~ CHAPTER 19 ~

1.4K 56 2
                                    

Hizzwan melihat gelagat sepasang suami isteri itu dengan senyuman di bibir. Kemudian senyuman sinis pula terukir di bibir. Hazzwan memuncungkan bibirnya tatkala Elyssa memarahinya.

" cian lah dia tu... Kena marah. Hahahahaha" galak Hizzwan ketawakan Hazzwan.

Hazzwan memandang adiknya yang seronok ketawa. Elyssa berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan Hazzwan di belakang. Hazzwan memusingkan badan menghadap Hizzwan lalu menggenggam tangannya. Mata dikecilkan memandang Hizzwan. Urat-urat di tangan dan lengannya timbul serta merta. Geram.

" waw, sadonyer!! Hot guy!! Aarrgghh, I like!!" usik Hizzwan lagi. Pecah ketawa mereka di situ dengan gelagat kembar seiras itu. Baru Hazzwan ingin melangkah ke Hizzwan, Elyssa menjerit namanya dengan kuat.

" Abang!! Masuk!! " macam nak keluar anak tekak Elyssa. Elyssa menjerit dari tingkat tiga. Langkah Hazzwan berhenti serta merta.

Niat untuk menolak Hizzwan masuk ke dalam kolam terhenti di situ. Hazzwan memusing ke belakang. Selangkah dia berjalan tiba - tiba terdengar suara Hizzwan lagi.

" abang!! Masuk!! " Hizzwan mengejek Hazzwan serta gaya Elyssa yang ditiru. Hizzwan mengangkat kedua - dua belah tangannya paras bahu lalu digetarkan.

Hazzwan tidak pedulikan adiknya lalu terus masuk ke dalam rumah mengikut pintu dapur kerana dekat dengan bilik air.
______________

Selesai berseronok di dalam kolam, mereka semua masuk ke dalam rumah untuk bersihkan badan semula untuk mengelakkan daripada kulit menjadi gatal. Untuk pengetahuan, fungsi klorin digunakan untuk membunuh bakteria di dalam kolam.

Klorin juga memberi kesan buruk terhadap tubuh badan manusia. Contohnya, boleh merosakkan rambut dan membuatkan ia menjadi kering. Selain itu, klorin juga boleh menyebabkan mata menjadi pedih dan gatal.

" bik Cha!! Tolong ambilkan towel !! Syaf nak lima helai !!" bik Cha di panggil Hizzwan. Bik Cha menghampiri Hizzwan yang sedang berdiri kaku di depan pintu dapur.

" Bik Cha, cepat sikit. Syaf sejuk ni " kata Hizzwan. Sejuk sampau ke tulang rusuk. Hizzwan bergerak menggosok badannya dengan laju untuk menghasilkan haba.

Bik Cha adalah pembantu rumah Dato Rafiq. Bik Cha sporthing orangnya. Dia gemar melayan sikap tiga suku Hazzwan dan Hizzwan. Hizzwan juga suka mengusik Bik Cha yang senang melatah.

" Sabar dong. Itu lah kamu. Kan dah sejuk. Kamu bukan berada di Malaysia. Kamu di Kanada sekarang ni " Bik Cha memulakan leterannya. Hizzwan memandang ke atas dengan membuat muka bosan.

" Bik Cha bila nak kahwin? " Hizzwan mula mengusik. Soalan Hizzwan diabaikan. Hizzwan tersenyum nakal.

" Bik Cha bila nak kahwin?! " tanya Hizzwan lalu mencucuk pinggang Bik Cha. Hizzwan menahan ketawa.

" Opocot kau!! Bik Cha nak kahwin dengan Syaf !! Syaf kan single. Ehh, Syaf kan single!! " melatah Bik Cha dibuatnya. Bik Cha menampar mulutnya. Terlepas ketawa mereka.

" betul ke nak kahwin dengan abang Syaf?! " tanya Afrisya dan Ayra serentak membuatkan Bik Cha melatah buat kali kedua.

" ehh, betul lah!! Ehh, eehh!!"

" ehh, ehh ape?! " tanya Amirul mengusik lagi.

" ehh, ehh suke hati aku lah!! Kau kenapa ?! Eeh, kau kenapa?! Suka hati aku lah!! " latah Bik Cha lagi. Semua di situ melepaskan ketawa masing - masing.

Bik Cha menghulurkan tuala kepada Hizzwan. Hizzwan mencapainya dengan senyuman di bibir. Puas kenakan Bik Cha. Tuala di agihkan kepada seorang satu.

" eehh, Syayang ku.. Uuhh... Hari ini aku syantik.. !! " Hizzwan menepuk tangannya beberapa kali. Itu pun sudah cukup untuk mengusik Bik Cha.

" Syantik!! Syantik bagai bidadari!! Syantik!! Bidadari di hati ku... " Bik Cha melatah lagi. Kali ini siap bergelek di depan Hizzwan.

