~ CHAPTER 11 ~

1.6K 60 0
                                    

Setiba di ruang tamu, Syafiqha mencari kelibat Hizzwan. Penuh di ruang tamu dengam sanak - saudara Tengku Hizzman dan Tengku Hanis. Ramai yang hadir kerana mereka juga tinggal di Kuala Lumpur. Di ruang tamu penuh dengan sepupu sepapat lelaki. Di dapur dengan ibu - ibu saudara dan sepupu perempuan. Akhir sekali di halaman rumah penuh dengan bapa saudaranya. Hizzwan mempunyai keluarga yang besar.

" Izz, datang sini sekejap " panggil Syafiqha dalam nada yang berbisik setelah ternampak Hizzwan yang sedang bermain Mobile Lagend bersama tiga orang sepupu lelakinya.

" Eehh, Izz. Hang back up aku "

" aku tengah follow hang lah, gila "

" weh, aku sesat "

" Am, hang kat mana ? Jangan lah tinggai aku "

" Victory " suara seorang perempuan yang berada di dalam permainan video itu.

" Yyaahhooo !! " jerit mereka berempat. Hizzwan menoleh ke arah Syafiqha. Hizzwan berjalan menuju ke Syafiqha. Di tenung mata Syafiqha lama. Syafiqha tunduk malu.

" Jangan lah pandang saya macam tu. Awak ni kenapa ? " kata Syafiqha. Hizzwan tersenyum nakal.

" meh sini " panggil Syafiqha. Hizzwan dekatkan jaraknya denga Syafiqha.

" kenapa ? " tanya Hizzwan. Syafiqha cuba menjengkekkan kakinya untuk meletakkan songkok di atas kepala Hizzwan. Hizzwan ketawa melihat Syafiqha yang terkinja - kinja untuk meletakkan songkok.

" tunduk la " kata Syafiqha.

" ouh, lupa. Tak sampai " sindir Hizzwan. Syafiqha memberikan jelingan. Sakit hatinya apabila Hizzwan berkata begitu. Hizzwan mengucapkan terima kasih dengan sisa tawanya.

" Fuh, tengok drama dah la tak dak director tak bayaq pulak tuh. Mai sini remote tuh aku nak langgan The Black Panther. Kot lah ada " tegur Ikhwan salah satu sepupu yang rapat dengan Hizzwan.

Hizzwan mempunyai tiga orang sepupu yang rapat iaitu Ikhwan, Adam dan Idham. Mereka rapat sejak kali pertama Hizzwan pulang ke kampungnya di Taiping. Mereka saling menghormati. Saling bertegur sapa. Mereka berempat mempunyai sifat dan sikap yang sama.

" Black Panther ngek hang !! Dah jom " balas Hizzwan. Loghat utara akan digunakan apabila mereka bersama. Mereka berjalan keluar dari rumah lalu terus masuk ke dalam perut kereta Ranger Rover milik Ikhwan.

Syafiqha berjalan ke dapur untuk sambungkan kerjanya. Syafiqha berasa sangat beruntung kerana mendapat layanan yang baik dari keluarga Hizzwan walaupun dia bukan sesiapa pada Hizzwan. Hizzwan hanya menganggapnya sebagai kawan. Syafiqha hanya berpegang kepada ketentuan Allah. Jika ada jodoh, maka adalah. Sekiranya tiada, dia reda. Syafiqha masih ingat apa yang dikata oleh Hizzwan ' aku tahu mesti ada lelaki yang lagi baik dari aku yang boleh jaga kau '. Syafiqha terus membuang hasratnya untuk dapatkan Hizzwan setelah Hizzwan berkata sebegitu. Hizzwan tidak mahu dia berharap kepadanya.

" Ada apa - apa lagi ni, aunty ? Meh, Fiqha nak tolong " kata Syafiqha apabila terlihat seperti tiada kerja yang harus di buat.

" Fiqha tolong angkat drey nih, lepas tu letak dekat meja di luar. Sekejap lagi lepas solat Jumaat tetamu datang lah tuh " Arah Tengku Hanis. Syafiqha hanya mengikut apa yang disuruh. Tanpa berkata apa Syafiqha mengangkat drey yang berisi lauk untuk santapan tengah hari.

******

Mereka menggunakan dua buah kereta untuk menghantar Hizzwan ke Kuala Lumpur International Airport. Setiba di KLIA mereka bersalam - salaman sengan Hizzwan. Sekarang Hizzwan berdiri di depan Tengku Hanis. Tengku Hanis menatap wajah anak kesayangannya dengan rasa penuh kasih sayang. Sejak selesai majlis kesyukuran, puteranya asyik mendiamkan diri. Seperti ada batu didalam mulutnya. Sepatah di tanya, sepatah dijawab. Tengku Hanis risau dengan keadaan anaknya.

