~CHAPTER 56~

1.6K 66 4
                                    

Setelah makan, Hizzwab ke kaunter bersama Syafiqha di sebelah untuk membayar makanan dan minuman. Syafiqha meminta Hizzwan menolongnya memandangkan banyak barang yang di bawa.

Hari ini guru-guru ada jamuan untuk guru yang bakal menamatkan ujian praktikal. Majlis bersama murid-murid sudah diadakan pada waktu pagi. Jadi untuk guru-guru diadakannsemasa waktu rehat.

Syafiqha dan Hizzwan berjalan beriringan. Setiba di bilik guru telefon Hizzwan berdering menandakan ada panggilan masuk. Hizzwan menyuruh Syafiqha masuk untuk memgemas barang. Dia hanya ingin tunggu di luar. Syafiqha hanya menurut.

Syafiqha mengemas semua barangannya. Segala hadiah yang diberi oleh pelajarnya diletakkan ke dalam satu kotak besar.

Sedang leka mengemas, Cikgu Yati iaitu guru mata pelajaran biologi menegurnya.

"Siapa dekat luar tu? Pelawat dari sekolah mana?" tanya Cikgu Yati kepada Syafiqha. Syafiqha tergelak.

"Suami saya, Kak Yati" beritahu Syafiqha lembut.

"Laa, suami, Wani? Maaflah, Kak Yati tak tahu"

"Tak apalah, kak. Ni saya nak minta maaf kalau terkasar bahasa ke selama saya mengajar di sini" kata Syafiqha sebelum menyalam Cikgu Yati.

"Tak ada apa lah, Wani. Akak suka cara Wani. Lembut jer. Terima kasih juga sebab selama Wani bertugas disini, pelajar kelas 4 Alpha itu semakin berbudi bahasa. Dan saya dengar hampir kesemua pelajar 4 Alpha mencapai target guru-guru bahasa Melayu kerana hampir kesemua pelajar dapat markah 80% ke atas" baritahu Cikgu Yati. Syafiqha mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana dia mampu mengubah pelajar kelas paling hujung dan paling nakal untuk menguasai mata pelajaran bahasa Melayu.

"Alhamdulillah. Saya tolong dengan apa yang saya mampu saja, kak" beritahu Syafiqha. Cikgu Yati meminta diri untuk masuk kelas semula. Syafiqha hanya mengangguk.

Syafiqha melangkah keluar dari bilik guru bersama kotak besar. Terbeliak mata suaminya itu.

"Bapak besar. Kau sumbat apa dalam ni?" tanya Hizzwan. Syafiqha menayang sengehan.

"Ada barang-barang saya lah. Sekejap tau. Saya nak ambik beg laptop dengan dengan handbag saya. Duduk sini diam-diam" ujar Syafiqha. Hizzwan mengangkat kotak besar itu.

"Ish, aku tahu lah" balas Hizzwan. Syafiqha tergelak kecil sebelum masuk ke dalam bilik guru semula untuk mengambil begnya. Kemudian dia keluar kembali.

Mereka memulakan langkah. Apabila mahu turun tangga ada sekumpulan pelajar lelaki menahan mereka. Syafiqha dan Hizzwan berhenti melangkah.

"Yer? Nak jumpa saya ke?" tanya Syafiqha. Salah seorang dari mereka mengangguk.

"Kita orang nak minta maaf sebab selalu melawan cakap cikgu. Biadap dengan cikgu" kata salah seorang dari mereka.

"Sekarang kita orang sedar yang cikgu adalah cikgu paling kuat. Kuat dan tahan dengan kita orang" seorang lagi menyambung.

"Even kita orang buli cikgu dalam kelas, cikgu still masuk kelas macam biasa dan mengajar kami"

"Yup, sampai lah kita orang semua dapat markah tinggi dalam BM" seorang lagi menyokong.

"Terima kasih sebab tahan dengan kita orang. Terima kasih sebab mampu buat kita orang sedar yang menghormati guru dan menghargai guru adalah benda paling penting to be the best students" seorang lagi mengucapkan terima kasih. Hizzwan yang berdiri di sebelah Syafiqha hanya menadah telinga. Langsung tidak menyampuk.

"Itu sememangnya tugas saya. Saya hanya tolong dengan apa yang saya mampu. Yang lain semuanya dari Allah SWT. Saya harap dan saya doakan awak-awak semua mampu jadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Tahun depan dah SPM, buat sehabis baik. Banggakan semua orang terutamanya parents kamu semua" balas Syafiqha panjang lebar. Kesemua pelahar itu adalah pelajar dari kelas 4 Alpha. Sememangnya sewaktu dia mengajar mereka, dia sering dibuli, dan tidak diendahkan apabila dia menyampaikan maklumat.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now