Canada
Hizzwan melangkah keluar dari perut kereta lalu berjalan menuju ke pintu rumah banglo dua tingkat milik Dato Rafiq. Setiba di depan pintu, Hizzwan memberi salam lalu melangkah masuk.
" Assalamualaikum " salam diberi oleh Hizzwan.
" Waalaikumsalam. Sayang, awak dah balik. Awak pergi mana tadi ? " tanya seorang wanita dalam lingkungan 23 tahun itu lalu memeluk Hizzwan dengan tiba - tiba. Tangan dan pipi Hizzwan di cium.
" aarrgghhh !!! Ada juga ke orang nak cabul aku ? Habis lah, aku dah tak suci. Kau siapa haa perempuan ? Dengan muka tak tahu malu tiba - tiba kiss orang ! Apa jenis betina kau ni ?! " tengking Hizzwan. Muka Hizzwan merah menyala menahan marah.
PANG !!
Satu tamparan melekat di pipi kanan wanita itu. Mencegah kemungkaran itu wajib bisik hati Hizzwan. Sakit hatinya apabila seorang perempuan menciumnya dengan tiba - tiba. Pipi dan tangannya hanya untuk bakal isterinya dan ibu bapanya sahaja.
" Sampai hati awak kan ? Sanggup lempang saya. Daddy saya tak pernah naik tangan dengan saya tau. Awak pula sanggup lempang saya " balas wanita itu.
" Sampai hati boleh lagi. Sampai kaki ? Tak ke pecah muka tuh ? Sebab daddy kau tak pernah lempang lah aku tolong lempangkan untuk kau. Kau yang suka hati cium aku. Ape kau ingat pipi aku ni untuk dicium sesuka hati ke ?! Kau tu perempuan. Jaga maruah kau. Kau tak kesian ke dekat mak bapak kau yang kena tanggung malu ?! " tengking Hizzwan lagi. Lepas juga marahnya. Dah la penat tiba - tiba ada pula makhluk Allah buat hal. Tanpa sedar air mata wanita itu mengalir dengan laju. Hizzwan yang menyedari tentang itu hanya diam seribu bahasa.
" eehh, kenapa ni Syaf ? Apa yang cium ? " tanya Datin Mazlina yang baru sahaja datang dari dapur setelah mendengar seperti orang bergaduh di ruang tamu.
" perempuan nih lah, mom. Dia cium Syaf. Lepastu panggil Syaf ni sayang. Sejak bila Syaf sayang dia entah " balas Hizzwan. Datin Mazlina memberi senyuman sahaja. Memang patut lah dia cium awak, sayang oi. Wajah awak dengan abang awak sama bisik Datin Mazlina di dalam hati lalu berjalan meninggalkan mereka berdua.
Hazzwan melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba - tiba dia rasa seperti terlanggar seseorang. Apabila mengangkat wajahnya Hizzwan lah orang yang dilanggar.
" Kau dah kenapa ? Mata kau lekat dekat mana ? Bontot ? Allah bagi mata guna lah " teguran Hizzwan menghentikan lamunan Hazzwan.
" sorry lah. Tu pon nak kecoh. Tadi dengar bising - bising. Kenapa ? Eehh dear, kenapa hidung merah - merah ni ? Lapar ? " tanya Hazzwan lalu mendekati wanita itu.
" x payah nak pujuk lah. Tadi senang - senang lempang orang. Lepas tu tak reti nak minta maaf " balas wanita itu. Wajahnya masih ditundukkan. Langsung tidak memandang atas. Hazzwan masih tidak faham dengan kata - kata wanita itu. Sejak bila aku lempang dia ? Aku baru sampai kot.
" lapar. Nak kaki " ajuk Hizzwan seperti wanita di dalam video yang pernah viral dilaman sosial.
" aku tampo dia tadi " sambung Hizzwan selamba. Wanita itu terus mengangkat wajahnya memandang dua orang jejaka berwajah sama itu. Pening kepalanya. Wanita itu seperti mahu terjatuh tetapi Hazzwan sempat menyambut. Hazzwan mengangkat wanita itu baring di atas sofa di ruang tamu.
" Kenapa kau tampo dia ? Suka hati kau je kan ? Apa salah dia ? " tanya Hazzwan.
" sebab dia cium aku. Ye, suka hati aku lah. Salah la sebab dia cium aku tiba - tiba " balas Hizzwan selamba.
