Sudah hampir empat hari Hizzwan dan Syafiqha berada di Kelantan. Empar hari jugak Syafiqha kurang bercakap dengan suaminya. Puas Hizzwan memujuk langsung tidak menjadi.
Hizzwan melangkah keluar dari perut kereta. Pintu ditutup sebelum mengunci dan melangkah mendekati pantai itu. Hizzwan melabuhkan duduk di atas sebatang kayu yang berada di bawah sepohon pokok. Cermin mata hitam terletak elok di pangkal hidung.
Ramai penduduk yang sedang beriadah memandang hari sudah menjelang petang. Ada yang sedang menjamu selera di warung-warung. Ada yang seronok menikmati hari bersama ahli keluarga.
Telefonnya berdering menandakan panggilan masuk. Hizzwan berharap bahawa Syafiqha yang membuat telefon. Lantas telefon di keluarkan dari kocek seluar. Apabila melihan nama orang yang membuat panggilan Hizzwan mengeluh perlahan.
Bukan Syafiqha tetapi Imran.
"Waalaikumsalam, kenapa? " tanya Hizzwan.
"Kau nak stay Malaysia sampai bila ni? Kerja kau dekat sini banyak lagi. Kau punya meeting dengan owner company dari Arab nak dekat dah. Kau nak biar aku handle seorang ke?" bebel Imran panjang lebar. Hizzwan mencebik.
"Nanti aku balik laa. Immediately. Tapi tak tahu bila" balas Hizzwan. Imran menamatkan panggilan apabila mendengar balasan dari Hizzwan. Hizzwan meletakkan semula telefonnya ke dalam kocek seluar.
Hizzwan menghela nafasnya panjang.
Hizzwan membuangkan pandangan sepenuhnya ke hadapan menghadap air laut yang menyembah pasir. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohonya nyiur melambai-lambai.
Satu suara menyapanya dari arah belakang. Lantas Hizzwan menoleh memandang empuya suara. Hizzwan tersenyum paksa.
Syafiqha melangkah keluar dari rumah. Figura yang dicari dari tadi langsung tidak nampak batang hidung. Kerete milik suaminya pun tidak ada.
Syafiqha melangkah mendekati Dato Ramzan lalu melabuhkan duduk di sebelah papanya.
"Papa ade nampak Izz tak?" tanya Syafiqha perlahan. Dato Ramzan yang sibuk scroll Facebook terus terhenti perbuatannya.
"Rasanya tadi dia bagi tahu nak keluar pergi pekan. Nak service kereta katanya. Lama dah dia pergi. Tapi tak tahu dia pergi mana. Lama sangat dah ni. Apakata Fiqha pergi cari dia dekat pantai" jawab Dato Ramzan sebelum kembali menyemak akaun Facebooknya. Aplikasi itu di tutup lantas Candy Crush pula di buka.
Syafiqha terus melangkah menuju ke pantai memandangkan pantai dengan rumah atoknya tidak terlalu jauh.
Setiba di pantai, Syafiqha tersenyum apabila terlihat kereta Hizzwab berada di situ. Syafiqha melangkah lagi dan terlihat Hizzwan sedang duduk. Apabila langkah didekatkan lagi, terlihat Hizzwan sedang duduk di sebelah seorang gadis. Mereka sedang berbual. Senyumannya terus mati.
Hizzwan meminta diri untuk pulang. Ani juga begitu memandangkan dia datang berasingan dengan Hizzwan.
Dalam perjalanan untuk pulang, Hizzwan terlihat ada satu figura yang sangat di kenali. Gadis itu sedang berjalan laju. Hizzwan melajukan sedikit keretanya lalu perlahan apabila berada sebelah gadis itu. Cermin kereta di buka.
Syafiqha
Lantas Hizzwan memberhentikan keretanya lalu melangkah keluar dari perut kereta. Syafiqha yang melangkah lebih laju itu di kejar.
Akhirnya Hizzwan dapat memaut lengan isterinya.
Syafiqha melangkah dengan lebih laju. Langkahnya terhenti apabila lengannya dipaut oleh Hizzwan. Tanpa sebarang suara, dabannya telahpun dipusingkan menghadap suami.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...