, lupa. Tak sampai" Syafiqha membalas dengan jelingan mendengar balasan Hizzwan.

"Kenapa yang kuat 'koyak' sangat ni?" tanya Hizzwan sambil menunduk memandang Syafiqha yang membetulkan butang baju Melayu bewarna royal blue yang elok tersarung di tubuhnya.

"Mana ada koyak. Saya sangaja je nak attention dari awak" jawab Syafiqha sambil tersengeh. Hizzwan mengherotkan bibirnya.

"Awak.." panggil Syafiqha lalu melebuhkan duduk bersimpuh di lantai sambil memandang wajah Hizzwan yang duduk di birai katil.

"Saya nak minta maaf" kata Syafiqha apabila mendengar balasan 'Hmm' dari Hizzwan. Tangan suaminya diraih.

Hizzwan terus meletakkan telefon di tepi lalu wajah Syafiqha ditatap.

"Saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya banyak buat salah dengan awak. Saya selalu paksa awak. Saya cepat 'koyak' dengan awak. Saya minta maaf sangat" pinta Syafiqha sebelum dia mengucup belakang tangan Hizzwan. Hizzwan menyentuh ubun-ubun Syafiqha sebelum mencaratkan satu ciuman di situ.

"Saya pun ada salah juga dekat awak. Saya marah awak. Layan nak tak nak je. Macam - macam lagi lah. Saya minta maaf, eh? Saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki saya" balas Hzizwan. Syafiqha mengangkat wajahnya menatap wajah tampan milik Hizzwan.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now