~ CHAPTER 36 ~

1.1K 46 1
                                    

Aku dah mintak tapi tak dapat.. Tak apa aku faham.. Selamat membaca!
***************

Tiba - tiba sekumpulan perempuan tidak cukup kain itu datang menghampiri Hizzwan dan Imran. Salah seorang dari mereka menolak Hizzwan bersandar di dinding. Imran juga diperlakukan begitu oleh salah seorang dari mereka.

Hizzwan menolak kasar tubuh perempuan itu. Imran yang tidak faham akan apa yang diperlakukan mereka, terus menolak tubuh perempuan yang berada di hdapannya.

"stay away from me! Go! " jerkah Hizzwan. Perempuan itu langsung tidak berganjak. Ditolaknya tubuh Hizzwan melekat ke dinding kembali. Kau asal doh main tolak - tolak dengan aku?!

"Blah lah syaitan durjana! Please, stay away from me! " jerkah Imran kepada perempuan dihadapannya itu. Perempuan itu tidak peduli akan apa yang dikata oleh Imran. Malah dia mendekatkan bibirnya ke leher putih milik Imran. Imran yang perasan akan tindakkan itu, menolak kepala perempuan itu menjauhi lehernya.

Barang yang di beli dibiarkan jatuh menyembah koridor itu. Kedua belah tangannya berada di dahi dua orang wanita yang menyerangnya. Lurus kedua belah tangannya menolak dahi dua orang wanita itu.

"aku cakap blah, blah lah!! Kau ni dah tak laku ke yang nak cari aku haa gilerr?!! Balik lah, bebal! Mak bapak kau cari nanti! Sh*t! " marah Imran. Tak sekarang ni siapa yang bebal? Imran ke betina tu? -_-

"Woi, kambing! Tak ada function pun lah kau cakap macam tu! Mak ayam ni bukan faham pon!!" Jerkah Hizzwan. Bukan faham pun apa yang Imran katakan. Hizzwan terpaksa menggunakan kekerasan.

"aku cakap kau tak nak blah... Kau tunggu sekejap" kata Hizzwan perlahan sebelum melepaskan plastik barangan yang dibeli ke koridor simen itu.

PANG!

Pipi kiri wanita itu dilempang kuat. Terjatuh dibuatnya wanita mabuk itu.

PANG!

Satu lagi tamparan melekat di pipi kanan wanita kedua pula. Wanita itu terus terjatuh menyembah koridor.

Dengan pantas Hizzwan mengambil semula beg plastik yang dilepaskan itu. Imran yang melihat tindakkan Hizzwan turut melakukan benda yang sama. Imran mengambil plastik makanan yang dibelinya. Mereka berdua berlari sekuat mungkin. Hizzwan dan Imran menggunakan sepenuh tenaga yang ada di dalam diri mereka. Kaki di langkah dengan selaju mungkin.

Hizzwan yang sampai terlebih dahulu dari Imran terus menekan button unclock. Pintu pemandu dibuka lalu ditenggelamkan dirinya ke dalam perut kereta. Pintu di tutup. Injen kereta dihidupkan. Terlihat Imran yang dikejar oleh sekumpulan wanita itu sudah hampir dengan keretanya. Imran terus memboloskan diri ke dalam kereta. Pintu ditutup. Tiba - tiba...

"AARRGGHHH!! MY FINGER!! " Jerit salah seorang dari mereka. Jarinya terkepit dek pintu kerana Imran menutup pintu kereta itu. Pedih. Boleh putus juga jari.

"HAHAAHA!! PADAN MUKA!! SIAPA SURUH LIGAN AKU??!!!" jerkah Imran dengan tawanya yang besar melihat wanita itu menjerit kerana jarinya terkepit.

"auchh!! Bod*h, kau boleh gelak?!! Buka lah pintu tu! Jari dia tu, setan!! Anak orang!! Bukan anak kau! " marah Hizzwan sambil menahan ketawa. Hizzwan menoleh ke arah Imran.

"nanti dia raba aku macam mana? Di ciumnya aku macam mana? Pipi aku untuk bini aku jer tau? Kau tahu tak tadi kan...." tanya Imran sebelum ayatnya dipotong oleh Hizzwan. Sakit jari dia tu..

"Weh, tenok! Dia pun tak hinggin lah raba cium kau semua tu!! Kau fikir dia tak ada taste macam kau? Buka lah pintu tu!" marah Hizzwan lagi. Imran terus membuka sedikit pintu kereta untuk memberi ruang wanita itu menarik kembali jarinya.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now