~ CHAPTER 37 ~

1.1K 41 0
                                    

Selepas Hizzwan solat Subuh, Hizzwan melangkah menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Terlihat Imran sedang bercakap dengan telefon. Dia mengerling jam di dinding, jam menunjukkan pukul 7:40 pagi.

Hizzwan melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan televisyen. Telefon ditangan di on-kan. Maka terpaparlah gambar berlatar belakangkan Hizzwan bersama seorang perempuan bertudung. Fazlin a.k.a Faz. Sweet sahaja gambar mereka.

Gambar di mana mereka duduk disebuah kerusi dengan keadaan bersebelahan. Hizzwan sedang tersengeh sambil melihat sunset di hadapannya manakala Faz pula menoleh memandang wajah Hizzwan dengan senyuman kecil. Gambar sewaktu mereka ke Cedar Point State Park. Nak tau dekat mana? Hang nak tau apa yang hang tak tau? Kalau hang nak tau benda yang hang tak tau, hang kena lah tau benda yang hang tak tau tu. Macam mana hang nak tau benda yang hang tak tau tu? Hang kena lah google benda yang hang tak tau. Tak kesah lah hang nak tau ka tak mau tau. Tapi hang kena tau benda yang hang tak tau. Bila hang tau benda yang hang tak tau, nanti hang jadi tau benda yang hang tak tau. So kesimpulan dia, hang kena google benda yang hang tak tau. Baru lah hang tau benda yang hang tak tau!

Apa aku mengarut ni? Ya Allah!!

Okey aku bagi tahu sikit! Aku tak ada gambar nak bagi.. Nak google pun line haprak!!

Cedar Point State Park
Seperti taman yang mempunyai tasik. Tasik ke laut ke pulau ke, aku tak tahu. Aku rasa laut kut, hehe. Laut ke pulau ke tasik ke parit ke longkang ke, itu tak penting! Yang aku tahu laut itu adalah pengubung bagi Kanada dengan US. Tak paham? Okey, dia macam ni kalau dari Kanada nak ke US, hang boleh naik bot atau feri atau kenderaan yang seangkatan dengannya lalu kot laut tu untuk ke US. Tak paham jugak? Hang pi google sendiri!

Faz mula rapat dengan Imran dan Hizzwan sejak mereka berdua terserempak dengannya di dalam kampus sewaktu hari pertama sesi belajar. Faz mula rapat dan kini mereka bertiga mula rapat sebagai kawan.

Terlihat banyak messeg dari Heliza. Tiba-tiba panggila suara pula dari Heliza. Apasal doh perempuan ni?? Tanpa membuang masa, Hizzwa terus menjawab panggilan dari Heliza.

"Hello, assalamualaikum. Adikk!!" jerit Heliza setelah memberi salam kepada Hizzwan. Hizzwan terus menjauhkan telefonnya dari telinga. Kakak tak guna! Desis hati Hizzwan.

"Waalaikumsalam. Apasal kau call adik tengah pagi-pagi buta ni?" tanya Hizzwan acuh tak acuh. Malas sebenarnya nak layan si Heliza ni. Nanti ada sahaja yang nak dikenakannya kepada Hizzwan.

"angah nak kau balik dalam masa terdekat ni!" arah Heliza. Hizzwan yang mendengar terus mengerutkan dahinya. Dah kenapa suruh aku balik pulak? Kacau lahh.

"ehhh, asal pulak? " tanya Hizzwan geram. Tetiba suruh aku balik. Sebenarnya Hizzwan malas untuk pulang ke Malaysia. Kalau diikutkan pelannya, Dia akan pulang ke Malaysia pada bulan depan. Bulan terakhir mereka bercuti sebelum bermulanya semester ke dua.

"ada hal family sikit! Ishh, angah suruh balik, balik jer lah!" kata Heliza.

"Baik kau balik sebelum angah pergi masuk minang Fiqha untuk kau" sambung Heliza lagi dalam nada ugutan. What??!!! Dia nak pinangkan Fiqha untuk aku??!! Kepala hotak dia lahh!! Memang tak lah aku nak kahwin dengan minah tu. Geli aku!

