Syafiqha diam tidak berkutik apabila masuk sahaja ke dalam perut kereta sehinggan kereta yang dipandu oleh Hizzwan bergerak. Wajah Hizzwan takut untuk di pandang. Dari tadi lagi lelaki itu serius selepas bertekak dengan Hanif.
Syafiqha memandang tangan Hizzwan yang diletakkan di gear. Perlahan tangan Syafiqha bergerak menggenggam tangan sasa milik suaminya. Hizzwan hanya membiar.
"Sakit lagi ke kepala tu?" tanya Hizzwan mendatar.
"Kurang dah sikit" jawab Syafiqha perlahan. Suasana di dalam kereta kembali sunyi.
"Aw.. Awak" panggil Syafiqha gagap. Hizzwan mengerutkan dahinya.
"Kau apahal? Dah keluar hospital, gagap?" tanya Hizzwan pelik. Syafiqha bertambah pelik. Dia ni tak jeles ke? Tak marah ke?. Pelbagai persoalan yang bermain di minda Syafiqha.
"Awak tak marah ke?" tanya Syafiqha sebelum mengubah kedudukkannya menghadap Hizzwan di sebelah. Huzzwan mengangkat sebelah keningnya.
"Kenapa pula aku nak marah?" soalan berbalas soalan.
"Yerlah, awak tak marah ke lelaki cari saya?" tanya Syafiqha lagi. Hizzwan terus melepaskan ketawannya sebelum dia kembali serius.
"Marah? By the way, sejak kau jadi isteri aku. Aku dah mula percayakan kau. Aku dah yakin yang kau takkan main belakang aku. Sebab kau yang janji yang kau akan setia dengan aku. Kalau betul kau sayang aku kenapa kau nak kena curang dengan aku? Am I right? Lain lah kalau kau tak sayang aku kan? "
Jawab Hizzwan panjang lebar. Ayat belakang Hizzwan membuatkan Syafiqha mengeluh. Hizzwan yang dengar keluhan dari Syafiqha hanya mengangkat keningnya sebelah."Awak.. Tolonglah"
"Tolong apa?" tanya Hizzwan pelik.
"Tolonglah ingat tak pernah sedetik pun saya tak sayang awak. Awak tu" jawab Syafiqha
"Asal aku pulak?"
"Saya dekat sini ada pekerja bawah awak yang boleh pantau saya. Awak tu jauh, perempuan dekat sana bukan macam perempuan dekat sini. Sana tu seksi-seksi"
"Kau takut aku jatuh hati dekat minah-minah saleh ke macam mana ni? Come on, Fiqha. Kau fikir logik lah, kalau betul aku jatuh hati dekat minah saleh. Kau aku nak campak mana? Lagi pun kau je yang ada kunci pintu hati aku. If aku nak nikah dengan orang sana, banyak benda aku kena buat. Perempuan tu dah sah-sah kena masuk Islam dulu. Dia kena belajar solat lah apa lah. Kalau bidadari depan aku ni lain lah. Dah memang pandai tackle aku dari form three lagi"
"Okey, listen here. I love you damn much. Tak ada siapa pun yang boleh gantikan kau. Datang lah berjuta pun. Kau yang aku pilih. Faham?" sambung Hizzwan. Syafiqha sudah mengukirkan senyuman. Hatinya bagai di hiasi oleh taman-taman bunga.
*********
Setiba di hadapan rumah Dato Ramzan, Hizzwan memberhentikan keretanya. Lants dia keluar dan melangkah ke tempat Syafiqha. Pintu kereta dibuka. Hizzwan mengambil beg tangan Syafiqha sebelum dia membontoti isterinya.
Syafiqha menguak pintu rumah. Terlihat ahli keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu. Kemudia mereka melangkah mendekati Syafiqha. Syafiqha dan Hizzwan menyalam kedua orang tua itu. Pelbagai soalan ditanya oleh Datin Fauzana dan Dato Ramzan.
"Akak! Akak okey tak? Nasib baik Izz ada, kalau tak? Akak ni cuba lah jaga diri tu.. Bla bla bla" bebel Datin Fauzana. Syafiqha menayang sengehan yang lebar.
"Mama, akak okey lah. Demam dah hilang..."
"Menipu" sampuk Hizzwan selamba sebelum melangkah duduk di atas sofa. Syafiqha menjeling suaminya itu.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
AléatoireCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...