~ CHAPTER 14 ~

1.6K 66 0
                                    

" sayang ? " panggil Elyssa. Hizzwan yang sedang menonton televisyen itu menoleh ke belakang melihat kakak iparnya.

" sayang siapa pulak dah... Eeii dia ni, sayang sayang. Kang aku kakikan sayang dia baru tahu " rungut Hizzwan. Hizzwan kembali menonton televisyen. Langsung tidak diendahkan Elyssa.

Hazzwan melangkah ke arah Elyssa yang sedang baring itu. Hazzwan merenung wajah isterinya. Cantik. Elyssa terus membuka matanya melihat Hazzwan. Matanya bergilir - gilir memandang Hazzwan dan Hizzwan.

" ouh, awak confuse eehh ? Okey, ini Hizzwan Syafiq. Adik saya. Nak tahu beza Hizzwan dengan saya just tengok anak mata kitorang. Anak mata Hizzwan warna biru. Anak mata saya warna coklat hazel. Dan lagi satu, Hizzwan ni manja. Saya tak manja. Hizzwan pakai XF-R Sport warna coklat. Saya warna hitam. Itu perbezaannya " jelas Hazzwan tidak mahu Elyssa keliru. Hazzwan berjalan ke Hizzwan yang sedang duduk membelakanginya lalu memeluk Hizzwan.

" kau dah kenapa haa setan yang direjam ?! " tanya Hizzwan lalu menolak dahi abangnya.

" aku rindu kau lah iblis !! Lama doh aku tunggu kau balik. Tak balik - balik pon " kata Hazzwan. Pelukkan masih belum deileraikan.

" aku balik lah. Kau yang tak ada dekat rumah. Ada adik - adik je " balas Hizzwan.

" bila ? "

" 7 tahun lepas " balas Hizzwan selamba.

" tepi lah ! Semak lah kau ni ! Aku penat. Dah la baru sampai. Dah la aku nak naik tidur " sambung Hizzwan lalu berdiri untuk melangkah naik ke biliknya.

" eehh, kau nak pergi mana ? Hutang kau tak sattle lagi " tegur Hazzwan setelah nampak Hizzwan barjalan.

" hutang apa lagi ? "

" hutang kau kena bayar lah "

" ye lah, memang la hutang kena bayar. Aku bukan macam kau. Habiskan topup aku seratus ringgit lepas tu tak reti nak bayar. Aku hutang kau apa "

" tadi kau lempang 'minah gatai' ni kan ? "

" yes. So ? "

" kalau nak dia maafkan kau, kau kena belanja aku, mommy, daddy, Ayra, Afrisya, semua abang ipar kau, semua kakak ipar kau, abang - abang kau, kakak - kakak kau dan anak - anak buah kau makan malam. Malam ni " balas Hazzwan hanya menggunakan satu nafas.

" hmm, tengok lah kalau rajin " Hizzwan berjalan masuk ke dalam lif. Hazzwan mengajar Hizzwan menggunakan tangga di rumah itu. Hizzwan baru ingin melangkah keluar Hazzwan sudah terpacak di depan pintu lif. Hizzwan tidak mengendahkan Hazzwan malah berjalan masuk ke dalam bilik.

" malam ni. Belanja kitorang makan "

" iiee kau ni. Kang ada yang kena pijak nanti. Ye, aku belanja. Herh ! Menyusahkan !! " balas Hizzwan lalu menutup pintu bilik. Hazzwan turun ke ruang tamu menggunakan lif. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Hizzwan melihat sekeliling bilik itu. Masih sama seperti dahulu. Hizzwan menutup pintu bilik. Bilik tersebut langsung tiada perubahan. Hanya terdapat sebuah piano. Hizzwan berjalan menghampiri piano tersebut. Ada sehelai nota kecil yang terlekat disitu.

