"Syaf! Meh turun. Sarapan!" laung Datin Mazlina. Malangnya tiada sahutan dari Hizzwan. Mandi kot. Biarlah. Nanti panggil lain.
20 minit kemudian.
"Syaf! Turun makan!" laung Datin Mazlina lagi. Tetapi langsung tiada apa - apa sahutan.
"syaf?! " panggil Datin Mazlina. Hatinya sudah dilanda kerisauan. Mana pulak pergi budak ni. Datin Mazlina naik ke bilik Hizzwan. Pintu masih tertutup rapat. Tidur lagi agaknya, desis Datin Mazlina untuk menyedapkan hati.
Pintu dikuak perlahan. Kosong. Tiada apa - apa. Mandi mungkin? Datin Mazlina berjalan mendekati bilik air. Pintu bilik air tidak terkunci. Dia menolak pintu tersebut. Tiada orang di dalam. Barang mandian Hizzwan juga tiada. Datin Mazlina berjalan ke almari pakaian Hizzwan. Jangan cakap Syaf dah pergi US tanpa beritahu mommy, sayang. Pintu almari dibuka. Hanya ada lima enam helai sahaja pakaiannya. Datin Mazlina jatuh terduduk.
Datin Mazlina menangis. Bahunya terhinjut - hinjut. Kenapa Syaf pergi tak bagi tahu mommy? Syaf... Sampai hati. Mommy baru nak luangkan masa mommy dengan Syaf.
Datin Mazlina berjalan mendekati katil dimana tempat Hizzwan tidur. Nama pun katil. Nak buat apa lagi selain tidur? Goreng char kue teauw? Tak pernah dibuat orang.
Datin Mazlina perasan akan sehelai kertas yang berada di tengah katil. Dia memcapai kertas tersebut dengan perasaan sebak di hati.
Lipatan kertas tersebut di buka. Apabila dibuka lipatan kertas itu terdapat tiga biji coklat hack. Sempat lagi budak ni.
Hai mommy! Mommy chomel lah! Macam muka kucing kelaparan giteuw! Hahahaha! Gurau gurau. Sorry mommy. Mommy, Syaf tahu mommy tengah nangis. Dah.. lap air mata tu, plissss. Syaf lagi sebak bila tahu mommy tengah nangis. Mommy, Syaf pun rasa yang sama. Syaf balik pun tak sampai 4 hari. Mommy, Syaf nak mommy fikir bukan - bukan. Syaf bukan tak nak bagi tahu mommy. Mommy kan penat. Mommy banyak kerja nak uruskan. Wedding Azz kan baru je sattle. So mesti banyak kerja kan nak kena selesaikan. Syaf just tak nak bebankan mommy. Mommy rehat lah.
Mommy, Syaf pergi bukan niat nak tinggalkan mommy. Tapi dekat sini Syaf banyak kerja. Syaf nak cari rumah, nak beli apa yang patut, makanan untuk stok dalam peti ais, nak cari orang rumah. Eh? Okey, gurau. Kalau mommy rindu anak mommy ni, mommy boleh datang New York!!! Syaf tunggu tau!! InsyaAllah kalau ada cuti panjang, Syaf balik Toronto. Kereta mommy jangan risau, Imran dah suruh pak andak dia uruskan. Naik kargo jer. Nanti kita orang pergi airport ambik kereta. Mommy jangan sedih tau. Jangan segan untuk call Syaf. Mommy jangan lupa Syaf tau! Syaf sayang mommy banyak - banyak! Seluas hutan dekat belakang rumah atok, luas lagi sayang Syaf dekat mommy! Mommy jaga diri, wokeyh? I lap yu! Yu lap mi! Okey, gurau. Love you mommy. Tolong sampaikan penumbuk dekat perut Azz untuk Shaf tau! Kirim salan dekat semua! Bye! Assalamualaikum!
Anak mommy
Hizzwan SyafiqApabila selesai sahaja membaca sepucuk surat itu dia tersenyum. Hilang terus sebak di hati. Dulu sewaktu Hizzwan berumur 7 tahun. Hizzwan selalu ayat yang akhir itu.
Flashback
15 tahun lalu
Hizzwan keluar dari kereta lalu terus berlari masuk ke dalam rumah bersama Hazzwan. Pintu utama yang besar itu dikuak perlahan dengan. Tenaga di dalam badan mereka diguna sepenuhnya untuk menguak pintu tersebut.
Berkerut dahi mereka sambil menolak pintu utama itu. Dato Rafiq yang berdiri dibelakang hanya mampu memerhati dengan senyuman geli hati. Dato Rafiq menggeleng kecil melihat gelagat kedua anak nya itu.
Apabila pintu sudah terbuka luas. Kembar seiras itu terus meluru masuk ke dalam. Bilik utama milik Dato Rafiq dan Datin Mazlina. Pintu dikuak lagi. Hari ini Datin Mazlina kurang sihat. Dato Rafiq tidak membenarkan Datin Mazlina untuk ke butik dan Dato Rafiq mengarahkan Datin Mazlina untuk berehat di dalam bilik.