" what ?! Dia cium kau ?! Habis ? Kau biar je ? Kau tak tegur dia apa - apa ? " tanya Hazzwan lagi.
" ye, dia cium aku. Iiieee, bodohnye ! Belajar kemain. Ambil kos pilot. Tapi bodoh. Hahahaha. Tadi yang aku lempang dia apekebendenya ? " jawab Hizzwan. Hazzwan sudah naik angin. Marah dengan sikap wanita itu.
" Now. Aku nak kau cerita dekat aku. Apa hubungan kai dengan minah gatal ni ? " sambung Hizzwan.
" minah gatai yang hang cakap tu bini aku. Kak ipaq hang. Hang tau dak ?! Aku menikah dengan dia dua hari lepaih. Semalam kenduri belah dia. Esok kenduri dekat sini. Walaupun sini bukan Malaysia tapi kami tetap buat macam dekat Malaysia " habis loghat utara Hazzwan keluar. Memang habit mereka. Jika mereka marah ataupun bergaduh mulut, loghat utara akan keluar dari mulut Hizzwan dan Hazzwan.
" ooo, logik lah dia cium aku. Mungkin dia ingat aku ni hang kot. Laki dia. Muka sama. Tu yang dia pi sentai aku tu " aggaran Hizzwan.
" maybe la. Eerrmm... Nama dia Nur Elyssa. Nanti kau panggil Kak Elys je la. Dia mix Jepun. Mak dia salah seorang pensyarah dekat Universiti British of Columbia tu. Ayah dia asal Jepun mak dia asal sini. Diorang Islam." jelas Hazzwan lagi. Aik, mana budak ni ? Penat aku berlete dia hilang pulak bisik Hazzwan setelah perasan Hizzwan sudah menyusun langkah menuju ke dapur. UBC terletak di Canada
Hizzwan duduk bersila diantara Ayra dan Afrisya. Afrisya memandang Hizzwan. Ayra sangat fokus memotong lobak sehingga tidak perasan dengan kehadiran Hizzwan. Mata Afrisya diluaskan. Dia menenyehkan matanya dengan kedua belah tangan. Tidak percaya dengan kehadiran Hizzwan. Abang kesayangan Afrisya dan Ayra.
" Hi, buat ape tu ? " tanya Hizzwan.
" Hi, tengan karoke. Tak nampak ke ? " balas Ayra selamba. Langsung tidak menoleh ke arah Hizzwan. Matanya sebok memandang ke arah lobak yang tengah dipotong.
" eehh macam kenal lah suara ni " bisik Ayra pelahan. Wajahnya diangkat memandang Hizzwan.
" Abang Syaf !!! " jerit Ayra dan Afrisya lalu memeluk Hizzwan. Hizzwan terus baring apabila badannya di sambar oleh adik kembarnya. Pipi kiri Hizzwan dikucup oleh Ayra manakala pipi kanan Hizzwan dikucup oleh Afrisya. Pelukan masih belum terlerai.
" Mana mic ? Kata karoke ? Speaker mana ? " tanya Hizzwan kepada Ayra.
" Ingat ke Abang Fiq " balas Ayra. Abang Fiq menunjukkan kepada Hazzwan Syafiq.
" bayak lah kau punya Abang Fiq. Dah la, bangun cepat. Sampai bila nak baring macam ni ? Dah la berat " desisi Hizzwan lalu bangun dari pembaringan diikuti oleh Ayra dan Afrisya.
" mom masak apa hari ni ? Syaf lapo ler " tanya Hizzwan kepada Datin Mazlina. Di ruang dapur hanya ada menantu perempuan Datin Mazlina dan anak - anak perempuannya. Yang lelaki pula sebok mengemas halaman rumah dan mendirikan beberapa kanopi. Keluarga Datok Rafiq akan datang pada esok pagi sama seperti keluarga Datin Mazlina.
" mom masak asam pedas hari ni "
" asam pedas ? Orang barat makan ke asam pedas ? Pelik lah "
" bagi je lah diorang makan. Biar diorang rasa makanan Melayu macam mana " balas Datin Mazlina. Hizzwan tanpa benyak kata terus mencapai pinggan lalu mencedok nasi kemudian asam pedas yang ada di dalam periuk dicedok. Datin Mazlina memandang Hizzwan dengan beberapa gelengan. Sangat rindu dengan anak susuannya itu.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
De TodoCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...