Selamat hari lahir adik. Aku tak mampu bagi banglo lapan buah, aku tak mampu nak bawa kau pergi ke bulan atau bintang. Tapi aku mampu bagi sepenuh kasih sayang aku dekat kau. Huhui, nampak tak ayat aku ? Kau ada ? Syaf, semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dak dak zaman sekarang selalu kata may Allah bless you. Nak wish birthday mesti ada ayat tu. Sedangkan banyak lagi ayat lain. Okey, teruskan usaha kau nak jadi doktor tu. Jangan putus asa. Aku selalu jadi tulang belakang kau. Aku tak pernah lupa untuk doakan kau. Aku ada kau je, Syaf. Kalau family ni buang aku, kau lah yang aku ada. Aku tak ada sesiapa selain kau, family ni dengan wife aku. Aku sayang kau, Syaf. Jadi anak yang soleh untuk bonda dan walid. Walaupun aku tak ada tapi kau ada untuk diorang. Kalau aku tak ada pon kau boleh berlakon jadi aku. Bye, assalamualaikum.

Your handsome brother,
Hazzwan Syafiq :p

" me too. Sebenarnya aku tak nak jadi doktor. Tapi bonda dan walid yang paksa aku ambil cost itu semua. Aku tak pernah terdetik pun nak jadi doktor. Aku kena kongkong dengan walid dan bonda. Nak keluar pergi kedai Pak Ali pon tak bagi. Seksa aku duduk dekat sana. Aku dah buat keputusan yang aku tak kan balik Malaysia kecuali kalau ada urusan penting. Kalau balik Malaysia pon aku tak nak jumpa walid dan bonda. By the way, normal la budak - budak. Nak tahu apa ? Kekadang ejaan pon tak betul. Hahahaha " bisik Hizzwan perlahan. Hizzwan duduk di sebuah kerusi. Kod piano di tekan menjadi sebuah lagu. Sedang seronok melayan irama lagu, tiba - tiba telefonnya berbunyi. 'Bonda' yang tertera di skrin telefon. Hizzwan tidak menjawab. Datin Hanis membuat panggilan lagi buat kali ke dua. Akhirnya Hizzwan menyambut panggilan itu.

" Hello, assalamualaikum. Kenapa, bonda ? " tanya Hizzwan malas.

" waalaikumsalam. Kenapa ? Bonda tak boleh call adik ke " tanya Datin Hanis di hujung talian.

" tak ada la macam tu. Adik nak solat. Itu la adik tanya kenapa. Why bonda ? "

" saja la bonda call. Rindu la. Tak apa lah kalau adik nak solat. Pergi la solat. Take care. I love you. Assalamulaikum "

" waalaikumsalam " balas Hizzwan acuh tak acuh. Hizzwan mematikan panggilan. Hizzwan berjalan ke katil lalu berebahkan badannya. Sedikit demi sedikir matanya tutup perlahan. Penat.

Sedar - sedar sudah pun pukul 5 petang. Hizzwan bangun dari pembaringan lalu memgeliat perlahan. Comel. Tangannya menenyeh matanya perlahan. Hizzwan berjalan mencapai tuala yang tersidai lalu melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Kemudian keluar untuk menunaikan solat Asar. Selesai solat, pintu bilik diketuk dari luar.

Tok tok tok

Hizzwan bangun untuk membuka pintu. Rupanya Datin Mazlina yang memgetuk pintu seperti mahu leraikan pintu tersebut. Datin Mazlina memeluk Hizzwan dengan erat. Hizzwan membalas pelukan ibunya. Air mata Datin Mazlina mengalir. Perasaan rindu kepada anaknya tidak boleh diungkap dengan kata.

" mommy... Kenapa ni ? Kenapa menangis ? Syaf ada buat salah ke ? " tanya Hizzwan lembut. Dahi Datin Mazlina dikucup dengan penuh kasih sayang.

" tak, tak. Syaf tak ada salah apa - apa pon dengan mom. Mom rindu sangat dengan, Syaf. Tadi lagi mom nak peluk Syaf. Tapu tak berkesempatan. Mom tahan je tadi. Haha.. " balas Datin Mazlina.

" Syaf kan dan balik. Tak payah menangis lagi. Syaf dah ada depan mom sekarang ni. Syaf pon rindu mom. I miss you so much " pujuk Hizzwan lalu mengesat air mata yang mengalir di pipi Datin Mazlina.

" Syaf, tolong pergi ambil adik - adik balik. Diorang pergi tusyen tadi. Lepas tu tolong bawa diorang pergi ke kedai buku eehh ? " sambung Datin Mazlina.

" okey. Syaf pergi tukar baju sekejap eehh ? Mom, pergi turun dulu nanti Syaf turun " balas Hizzwan lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Datin Mazlina melangkah masuk ke dalam lif untuk turun ke ruang tamu.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now