~ CHAPTER 16 ~

1.5K 55 0
                                    


Hidzfan duduk termenung di atas sofa. Entah apa yang di fikirkan. Duduk macam ini tak kena, duduk macam itu tak kena. Dia berasa seperti gelisah. Risau dan sebagainya. Tidak senang duduk dia dibuatnya.

" kau kenapa, along ? Baring tak kena tido tak kena. Dari tadi lagi aku tengok kau macam tu. Kenapa ? " tegur Heliza dari belakang. Tangan kanannya di letakkan di atas bahu kiri milik Hazdfan. Kemudian dia berjalan duduk di atas sofa bersebelahan Hizdfan.

" aku risau la, ngah. Risau ada rindu pon ada "

" kau risaukan siapa ? Rindu siapa pulak ? Kau jangan buat hal, along. Kau tu anak dah dua, bini dah seorang. Aku report akak kang kejap lagi. Haa, mau kena ketok kepala tu satu das " bebel Heliza. Entah siapa yang dirindukan itu. Heliza mengerutkan dahinya. Hizdfan memandang Heliza dengan pandangan menyampah. Hizdfan kembali termenung.

" akak !!! Along kan, ada skandel dengan perempuan lain !!! Tak padan dengan anak dua !!! Gatal !!! " jerit Heliza tatkala terpandang Hizdfan yang tidak mempedulikannya. Hizdfan dengan perasaan geram terus menarik telinga adik perempuannya. Laju Sarah datang ke arah Hizdfan dengan dahi yang berkerut. Kedua - dua keningnya di angkat.

" no! Abang tak ada skandel pon. Hel ni je memandai buat cite " terang Hizdfan takut isterinya itu bersalah sangka.

" habis tu ? "

" tak ade lah, abang just rasa sunyi. Terasa sunyi pulak bila Hizzwan tak ada. Sepi je rasa. Rindu lah dekat dia " Heliza memberi senyuman sinis apabila terdengar ayat yang keluar dari mulut abangnya.

" heh, semalam kau yang beria-ria nak sangat dia pergi US tu. Last tengok lah. Along dah rasa sendiri. Dulu time dia ada, along ada ke fikir perasaan dia ? Ada ke along care pasal dia ? Ada ke along tanya khabar pasal dia ? Along tak call dia lagi kan ? " sindir Heliza. Sakit hatinya apabila mengingatkan tentang apa yang pernah Hizdfan lakukan kepada Hizzwan suatu dahulu.

Dahulu, Hizdfan sangat tidak puas hati apabila keluarga terlalu lebihkan Hizzwan sehingga lupa akan kehadirannya sebagai anak sulung di dalam keluarga itu. Selama ini Hizdfan tidak suka akan kehadiran Hizzwan di dalam keluarga itu.

" dah, tak payah nak bergaduh. Naik atas, packing beg. Jom pergi Kanada. Hazzwan nak kahwin malam esok. Pergi siap sekarang " arah Tengku Hanis mematikan pergaduhan dua beradik itu. Tanpa banyak kata mereka naik ke atas dan masuk bilik masing-masing.

*****

" sempat ke bonda ? " tanya Hizdfan kepada Tengku Hanis.

" sempat kalau kau orang tak buat lambat " balas Tengku Hanis. Mereka melangkah masuk ke dalam helikopter milik Tengku Hizzman . Nabil dan Muiz selaku pekerja Tengku Hizzman yang menjadi pilot. Tengku Hizzman mempunyai tujuh buah hotel, empat cawangan syarikat dan lima buah restauran. Jadi Tengku Hizzman tidak kesah untuk membeli helikopter sebagai pengangkutan keluarga mereka.

*****

Setiba di rumah, Hizzwan, Ayra dan Afrisya keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat milik Dato Rafiq. Mereka berjalan ke dapur. Adik - beradik keliarga itu masih dengan aktiviti di dapur.

" Syaf dah jumpa daddy ?" tanya Datin Mazlina setelah terlihat kelibat Hizzwan memasuki ruang dapur. Terdengar sahaja suara mommy-nya, Hizzwa terus berjalan ke singki dimana tempat Datin Mazlina sedang berdiri.

" belom lagi la, mommy. Syaf tak jumpa daddy lagi. Tadi ada jugak cari tapi tak jumpa. Daddy pergi mana, mommy ? " terang Hizzwan. Tangannya juga sebok menolong Datin Mazlina. Datin Mazlina mencuci dengan sabun manakala Hizzwan membilas mangkuk, pinggan dan cawan.

