~ CHAPTER 10 ~

1.7K 66 0
                                    

" Kenapa kau menangis ? Okey, aku minta maaf. Aku silap sebab layan kau macam tu. Aku tal sepatutnya bagi kau menangis. Aku minta maaf. Maafkan aku eehh ? " pujuk Hizzwan. Dia rasa bersalah apabila melihat Syafiqha. Persoalannya adakah dia yang membuat Syafiqha menangis ?

" Mana ada saya menangis. Awak tak buat salah apa pon " bohong Syafiqha.

" Kamu jangan menangis di sini, Fiqha. Aduh.. Aku ngak reti memujukmu" kata Hizzwan dalam loghat Indonasianya. Ini kali pertama dia melihat seorang perempuan menangis di depannya. Syafiqha tergelak kecil apabila melihat Hizzwan usaha untuk memujuknya.

" okey, kau luahkan semua dekat aku. Aku dengar " sambung Hizzwan. Kali ini dia mengalah dengan Syafiqha.

" Sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Sejak saya umur 13 tahun time tu awak dah form 3. Lepas awak ambil keputusan PMR, saya tak nampak awak datang sekolah dah. Jadi saya cari awak tapi tak jumpa. Lepas tu saya tanya kawan sekelas awak. Diorang kata awak ikut parents awak pergi Ipoh. Saya menangis lepas dapat tahu awak dah pindah. Tah bila lagi saya dapat jumpa awak. Time saya form 3 saya nampak awak dengan seorang perempuan keluar dari kedai buku. Siap pegang tangan, cuit - cuit, gelak - gelak. Awak nampak mesra sangat dengan dia. Hati saya dah macam kena siat - siat dengan pisau yang tajam lepas saya nampak awak dengan perempuan tu. Hati saya sakit sangat. Lepas tu saya cuba dapatkan nombor telefon awak dari kawan awak. Diorang kata, awak tak guna telefon sebab mak awak tak bagi. Lepas saya habis SPM saya pujuk papa saya untuk pergi sambung dekat UUM sebab dekat dengan abang saya. Hari ke dua saya tinggal di sana saya jumpa awak dengan Ikhmal pergi kafe. Sejak dari tu saya cuba rapatkan diri saya dengan cara cari pasal dengan awak. Bila jumpa awak ada je nak cari pasal " terang Syafiqha. Syafiqha tergelak kecil apabila teringatkan kisah lama.

" Kenapa kau tak terus terang dengan aku ? Kenapa sekarang baru kau bagi tahu aku ? " tanya Hizzwan lalu menyedut air di dalam gelas.

" saya malu. Saya takut awak cakap saya ni terhegeh - hegeh "

" ooo, dah kan ? So aku nak balik. Jaga diri kau. Aku tak ade bukan sehari dua. Tujuh tahun aku tak ade dekat Malaysia. Aku tahu ramai lagi lelaki yang lagi baik dari aku yang akan jaga kau. Allah dah susun, Fiqha. Suatu hari nanti insyaallah ada lelaki yang akan jadi peneman hidup kau. Aku yakin ada lelaki yang baik akan jaga kau. Kau jangan berharap dekat aku. Aku pon tak pasti aku ni akan kahwin dengan siapa. Kalau ada jodoh ada lah. Kalau tak ada kita kena reda dan tawakal. Aku balik dulu. Bye assalamualaikum " terang Hizzwan lalu berdiri dari kerusi.

" Saya nak ikut awak balik. Saya nak jumpa dengan mak awak. Boleh kan ? Saya nak kenal dengan family awak " tegur Syafiqha. Syafiqha sengat teringin untuk berjumpa dengan keluarga Hizzwan. Hizzwan mengangguk setuju. Mereka berjalan beriringan ke tempat parking kereta.

Perjalanan selama 25 minit itu senyap sunyi tanpa sebarang bunyi. Setiba di depan rumah, mereka keluar dan berjalan masuk beriringan masuk ke dalam. Hizzwan tidak boleh meletakkan kereta di garaj kerana meja dan kerusi sudah tersusun di situ. Tengku Hanis dan Tengku Hizzman mengadakan kenduri kesyukuran kecil - kecilan sebelum Hizzwan berangkat ke US. Mereka hanya menjemput jiran terdekat dan keluarga sahaja.

" Pergh !! Awak, ni rumah family awak ke ? " tanya Syafiqha dengan nada yang terkejut. Jika nak dibandingkan dengan rumah keluarganya.

" Tak. Rumah family saya di Ipoh " balas Hizzwan.

" Habis tu, ni rumah siapa ? " tanya Syafiqha lagi.

