~ CHAPTER 33 ~

1.2K 50 1
                                    

Selesai meminjam kereta dari Pak Long Imran, mereka terus bergerak kerumah yang ingin disewa oleh Imran. Of course Imran yang drive. Nak harapkan Hizzwan drive, entah jahanam kereta milik Pak long Imran itu.

Setiba sahaja di rumah yang ingin di sewa oleh Imran, mereka berdua turun dari kereta. Rumah itu adalah rumah pusaka. Boleh dikatakan di keliling rumah itu hanya hutan sahaja. Tempat yang sunyi. Rumah tersebut adalah rumah biasa dua tingkat. Tingkat pertama dibuat dari batu manakala tingkat ke dua dibuat dari kayu.

Boleh tahan banyak jugak berhala dalam rumah tersebut. Tuan rumah tersebut akan buang segala berhala itu. Menyeramkan. Bahkan rumah itu mengambil masa sebanyak satu jam tiga puluh minit untuk ke universiti yang terletak di New York City.

Imran dan Hizzwan membuat keputusan untuk ke rumah yang ingin di sewa oleh Hizzwan pula. Kali ink Hizzwan pula yang memandu. Memandangkan kereta mereka akan sampai pada minggu hadapan, mereka perlulah menggunakan kereta ini terlebih dahulu.

Sebenarnya ini adalah kereta anak Pak Long Imran yang ketiga. Dania. Kereta ini dihadiahkan oleh Pak Long Salem sebagai hadiah hari lahirnya. Pendek cerita ini adalah kereta pertama milik Dania.

Pada mulanya memang susah juga ingin memujuk Dania untuk mengizinkan Imran menggunakan keretanya untum sementara waktu. Berbagai alasan dia bagi kepada sepupuny itu. Alhamdulillah Allah lembutkan hatinya untuk memberi Imran pinjam keretanya.

Apabila tiba di rumah Pak long Salem untuk mengambil kereta ini sebentar tadi, Hizzwan sudah membuat pemeriksaan pada kereta ini. Kali pertama dia membuka pintu kereta, Subahanallah. Banyak sangat barang. Tudung yang berada di atas kerusi pemandu belakang, kasut di merata, lipstick sudah patah dua berada di dalam dashboard. Kau rasa? So, dekat sini, siapa yang padai jaga kereta? Lelaki atau perempuan? Kereta siapa yang bersih antara lelaki dan perempuan? - Hizzwan. Akhirnya bersih juga kereta itu setelah Dania membersihkan.
***********

"Dah, jom turun. Tuan rumah dah tunggu tu" beritahu Hizzwan lalu menanggalkan seatbelt yang membelit badannya itu. Injen kereta di matikan. Kemudian mereka melangkah keluar dari kereta.

Hizzwan dan Imran menyalam tangan tuan rumah yang berumur dalam lingkungan 50 tahun itu. Hizzwan sedikit bersyukur kerana tuan rumah yang ingin disewanya adalah orang Melayu. Jadi dia senang untuk berurusan.

"Encik apa khabar?" tanya Hizzwan ramah.

"tak payah ber-encik - encik lah dengan Pak Cik. Panggil Pak Cik jer. Alahmdulillah, Allah masih bagi Pak Cik peluang untuk bernafas dekat bumi ni lagi" balas Pak Cik itu. Senyuman yang manis diberikan oleh Imran dan Hizzwan.

"Pak Cik, boleh saya tanya?" tanya Imran meminta izin.

"tanya apa tu?" tanya Pak Cik itu kembali.

"kenapa Pak Cik nak sewakan rumah ni?" tanya Imran kembali.

"sebenarnya urusan kerja Pak Cik dekat sini dah habis. 12 tahun juga lah Pak Cik tinggal sini. Waktu tu Pak Cik dapat tahu yang Pak Cik akan tinggal sini terus. Jom lah masuk tengok dalam" mereka berjalan masuk ke dalam. Boleh tahan besar jugak rumah ni. Tiada lagi patung berhala seperti yang Hizzwan katakan itu.

Rumah banglo dua tingkat. Rumah itu terletak di dalam sebuah taman perumahan. Jadi tidak lah terlalu sunyi. Jiran pun penuh kiri, kanan, depan dan juga belakang. Lagipun dari rumah ini untuk ke Universiti hanya mengambil masa selama 30 minit.

"jadi Pak Cik beli lah rumah ni. Sebab dah kena tinggal sini terus. Tup tup Pak Cik dapat call. Pak Cik kena balik Malaysia. Pak Cik macam sayang pula dekat rumah ni. Nak jual pun macam sayang juga. Jadi Pak Cik sewakan je lah rumah ni. Untung pun untung juga. Kalau tak ada kerja, duduk rumah goyang kaki. Tapi duit masyuk" beritahu Pak Cik yang bernama Osman itu. Ya, Pak Cik Osman. Author ni lupa bagi tahu. Mereka berdua hanya menganggukan kepala saja. Tidak tahu ingin membalas apa.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now