" ahahahahahahaha!! " Hizzwan melepaskan ketawa lalu berlari masuk ke dalam bilik air. Semua di situ sudah menekan perut masing - masing kerana ketawakan Bik Cha.
________________

Selesai membersihkan badan, Hizzwan berjalan masuk ke dalam biliknya. Hizzwan mamakai baju. Hoodie hitam dan seluar treksuit di pakai. Kemudian Hizzwan masuk ke dalam lif untuk turun ke ruang tamu. Setiba di ruang tamu, dia berjalan mendekati Datin Mazlina yang sedang rancak berbual dengan menantu barunya. Elyssa.

Datin Mazlina sedikit tidak sebok kerana, masakkam untuk majlis esok di siapkan oleh catering yang di upah oleh Dato Rafiq. Pelamin pun sudah disiapkan. Kanopi sudah di pasang. Semua sudah disiapkan, cuma hanya perlu tunggu hari majlis sahaja.

Hizzwan meletakkan kepalanya di atas peha Datin Mazlina dengan selamba tanpa pedulikan saudara yang sedang melihatnya. Datin Mazlina yang terkejut dengan tindakan Hizzwan, terus memandang wajah Hizzwan.

Hidung Hizzwan merah. Cepat sahaja tangan Datin Mazlina menekap di dahi Hizzwan untuk merasa haba. Demam. Naluri seirang ibu sememangnya betul.

Hazzwan pula datang mendekati Datin Mazlina dan Hizzwan. Elyssa memandang Hizzwan sambil menggelengkan kepalanya. Sikapnya sebijik seperti Hazzwan. Manja.

" Syaf, ada kacau Azz ke tadi? " tanya Datin Mazlina sambil mengusap rambut perang Hizzwan.

" laa, you mengadu ke Lisa? Haih, ngusik sikit ponengadu. Bukannya I pijak husband you pon " Hizzwan memandang Elyssa yang tunduk memandang jarinya.

" mana ada Syaf kacau dia. Lagipun dah lama Syaf tak usik Azz. Last kita orang main pon waktu Syaf dengan Azz umur 15. Cer mummy kira sendiri. Dah berapa lama kita orang tak jumpa " kata Hizzwan membela dirinya. Datin Mazlina mengangguk faham.

Hazzwan turun melalui tangga. Terkejut dia melihat Hizzwan sedang memeluk tangan Datin Mazlina. Hazzwan cemburu.

" Woi!! " Hizzwan yang baru ingin melelapkan matanya terus terbuka akibat terkejut demgan tengkingan dari Hazzwan.

Hazzwan berlari mendapatkan Datin Mazlina. Hazzwan terus menolak Hizzwan. Hazzwan terus meletakkan kepalanya di atas peha belah kiri milik Datin Mazlina. Tangan kiri Datin Mazlina dipeluk kejap.

" ehh, kau ni kenapa ? Mummy tengok Hazzwan nih " Hizzwan menolak Hazzwan kembali. Datin Mazlina menggelengkan kepalanya.

" Azz, tak baik lah buat macam tu. Azz tido belah kiri, Syaf tidur belah kanan yer? Kau orang dah besar lah. Tak payah gaduh " Datin Mazlina meleraikan pergaduhan antara Hazzwan dan Hizzwan.

" Tak pe. Kau nak kan? Hah, Hambek " tanpa membuang masa, Hizzwan dengan selamba terus meletakkan kepalanya di atas peha milik Elyssa. Tangan Elyssa di peluk. Hazzwan memandang Hizzwan.

Elyssa pula ingin menguji tahap cemburu Hazzwan. Elyssa terus mengusap lembut rambut Hizzwan tanpa pedulikan pandangan maut dari Hazzwan. Hizzwan memberikan senyuman sinis kepada Hazzwan apabila terlihat wajah Hazzwan bertukar merah akibat cemburu.

" Elyss, bila Azz tinggalkan you. You kahwin dengan I okey? " Hizzwan bermula menarik tali dengan Hazzwan.

" Okey, baby " balas Elyssa dengan senyuman ikhlas terukir di bibir. Hazzwan manahan marah.

" Sampai hati you kan? Buat I macam ni? Belum apa - apa dah pasang niat nak kahwin dengan Syaf ? Tak setia!! Penipu!! " Hazzwan melepaskan geramnya. Hazzwan terus masuk ke dalam lif naik ke biliknya.

" ahahahahahaha !! Teruk lah husband you tu " kutuk Hizzwan dengan ketawa. Ketawa mereka di situ pecah melihat gelagat cemburu Hazzwan. Hizzwan mengangkat kepalanya memandang Elyssa yang ketawa.

" you pergi lah naik atas tengok Hazzwan. Tah ape - ape pula di buat karang. Dia tu bukan boleh sangat " Hizzwan memberi arahan dengan sisa ketawanya. Elyssa masuk ke dalam lif. Bilik dia dan Hazzwan dituju.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now