" ni rumah aku " balas Hizzwan. Tanpa melengahkan masa, Hizzwan memberi salam. Tiba - tiba Tengku Hanis datang ke pintu untuk melihat siapakah gerangan yang datang ke rumah anaknya itu.

" waalaikumsalam. Masyaallah, cantiknya. Nama siapa ? " tanya Tenku Hanis tatkala melihat seorang gadis yang berdiri di sebelah Hizzwan.

" Saya Syafiqha. Panggil Fiqha. Aunty apa khabar ? Sihat ? " tanya Syafiqha ramah. Nak anak kenalah bodek mak bisik Syafiqha.

" Aunty sihat, alhamdulillah. Fiqha, mix korean eehh ? " tanya Tengku Hanis lagi lalu menarik tangan Syafiqha pergi ke dapur.

" Hmm, dapat geng baru, lupa anak. Ni lah mak zaman sekarang " sindir Hizzwan. Tengku Hanis dan Syafiqha menoleh ke belakang tatkala Hizzwan bersuara.

" Ololo, siannyer lah dia tu. Meh sini, kita pergi makan. Nanti pergi solat Jumaat dengan sepupu adik " pujuk Tengku Hanis. Tangan kiri merangkul pinggang kecil Syafiqha manakala tangan kananya merangkul pinggang Hizzwan. Nak pegang leher tak sampai. Mereka berjalan ke dapur untuk makan tengah hari.

" Wuish !! Bawa bakal menantu ke ? Cantik menantu kau. Bila nak berlangsung ? " tanya bapa saudara Hizzwan iaitu Pak longnya.

" lima tahun dari sekarang mungkin " balas Tengku Hanis lalu menarik kerusi untuk Syafiqha dan Hizzwan. Hizzwan dan Syafiqha duduk bersebelahan dan berhadapan dengan Tengku Hizzman dan Tengku Hanis. Syafiqha sedikit kekok apabila bertemu dengan seluruh keluarga Tengku Hizzman dan Tengku Hanis.

Selesai makan, Hizzwan naik ke bilik untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Hizzwan mengenakan baju melayu dan kain pelekat untuk pergi ke masjid. Hizzwan menurun ke ruang tamu menggunakan lif yang tersedia di dalam rumahnya.

" bonda !! Mana songkok adik ?!! " tanya Hizzwan dengan nada yang kuat supaya Tengku Hanis dapat mendengar.

" sekejap !! " balas bonda

" Fiqha, tolong ambilkan songkok Hizzwan dalam box dekat dalam bilik dia " arah Tengku Hanis. Syafiqha hanya menurut apa yang disuruh oleh watia yang berumur 40 tahun itu.

Tengku Hanis cantik orangnya. Dia berkahwin dengan Tengku Hizzman sewaktu berusia 19 tahun manakala Tengku Hizzman berusia 23 tahun. Sempat dia bertanya sewaktu bersama dengan Tengku Hanis di dapur sebentar tadi.
Syafiqha berjalan ke lif untuk naik ke bilik Hizzwan. Dia tidak tahu di mana terletaknya bilik Hizzwan.

" Fuuhh, Sis. Penat saya cari bilik si Hizzwan ni. Mana bilik dia ? Saya dah round nak dekat empat kali dah. Tapi tak jumpa. Mana eeh ? " tanya Syafiqha setelah berjumpa dengan Heliza yang kebetulan lalu di situ. Syafiqha bersalaman dengan pensyarahnya dan dilagakan pipi mereka.

" Depan tu bilik dia. Ada apa, Fiqha ? " tanya Heliza pelik.dengan Syafiqha yang tiba - tiba ingin memasuki kamar adiknya.

" Aunty suruh ambilkan songkok dia. Itu pasal lah yang naik ni. Terima kasih, sis. Nanti kita jumpa dekat bawah eehh ? " jelas Syafiqha lalu pergi dari situ. Syfiqha melangkah masuk ke kamar Hizzwan. Fuhh, ni bilik ke padang bola ? Besonyer. Luaih, kalau main sorok - sorok ni mesti best desis Syafiqha di dalam hati.

Dia melangkah pergi ke kotak yang dikatakan oleh Tengku Hanis. Songkok bewarna hitam diambil. Dia berjalan ke lif dan turun ke ruang tamu untuk memberika songkok kepada Hizzwan.

Yes, done !!! Tq sbb vote... Sya mntx maaf klu ad tetsalah ejaan atau sebagainya. Nih nak tnye skit... Klu boleh nk bt diorang part raya ke hri biasa ?? Sila komen di bwh... Truskan membaca dan vote... Jasa korng sya igt... Ok bye !! Assalamulaikum

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now