Hizzwan dan Syafiqha tiba di Kuala Lumpur tepat pukul 11 pagi. Syafiqha masuk ke dalam rumaj meninggalkan Hizzwan yang sedang bercakap dengan telefon di luar rumah. Pasal kerja katanya.
Syafiqha mencari sehelai kemeja, seluar, tie dan kot yang ada di dalam bilik Hizzwan untuk di-iron. Manakala Hizzwan pula membersihkan dirinya dan sempat melakukan solat sunat dhuha.
Hizzwan keluar dari bilik dan menuju ke Syafiqha yang sedang menyapu habuk di ruang tamu.
"Fiqha, aku pergi dulu. Ada lagi setengah jam before meeting start. Sini nak ke sana pun 20 minit" tegur Hizzwan sambil memakaikan jam di tangan.
Syafiqha menoleh ke belakang. Melopong dia melihat Hizzwan yang segak berpakaian kemeja bewarna putih dan tie bewarna merah beserta kot bewarna hitam yang tersarung elok di badannya.
"Awak, kejap"
Syafiqha membetulkan tali leher yang dipakai Hizzwan. Dia terpaksa menjengkekkan sedikit dan Hizzwan juga terpaksa memendekkan sedikit dirinya.
"Nanti saya masak untuk bebuka eh. Awak jangan beli apa-apa dekat bazar tu. Jaga diri awak. Drive tu jangan laju-laju. Assalamualaikum. Bye" pesan Syafiqha sebelum maraih tangan Hizzwan untuk bersalam. Hizzwan hanya memandang sebelum sebelah tangan naik untuk mengusap ubun-ubun Syafiqha.
Syafiqha menghantar Hizzwan ke kereta. Hizzwan melangkah masuk ke dalam dan memulakan perjalan ke Imperio Holding.
**********
Selesai membuat kerja, Hizzwan mula mengemas barang memandangkan jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang. Dengan jammed lagi. Kesian pula pada Syafiqha yang sudah masak untuknya.Tepat pukul tujuh Hizzwan sudah sampai di rumah. Ini semua kerana kesesakkan jalan raya. Hizzwan memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah. Hizzwan meletakkan beg di atas sofa dan menuju ke ruang dapur.
Terlihat Syafiqha sedang membancuh air.
"Banyaknya Fiqha. Tak habis nanti macam mana? Kita berdua je tau yang makan" Syafiqha terhijut lalu memusingkan badannya. Terlihat suaminya sedang menarik kerusi dan melabuhkan duduk.
"Tak habis nanti saya simpan dalam freezer. Sahur nanti boleh panaskan. Ni pergi lah mandi dulu. Lambat lagi nak berbuka. Awak solat asar ke belum?"
Hizzwan bangun dan mendekati Syafiqha yang sedang membelakanginya.
"Dah. Alaa, kejap lah Fiqha. Nanti aku naik mandi" jawab Hizzwan malas sebelum dia melentokkan kepalanya di bahu Syafiqha.
"Sepuluh minit"
Mendengar jawapan Syafiqha, Hizzwan terus melangakah ruang tamu untuk rehat seketika. Hanya mampu baring sahaja. Nak tidur tak elok sebab dah nak manghrib.
Selesai membersihkan diri, Hizzwan melangkah turun dan duduk berhadapan dengan Syafiqha. Apabila azan mula berkumandang, Hizzwan mula membaca doa berbuka puasa.
*******
Syafiqha duduk termenung di taman mini. Entah terasa sangat bosan pula bila Hizzwan dah masuk dua minggu lima hari bekerja. Semalam Hizzwan cuti dan suaminya itu menghabiskan masa dengannya dengan membuat kuih raya. Dapat lah tiga jenis kuih raya.Syafiqha melihat jam di telefonnya. 1:00 A.M. sekarang adalah luch hour. Entah Hizzwan pulang ataupun tinggal di pejabat sehingga pukul lima petang nanti.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...