"What??!!! Kepala bahu lutut kaki lutut kaki kau lah!! Suka hati jer nak pinangkan aku dengan Fiqha. Memang tak lah, ngah oiii!! " bangkang Hizzwan. Suka hati dia saja nak pinangkan aku dengan orang.

"ouhh, tak nak balik? Okey, fine. Angah pinangkan kau dengan Fiqha" ugut Heliza lagi! Hizzwan melepaskan keluhan.

"Woi!! Janganlah!! Main ugut-ugut pulak!! Okey, okey, aku balik Malaysia. Tapi aku tak boleh jamin bila aku sampai Malaysia" balas Hizzwan. Hizzwan berjalan ke dapur lalu menuangkan susu lembu halal yang dibeli ke dalam gelas. Satu peket oreo halal yang dibeli dibuka plasti sebelum mengambil sekeping lalu dicelupkan ke dalam air susu itu. Kemudian oreo tersebut dimasukkan ke dalam mulut.

"okey, but lagi cepat lagi bagus. Kita orang hanya tunggu kau dengan Hazzwan jer. By the way kau tengah buat apa?" tanya Heliza. Hazzwan juga dipaksa pulang ke Malaysia. Tetapi pantas sahaja ditolak. Memang tak lah si Hazzwan tu nak balik Malaysia. Berpuluh juga panggilan suara yang dibuat untuk menghubungi Hazzwan itu. Tetapi Allah lembutkan juga hati adiknya itu untuk pulang ke Malaysia. Hazzwan memberi alasan yang sama seperti Hizzwan. Dasar kembar!!

"breakfast" jawab Hizzwan pantas. Apasal yang sedap sangat oreo cicah air susu ni? Sedangkan selama ni aku makan macam ni tak ada pula rasa sedap macam ni. Nikmat makan oreo cicah air susu macam tengah makan bibun sup utara di tengah bandar New York.

"breakfast? Awal kau breakfast? Waktu macam ni orang tengah makan malam, tapi kau tengah breakfast! Hahaha! Kebangangngan apakah ini?!! Hahahaha" kata Heliza dengan tawanya. Tak sekarang ni aku confuse, siapa yang bangang sebenarnya? Heliza ke aku?

"tak, masalahnya siapa yang bangang sekarang ni? Aku nak cakap kau bangang, kang kau marah aku pulak. Aku nak kata kau bod*h tapi, alhamdulillah kau dah jadi profesor dekat UUM. But, aku terpaksa. Sorry" kata Hizzwan sebelum...

"KAU TU YANG BANGANG SEBENARNYA!!!" jerkah Hizzwan. Perempuan ni tak sedar ke dia tu dekat Malaysia dan aku sekarang ni dekat NY(New York)? Malaysia kan lebih awal 13jam dari NY. Maksudnya, 7:40pagi tambah 13jam. Jadi, Malaysia sekarang tengah pukul 8:40 malam. Di Malaysia, hari ini adalah hari Sabtu dan sudah pun pukul 8:40malam manakala di NY juga hari Sabtu tetapi masih pukul 7:40pagi.

"ouh, angah lupa! Kau dekat NY kan. Angah dekat Malaysia. Aduhh, apasal aku bod*h dangat malam ni?" kata Heliza sambil mengutuk diri sendiri.

"haa, sedar pun!! Ingat kan dah lupa diri. Kau bila nak kahwin?" tanya Hizzwan.

"kau balik Malaysia dulu. Baru angah bagi tahu kau bila angah nak kahwin! " kata Heliza sambil tergelak nakal.

"Ouh, okey! Aku pegang janji kau! " kata Hizzwan. Kemudian dia tersenyum nipis. Imran yang tak habis lagi berbual bersama teman wanitanya dipandang sekilas. Banyak betul topup perempuan tu. Tak habis ke sembang dengan si Imran tu?

"kau mesti terkejut punyalah bila angah bagi tahu nanti!" kata Heliza. Mereka berbual buat seketika sebelum menamatkan panggilan. Hari ini Hizzwan dan Imran tidak ke kampus kerana kelas pada hari ini dibatalkan.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now