Sebab kedua adalah- memandangkan Datin Mazlina baru sahaja melahirkan bayi kembar pada empat bulan lepas. Bayi kembar itu ditinggalkan bersama pengasuh buat seketika kerana pada hari Isnin sehingga Jumaat Datin Mazlina sibuk menguruskan butik. Bayi kembar itu dihantar bersama pengasuh kerana takut berjangkit dengan Datin Mazlina.
Pintu sudah terbuka luas. Hazzwan dan Hizzwan berlari mendekati Datin Mazlina yang sedang rehat di atas katil. Mereka berdua berjalan mendekati Datin Mazlina. Mereka melihat Datin Mazlina sedang tidur. Hazzwan dan Hizzwan memandang satu sama lain. Kemudian jari telunjuk dilekatkan ke bibir sendiri.
"shhtt.. Mommy tidur" bisik Hazzwan kepada Hizzwan. Hizzwan hanya mengangguk laju. Mereka melihat Datin Mazlina penuh dengan rasa kesian.
"Azz nak pergi mandi jap. Syaf duduk sini tau. Jangan kacau mommy tidur. Mommy tak sihat" beritahu Hazzwan seperti seorang abang memberi arahan kepada adiknya. Hazzwan berjalan keluar dari kamar Datin Mazlina.
"okey" jawan Hizzwan sepatah lalu menganggukna kepalanya. Hizzwan hanya mampu memerhati saja.
Dahi Datin Mazlina berkerut. Mata dicelekkan beberapa kali untuk menghilangkan daripada kabur. Dia menoleh ke kiri. Terlihat Hizzwan sedang seronok memerhatinya. Datin Mazlina mengusap rambut Hizzwan yang bewarna coklat perang itu. Dari kecil lagi rambutnya berwarna coklat perang. Mungkin sebab membasar di negara barat ataupun mengikut genetik Tengku Hizzman. Tengku Hizzman juga berambut coklat perang seperti Hizzwan.
Hizzwan yang perasan akan mommy-nya sudah tersedar terus menayangkan sengehan yang lebar.
"Syaf dah balik? Meh, duduh dekat mommy" Datin Mazlina menepuk tilam yang empuk itu perlahan. Lantas Hizzwan memanjat katil lalu duduk bersila di sebelah Datin Mazlina. Datin Mazlina mencium pipi gebu milik Hizzwan. Kemudian dia meletakkan kepalanya di atas riba Hizzwan.
"Sayang anak mommy. Syaf sayang mommy tak?" tanya Datin Mazlina. Suaranya serak sedikit.
"sayang!" jawab Hizzwan lalu menganggukkan kepalanya.
"sayang sangat. Syaf sayang mommy banyak - banyak. Banyak lagi sayang Syaf dekat mommy dari anjing - anjing Aunty Zetty bela tu. Hutan dekat rumah atok tu. Tak luas macam sayang Syaf dekat mommy" ujar Hizzwan.
"wow! Mana Syaf belajar?" tanya Datin Mazlina. Kemudian dia mengangkat kepalanya memandang Hizzwan. Biar betul anak mommy ni.
"daddy ajar. Daddy cakap kalau nak bagi ayat manis kena macam tu" baritahu Hizzwan merujuk ayat manis yang diberikan kepada Datin Mazlina tadi. Daddy awak rupanya yang ajar. Patut lah ayat lain macam. Datin Mazlina tersenyum lalu mencium pipi Hizzwan bertalu - talu.
End flashback
Air mata yang mengalir lantas di sapu dengan belakang tangan. Senyuman terukir. Mommy tak tahu macam mana hidup mommy kalau seorang demi seorang pergi meninggalkan mommy. Bisik hati Datin Mazlina.
Pintu dikuak dari luar. Datin Mazlina menyimpan melipat sepucuk surat itu. Dato Rafiq yang membuka pintu terus berjalan mendekati Datin Mazlina. Wajah Datin Mazlina dipandang dengan dahi yang berkerut.
"kenapa menangis ni? Mana Hizzwan?" tanya Dato Rafiq risau. Bini nangis, anak entah kemana. Keluar pergi mana - mana tanpa pengetahuannya mungkin.
Datin Mazlina memeberikan surat yang ditulis Hizzwan kepada Dato Rafiq. Dato Rafiq membuka lipatan itu lalu membaca apa yang ditulis.
"Ya Allah, budak ni. Dia pergi macam tu je? Bagitahu apa pun tidak? " tanya Dato Rafiq. Itu salah satu sikap Hizzwan. Tidak suka memberitahu dan bercerita. Dia suka pendam.
"nanti saya tanya Captain Hazzwan. Mana tahu ada rakan dia yang boleh check flight Hizzwan" kata Datin Mazlina. Mereka berdua turun makan.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RastgeleCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...