~ CHAPTER 28 ~

1.2K 41 0
                                    

Setelah lama menunggu Syafiqha berbual dengan adik - adiknya dan mommy-nya, Hizzwan berjalan masuk ke dalam lif. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Badan dihempaskan di atas katil. Bahagianya.

Hizzwan memandang telefonnya apabila ada satu deringan. Syafiqha lagi. Hizzwan menjawab panggilan video itu. Maka terpaparlah wajah flowles milik Syafiqha. Syafiqha cantik orangnya. Tapi entahlah, kenapa Hizzwan tidak berminat dengannya.

"haa, kau nak apa? " tanya Hizzwan kasar.

"saja. Tadi tak dapat nak bual dengan awak. Ni baru dapat. Hehe" balas Syafiqha dengan senyuman yang menayangkan sebaris giginya.

"haa, tahu pun! Tadi call aku, kau sembang dengan adik aku" kata Hizzwan kembali.

"laa, marah ke? "

"gila tak marah? Dah la guna phone aku, data aku. Lepas tu sembang macam aku ni tunggul" kata Hizzwan.

"okey okey. Sorry lahh. Sekarang saya sembang dengan awak pulak. Awak ni, asyik marah jer. Dengan saya aje nak marah. Chill lah" balas Syafiqha. Jauh hati.

"okey, kau nak apa call aku ni? " tanya Hizzwan lembut.

Hizzwan bangun pada pukul 6:00 pagi untuk mendirikan solat subuh. Selesai solat, Hizzwan duduk di birai katil. Syafiqha tu cantik tau. Suara lembut aje. Sopan je bila cakap dengan mak kau. Tapi kenapa kau tak minat dia, Izz? Kesian pun ada jugak sebab cinta dia tak terbalas. Mesti dia rasa terkilan dengan kau. Aarrgghh! Aku tak peduli. Lepas aku jadi doktor baru aku nak cari bini. Sekarang ni bukan waktu yang sesuai untuk cari wife. Hati Hizzwan berkata.

Keluarga kandungnya sudah pulang ke Malaysia selepas selesai majlis Hazzwan. Katanya Tengku Hizzman ada meeting dengan klien manakala Tengku Hanis juga ada meeting bersama pensyarah - pensyarah di UITM Seri Iskandar, Ipoh. Hidzfan pula, banyak kerja yang perlu diuruskan di Hotelnya yang terletak di Melaka. Heliza, sudah sebok dengan peperiksaan akhir yang bakal diduduki oleh pelajar UUM. Boleh dikatakan ahli keluarga kandung Hizzwan dan Hazzwan semua sebok menguruskan hal - hal dunia sedangkan hal - hal di dunia tidak akan dibawa mati bersama mereka berbanding hal - hal akhirat.

Hizzwan menyemak akaun Instagramnya sementara menunggu Datin Mazlina panggil untuk sarapan bersama keluarga. Seterusnya Twitter pula dibuka. Kemudian Whatsapp. Berpuluh - puluh chat masuk. Ada nombor yang tidak dikenali menghantar chat kepadanya.

Unknow
Assalamualaikum. Hizzwan kan? Boleh aku tahu bila kau nak pergi US?

Me
Waalaikumsalam. Kau budak mana ni? Apasal nak tahu bila aku nak pergi US?

Unknow
Aku Imran lah sengal! Kau tanya aku budak mana? Tak guna betul!!

Me
Imran? Imran mana pulak ni? Sumpah aku tak kenal.
   Kau bagi complete sikit about yourself

Unknow
Aku Imran. Aku kawan dengan kau dari umur 6 tahun sampai umur 12 tahun. Kau dengan Hazzwan kembar.  Aku satu sekolah dengan korang. Umur sama. Aku pernah menangis sebab kau nak pindah Malaysia.

Me
Laahhh, kau ke racoon? Haa, ingat dahh!! Hahahahah!! Haa, apasal kau tanya aku bila nak pergi US?
[save contact]

Imran
Aku tengah cari housemate ni. Sebab aku sambung Universiti New York. Tapi tak ada housemate. Tengah cari. Lagipun kau kan nak sambung US?

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now