Hizzwan berjalan ke luar kedai manakala Ikhmal berjalan ke kauter pembayaran. Kemudian, mereka berjalan beriringan menuju ke gym. Mereka hanya berjalan kaki kerana gym tersebut hanya selang tiga buah kedai. Setelah sampai, mereka pergi ke kauter untuk membuat pembayaran. Hizzwan membayar sebanyak RM 20 untuk dua jam setengah seorang. Selesai membuat pembayaran, Hizzwan dan Ikhmal terus mengambil dumble lalu diangkat dan diturunkan untuk beberapa kali. Ikhmal dan Hizzwan mengayuh exercise bike sambil berbual kosong.
" ehh, Izz. Hang ada dengaq pasai student yang kena tukaq cose masuk kita punya kelas tu ? Tak silap aku, budak tu asal Negeri Sembilan. Semua kata budak tu comei " tegur Ikhmal apabila Hizzwan sebnyap secara tiba - tiba. Apa yang difikirkan pun tak tahu.
" tahu. Aku rasa aku macam pernah terserempak dengan budak tu lah. Tak silap aku, budak tu pernah masuk kawat kaki waktu aku form five " kata Hizzwan. Hizzwan kenal dengan perempuan tu sejak dia melihat di akaun instagramnya. Hizzwan menceritakan tentang perempuan itu kepada Ikhmal.
Flashback
Hizzwan dipaksa oleh Tengku Hanis untuk menyertai pertandingan kawad kaki peringkat negeri. Apabila Hizzwan setuju untuk menyertai pertandingan itu di bawah persatuan kadet polis, Hizzwan serta merta dipilih untuk menjadi ketua komanden. Setelah sebulan mereka berlatih, akhirnya hari pertandingan telah pun tiba. Hizzwan memilih untuk menaiki kereta bersama pengetua sekolah, iaitu bondanya sendiri pada pagi itu. Mereka pergi sehari sebelum bertanding kerana sekolah yang menjadi tuan rumah terletak di Putrajaya. Hizzwan tidak suka menaiki bas sekolah yang disediakan oleh sekolahnya sendiri. Hizzwan pasti dia tidak akan boleh berehat kerana suara pelajar - pelajar. Bas hanya mengikut kereta yang dipandu oleh Tengku Hanis dari belakang. Lagipun keempat rakan baiknya manaiki kereta bersama Hizzwan dan jika dia menaiki kereta bersama Tengku Hanis, Hizzwan boleh memandu sekiranya Tengku Hanis kepenatan.
Setiba di pehentian rehat Tapah, mereka turun untuk berehat sambil makan makanan ringan yang telah diedarkan. Hizzwan akan memandu untuk menggantikan bondanya yang telah kepanatan. Mereka berhenti selama setengah jam. Hizzwan dan rakannya berjalan ke bas dua tingkat yang dinaiki oleh tujuh orang guru dan 35 orang murid yang berlainan sekolah. Murid - murid tidak dibenarkan turun kecuali ingin membuang air kecil atau besar. Hizzwan dan rakannya melangkah masuk ke dalam. Sesetengah pelajar perempuan menjerit apabila melihat lima orang jejaka tampan termasuk Hizzwan melangkah masuk ke dalam bas. Hizzwan membisikkan sesuatu di telinga pemandu bas.
" Aaarrhhh !!!! " jerit sesetengah pelajar perempuan. Hizzwan dan rakannya menutup telinga mereka menggunakan kedua belah tangannya.
" Hizzwan, jom lah naik bas dengan kitorang !"
" Sini lah, Hizzwan. Jangan lah jual mahal sangat ! "
" Ikhmal dan Hizzwan, jom lah join kitorang "
Jerit budak - budak perempuan di dalam tu. Membuatkan Hizzwan dan rakannya menyampah. Ikhmal pula terdengar namanya disebut. Mereka dapat satu tengkingan dari Ikhmal. Hizzwan hanya mengangguk setuju dengan apa yang di sebut oleh Ikhmal.
" Dok buat riuh apadia tak tau ! Garet, merela. Aku tampaq sorang - sorang naya ! Meregeh sangat ! " jerit Ikhmal. Habis keluar dia punya utara. ( kepada sesiapa yang tidak tahu atau yang ingin tahu, maksud meregeh itu adalah gedik. Sekian ). Ikhmal sememangnya tidak suka akan perempuan yang sebegitu. Hizzwan menepuk bahu Ikhmal buat beberapa kali supaya Ikhmal dapat menahan sabar.
Tiba - tiba datangnya seorang perempuan berambut perang berjalan menuju ke arah Hizzwan dan rakanya. Hizzwan duduk menutut untuk samakan ketinggian mereka. Hizzwan keliru sama ada gadis itu sedang mencari emaknya atau sengaja datang kepadanya.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...