Heliza melihat dirinya di hadapan cermin besar yang berada di dalam biliknya. Hari ini adalah hari paling bahagianya. Hari dimana dia akan disatukan dengan Muhd Faiq Khairil. Tak sangka pertemuan dia bersama Faiq di Aman Mall rupanya dapat mendekatkan lagi hubungan mereka. Ada hikmah disebalik perjumpaan itu.
Faiq ialah bekas kekasihnya. Mereka bercinta sudah hampir 7 tahun sebelum mereka membuat hal masing-masing. Sungguh kecil dunia ini kerana dia sendiri tidak sangka Faiq adalah pensyarah yang selalu diceritakan oleh Hizzwan.
Pensyarah paling dibenci oleh Hizzwan dan kawan-kawannya bakal menjadi suaminya tidak lama lagi. Heliza mengenakan baju bewarna light sky blue.
Tengku Hanis melangkah masuk ke dalam bilik puterinya. Pintu dikuak. Tengku Hanis duduk di birai katil sambil melihat anak gadisnya yang berdiri di hadapan cermin itu.
"Cantik anak bonda" puji Tengku Hanis. Heliza terus berjalan mendekati Tengku Hanis. Dia menarik tangan ibunya itu sebelum didekatkan di bibir. Tangan Tengku Hanis dicium lama.
"Bonda, Hel nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan
minum Hel. Hel nak tahu yang Hel sayang bonda sangat-sangat. Terima kasih sebab sayangkan Hel, jaga Hel bagai menatang minyak yang penuh" pinta Heliza. Butir-butir air mata turun membasahi pipi. Tengku Hanis mengucup kedua pipi dan dahi anak gadisnya."Hel tak pernah buat silap dengan bonda. Bonda dah halalkan makan minum Hel. Bonda sayang sangat dekat Hel. Hel jaga suami ya, sayang. Dengar cakap suami. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri yang solehah" balas Tengku Hanis sebelum menarik Heliza ke dalam pelukan. Terasa hangat pelukan dari seorang ibu. Heliza mengucup dahi Tengku Hanis sebelum mebalas pelukan Tengku Hanis.
"Ngah, pengan..." Hazzwan baru yang ingin melangkah masuk terus sebak melihat dua orang puterinya yang pali dia sayang sedang berpelukkan.
Hazzwan berjalan mendekati emak dan kakaknya. Ubun-ubun Tengku Hanis dan Heliza dikucup sebelum memeluk mereka berdua.
Kini Hizdfan, Hizzwan dan Tengku Hizzman pula mesuk ke dalam bilik Heliza. Tak pasal-pasal mereka mengalirkan air mata. Hazzwan, Tengku Hanis dan Heliza melepaskan pelukan.
"Tak sangka kau dah nak jadi bini orang, ngah. Cepatnyer masa berlalu. Dulu kau berhingus lagi. Tak ada siapa yang nak. Naik basikal pun beroda. Jatuh, nangis. Lepas tu salahkan along tolak kau " kata Hizdfan membuatkan semua di situ tergelak kecil.
"semua dekat sini dah kahwin. So, adik seorang je yang single. Jadi, bonda adik yang punya. Muahaahaha!! Dah ada laki bini kan? So bermanja lah kau orang dengan laki bini masing-masing, yer?" sampuk Hizzwan membuatkan semua di situ memandangnya tanpa berkelip. Wajah cemburu pun ada juga. Yerlah, dia seorang jer yang tak berbini.
"Hey, siapa cakap bonda adik punya? Bonda tu walid punya tau! Tak ada siapa boleh sebat" kata Tengku Hizzman sebelum duduk di sebelah Tengku Hanis. Bahu isterinya itu di paut.
"Choihh, dengan anak sendiri pun bekira" cebik Hizzwan dengan muncung sedepa. Keluarga itu ketawa lagi.
"Angah nak minta maaf dekat walid, bonda, along, Azz dengan adik. Halalkan makan minum angah. Walid, jaga bonda angah elok-elok. Along, nanti kalau boleh bagi anak buah lagi dekat angah" kata Heliza.
"Engkau tu cepat sikit bagi along anak buah" jawab Hizdfan sebelum dia tergelak kecil.
"Hahahaha!! Azz, jaga isteri elok-elok. Jangan lupa bagi anak buah lebih sikit dekat angah" pesan Heliza kepada Hazzwan pula. Hazzwan membalas dengan mendekatkan jari telunjuk dan ibu jarinya.👌
"and you, adik"
"apa? Jangan minta adik kahwin, ehh" ujar Hizzwan.
"Belajar elok-elok. Capai apa yang adik nak. Baggakan walid dengan bonda. Kahwin cepat-cepat. Bagi angah anak buah banyak-banyak" pesan Heliza. Hizzwan yang mendengar ayat terakhirnya menayangkan wajah bosan. Sikit-sikit suruh orang kahwin. Suruh lah aku buat benda lain. Basuh pinggan ke lipat kain ke cuci kereta ke. Tak adalah bosan sangat. Kau ingat senang nak jaga bini. Kau tak apa lah laki kau yang tanggung. Aku? Aku yang tanggung bini aku. Bukan kau. Ish, tak boleh aku dia ni! Aku pijak kang!
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...