" Adik, kenapa ni ? Dari tadi bonda tengok adik asyik diam je. Adik ada benda nak cerita dengan bonda ? Adik ada simpan rahsia dengan bonda ke ? " tanya Tengku Hanis risau. Tangannya mengusap lembut pipi Hizzwan. Hizzwan menggelengkan kepalanya.

" eerrmm.... Hazz... Tak ada apa lah, bonda. Adik pergi dulu. Bonda dengan walid jaga diri tau. Andai kata kalau adik dah tak balik, adik nak bonda terima Hazzwan macam mana bonda terima adik. Adik nak bonda jaga Hazzwan. Hazzwan pon anak bonda dengan walid juga. Sepatutnya bonda dan walid kena adil. Sebelum adik pergi, adik nak minta maaf kepada bonda dan walid. Adik tahu selama adik tinggal dengan bonda dan walid adik banyak menysahkan. Terutamanya walid, adik tahu adik ni siapa. Adik masih sedar siapa diri adik " kata Hizzwan panjang. Hizzwan bersalaman dengan ibu bapanya. Hampir sahaja rahsia Hizzwan dan Hazzwan terbongkar. Hizzwan tetap akan pegang janjinya dengan Hazzwan.

" adik, kenapa cakap macam tu. Adik tak kan pergi mana - mana kan ? Hazzwan pon anak bonda. Bonda sayang anak - anak bonda. Tak ada lebih tak ada kurang. Adik, janji dengan bonda. Adik tak kan pergi mana - mana kan ? Bonda sayang adik. Adik jangan tinggalkan bonda, okey ? "

" hah, tak ada lebih tak ada kurang ? Kalau macam tu kenapa bonda tinggal Hazzwan dengan mom ? Kenapa bonda tak bawa pulang Hazzwan sekali ? Tu ke namanye adil ? Hahahaha, ini lah mak zaman sekarang. Parent jenis apa lah korang nih " desis Hizzwan geram dengan sikap bonda dan walidnya. Dia masih tertanya - tanya, kenapa mereka perlu tinggalkan Hazzwan dengan ibu susuannya ?

" Hizzwan, kenapa kau cakap macam tuh ?.... Kau jangan kurang ajar sangat dengan walid dan bonda " amaran diberikan oleh Hizdfan. Hizzwan hanya menayangkan wajah selamba.

" dah la, bro. Aku malas nak memekak dekat public macam nih. KAU JAGALAH PARENT KAU ELOK - ELOK " balas Hizzwan.

" kau dah tunjuk belang kan,dik ? Kau ingat kitorang ni sapa ? " sampuk Heliza.

" suke hati aku lah nak tunjuk belang ke taring ke. Yang kau sebok apehal ? Kalau aku tunjuk pun tu belang aku bukan belang kau. Yang kau tak puas hati kenapa ? "

" ouh yaa, sebelum adik lupa. ATM kad yang walid dan bonda bagi sebelum ni ada atas meja study dalam bilik. Nanti check lah, MANA TAHU ADA YANG KEBAS. Okey lah, adik gerak dulu. Kalau adik tak balik jangan cari " balas Hizzwan lalu melangkah masuk ke balai lepas. Panggilan dari Tengku Hanis tidak diendahkan. Luka dihati masih belum terubat. Hizzwan sudah tekad bahawa dia tak akan pulang lagi ke Malaysia selain ada masalah penting. Jika dia pulang pun, dia takkan beritahu Tengku Hanis dan Tengku Hizzman.

Setiba di dalam kapal terbang, Hizzwan berjalan mencari tempat duduk. Setelah jumpa, Hizzwan meletakkan headphone di kepala. Lagu yang di bluetooth dengan telefonnya berkumandang melalui headphone. Hoodie di tarik dan menutupi separuh wajahnya. 180 masej dan 40 call yang terpapar di skrin telefonnya. Orang yang paling banyak masejnya adalah Hizwani Syafiqha.

Fiqha
5:45 PM
Hizzwan, awak dekat mana tu ? Dah naik ke belum ?

Fiqha
5:45 PM
Hizzwan

Fiqha
5:45 PM
Hizzwan, reply lah

Fiqha
5:48 PM
Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq !!! Mana awak ni ?

Fiqha
5:48 PM
Izz, susah ke nak reply chat saya ? Awak okey ke dekat sana ?

Fiqha
5:48 PM
Hizzwan,
Hizzwan,
Hizzwan,
Hizzwan....

Fiqha
5:50 PM
Ooohhh Hizzwan,
Kau laki idman ku...

You
6:05 PM
Yaa, saya.

You
6:05 PM
Kau nak apa ?

You
6:05 PM
Kecoh lah kau nih. Aku dah naik. Lagi 20 jam 45 minit aku sampai

You
6:06 PM
Aku okey, kau tak payah risau. One more thing, kau jangan chat aku dah.

*******

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now