" daddy awak pergi office tadi. Katanya ada meeting tergempar. Itu pasal lah kalut nak pergi tu " terang Datin Mazlina kepada anak terunanya itu. Hizzwan hanya mengangguk faham.

Malam itu seperti yang dijanjikan, mereka sekeluarga keluar makan malam di sebuah restauran yang ticadang oleh Hazzwan. Katanya di situ adalah restauran yang halal dan ada banyak makanan Malaysia.

Mereka pergi dengan 10 biji kereta kerana terlalu ramai sanak saudara yang ada. Untuk menjimatkan kos dan tidak mencemarkan udara, Hazzwan berkongsi kereta bersama Hizzwan. Seperti yang di janjikan juga, Hazzwan perlu memandu kereta jika mahu Hizzwan belanja makan malam. Ayra, Afrisya dan Elyssa duduk di tempat penumpang kelakang manakala Hizzwan duduk di sebelah pemandu.

Sejak mereka bertolak dari rumah, satu suara pun tidak ada. Suasana yang sangay sunyi. Hanya kedengaran juru radio yang betceloteh.

Hizzwan yang menunduk memandang telefon kini mengangkat kepalanya lalu menoleh ke kanan apabila kereta diberhentikan kerana lamu insyarat telah menukar kepada merah. Hizzwan terpandang wajah yang sangat dikenali sedang melambai-lambai tangan ke arahnya. Hizzwan membalas lambaian dari seorang budak itu. Hazzwan memandang adiknya pelik.

" kau kenapa, dik? " tanya Hazzwan. Mata fokus kepada pemanduan setelah lampu bertukar hijau. Hanya mulut yanh bertanya.

" tak ada apa-apa!! " jawab Ayra dan Afrisya serentak. Hazzwan mengarling ke cermin belakang untuk melihat Ayra dan Afrisya.

" Siapa tanya kau orang ? Abang tanya Abang Syaf. Yang kau orang perasan sangat kenapa ?" tanya Hazzwan. Lain orang yang ditanya lain orang yang dijawab. Hizzwan terus menoleh ke arah Hazzwan.

" tak ada lah, tadi aku ada terpandang seorang budak ni dalam umur dua ke tiga tahun. Tiba-tiba lambai aku. Aku balas la balik. Nak palau kang kesian pula " mereka bedekah gelak mendengar jawapan yang diberikan Hizzwan dengan selamba. Mata kembali memandang telefon.

Hazzwan memarkir kan kereta di ruang yang kosong. Mereka berjalan ke meja panjang yanh disediakan untuk keluarga. Hizzwan mengambil tempat di sebelah Datin Mazlina. Mereka membuat pesanan. Selepas beberapa minit makanan dan air yang di pesan sudah pon berada di atas meja.

Hizzwan memegang lengan mommy-nya. Entah kenapa jadi manja tiba-tiba. Kepala elok disandarkan di bahu Datin Mazlina.

" awak ni kenapa, Syaf ? Syaf kenapa jadi manja tiba-tiba ni ? Anak mommy nak apa ni ?" tanya Datin Mazlina. Pelik juga melihat Hizzwan yanh tiba-tiba menjadi sotong.

" dia nak kaki tu, awak " beritahu Dato Rafiq membuatkan satu restauran itu riuh akibat seluruh keluarga mereka gelak.

" daddy ni. Orang datang dari jauh kot. Tetiba kena layan macam ni " Hizzwan buat muncung sedepa.

" okey meh daddy suap " pujuk Dato Rafiq lalu menyuapkan ayam serta nasi masuk ke dalam mulut Hizzwan.

" eehh, tak sedar diri. Dah tua pon nak kena suap. Muka dah berkedut " ejek Hazzwan selamba membuatkan Hizzwan berhenti mengunyah.

" kau bayar sendri " balas Hizzwan pendek.

" eehh, kau dah janji. Orang dah janji tak boleh tarik balik. Nanti buruk siku " Hazzwan merapu. Entah mana dia dapat pon tak tahu.

" hheemm, aku nak pesan ni. Kau simpan sikit bodoh kau tu. Dekat sini dah la ramai kang semua berjangkit. Jangan habiskan, simpan untuk anak bini kau " balas Hizzwan. Yang lain sudah bedekah ketawakan kembar itu.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now