"Saya dah cakap. Nak balik kampung kena balik pagi-pagi. Bukan petang. Nampak tak? Kan dah stuck dekat dalam jammed. Berapa kali dah saya panggil awak. Saya cari awak. Pukul 3 petang baru awak muncul. Awak pergi mana? Ni berapa lama nak kena tunggu? Jawabnya berbuka dalam kereta lah kita. Awak tak kesian dekat bonda ke? Walid?" Syafiqha mula membebel apabila sudah hampir satu jam mereka tersekat di dalam kesesakkan trafic.
Pagi tadi, selepas pukul 10 Hizzwan hilang. Syafiqha sendiri tidak tahu kemana suaminya bertuahnya pergi. Call tak angkat. Teks tidak dibalas.
Tepat pukul tiga petang baru lah nampak batang hidung suaminya itu. Tepat pukul 4 petang mereka mula bergerak pulang ke Perak. Tetapi disekat oleh kesesakkan trafic.
"Astarfirullah halazim, Fiqha! Cukup lah. Aku pergi office tadi. Sebab tu aku muncul pukul 3. Yer, aku minta maaf. Kau nak cepat sampai kan? Haa, sekejap" balas Hizzwan. Lantas dia memberi signal ke kiri.
"Awak nak buat apa ni?"
"Kau bergantung lah dekat mana-mana pun" Hizzwan terus menekan pedal minyak 180km/j. Ia membuatkan Syafiqha mencengkam tangan kiri Hizzwan kuat. Syafiqha terus diam membisu.
Hizzwan yang melihat keadaan Syafiqha terus menghamburkan ketawanya.
Setelah tiga jam memandu, Hizzwan memberhentikan keretanya di R&R Tapah.
(Pergi Ipoh jer pun. Paling slow pun 4 jam lebih.)Hizzwan memarkirkan keretanya. Syafiqha di sebelah dikerlingnya. Terlihat wanita itu sedang bermain dengan telefonnya. Sejak terlepas dari jammed tadi, Syafiqha langsung tidak mengeluarkan suaranya.
"Aku nak turun solat. Kau nak stay ke nak turun sekali?" tanya Hizzwan. Syafiqha terus mengambil beg di tempat penumpang belakang lalu membuka pintu untuk keluar dari perut kereta. Hizzwan menggelengkan kepalanya.
"Kenapa perempuan ni cepat emo eh? Sometime aku tak tahu apa salah aku sampai dia nak marah-marah macam aku ni buat salah besar" gumam Hizzwan seorang diri di dalam kereta. Lantas dia membuka pintu lalu melangkah keluar dari perut kereta.
Setelah memastikan keretanya berkunci Hizzwan melangkah ke surau yang diaediakan.
Setelah menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, Hizzwan ke gerai yang menjual buah-buahan. Jambu batu menjadi pilihan untuk masuk ke dalam perutnya dan perut Syafiqha.
Hizzwan menunggu Syafiqha di atas kerusi memandangkan Syafiqha masih belum selesai menunaikan solat. Selepas dua minit berlalu, Hizzwan perasan bahawa Syafiqha dalam perjalanan ingin ke kereta. Lantas dia mendekati Syafiqha.
Syafiqha melangkah ke kereta. Entah bagaimana kakinya boleh tersilap langkah lalu dia tidak dapat seimbangkan badannya. Hanya mempu memunggu badannya bertemu tanah.
Syafiqha merasakan lama pula untuk sampai ke tanah. Lants dia mencelikkan matanya. Terlihan dia sedang berada di dada bidang milik Hizzwan. Tangan lelaki itu merangkul elok pinggangnya.
"Boleh berdiri tak?" tanya Hizzwan mengusik. Syafiqha dari riak wajah yang beku terus tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Dada Hizzwan dipukul lembut.
"Boleh lah" jawab Syafiqha lalu berjalan meninggalkan Hizzwan di belakang. Hizzwan tersenyum melihat telatah Syafiqha. Lantas dikejar Syafiqha yang semakin ke depan itu.
"Alalala.. Meh nak tengok sikit muka orang mogok tadi" usik Hizzwan setelah mereka berada di dalam perut kereta.
"Mana ada mogok"
"Yer la tu" balas Hizzwan. Hizzwan menekan pedal minyak menyambung semula perjalanan mereka.
**********Setiba di hadapan rumah kayu dua tingkat milik Tengku Fatimah dan Tengku Hamdan.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...