Hizzwan kembali naik ke bubung hotel. Dia termenung buat sementara. Telefon di tangan tidak pernah lepas.
" apa salah aku dekat dia orang? Kenapa dia orang buat aku macam ni? Siapa aku dekat dia orang sebenarnya? Dia orang ingat aku ni anak patung agaknya. Mana pergi belas kasihan dia orang. Tak kan sebab harta dia orang sanggup buat aku macam ni? Aagghhh! Semak lah, biul! " gumam Hizzwan perlahan. Hizzwan melihat kenderaan yang lalu lalang di bawah.
Dia mendengar seperti ada derapan kaki di belakang. Hizzwan tidak peduli. Dia masih melihat kenderaan di bawah itu. Ada orang menegur dari belakang. Bahunya di sentuh dari belakang. Lantas tangannya menepis.
" blah " kata Hizzwan sepatah.
" Aku ni dik " kata orang di belakangnya. Suara perempuan.
Hizzwan memusingkan badannya menghadap perempua itu. Heliza. Seorang kakak yang ada semasa adiknya jatuh. Seorang kakak yang telah menjadi tulang belakang kepada seorang adik.
" angah..." ucap Hizzwan sepatah lalu dia memeluk kakaknya erat. Dia menyembamkan wajahnya dibahu Heliza. Manja.
" why angah? Why? " tanya Hizzwan. Heliza sudah pun mengalirkan air mata. Hizzwan terpaksa menanggung seorang diri.
" bonda sayang kau " ucap Heliza sepatah.
" no. Bonda tak sayang aku. Kalau bonda sayang aku kenapa bonda buat aku macam ni? Sebab duit? Aku tak ada siapa dah, ngah. Aku tak ada keluarga. Keluarga aku buang aku. Mana pergi keluarga aku time aku dah down? Mana pergi, ngah? Dah lah. Aku dah malas nak fikir pasal ni " kata Hizzwan lalu merungkaikan pelukan. Hizzwan melangkah meninggalkan Heliza. Heliza memandang adiknya sayu.
" aku minta maaf, dik. Aku harap sangat kau kuat. Belom masanyer lagi untuk aku cerita dekat kau " pujuk Heliza. Hizzwan berhenti berjalan kemudian menoleh ke arah Heliza.
" kau dengar ehh. Aku ada kau dengan Hazzwan jer. Kau jer adik - beradik kandung aku. Kalau kau orang buang aku, aku dah tak ada sesiapa lagi. Tolong jangan tinggal aku. Aku sayang kau, angah " kata Hizzwan. Sebak di hati cuba ditahan. Tidak mahu Heliza tahu bertapa sedihnya apabila mendengar seorang ibu sanggup menipu anak sendiri demi duit. Sanggup gadai nyawa seorang anak demi kepentingan sendiri.
Hizzwan berjalan meninggalkan Heliza di belakang. Heliza hanya melihat kelakuan adiknya pelik. Hizzwan berhenti dari jalan. Hizzwan menoleh ke belakang.
Hizzwan mematah balik ke Heliza. Heliza memandang Hizzwan.
" kenapa, dik? " tanya Heliza pelik. Seperti menahan ketawa pun ada.
" silap jalan " balas Hizzwan sepatah. Juga menahan ketawa daripada keluar. Heliza sudah tersengeh. Heliza sudah tidak boleh tahan lagi.
" hahahahahahhaha... Aku tahu lah kau tahan gelak. Tak payah lah serius sangat. Tak leh blah dowh. Hahahaha" Heliza sudah tersenyum nakal melihat adiknya menahan malu. Tahan malu apa kebendanya. Muka dah merah. Itu kira malu lah tu.
Heliza jalan betiringan dengan Hizzwan. Lengan Hizzwan dipaut. Lega melihat adiknya tersenyum kembali.
" malu ke? " tanya Heliza mengusik. Hizzwan tersenyum.
" gila kau. Tengah jalan elok - elok tetiba tak ada pintu keluar. Mahu tak gelabah aku? Bila pusing baru nampak pintu exit dekat sini. Orang yang ada dekat situ usha tak puas hati jer " terang Hizzwan. Heliza hanya ketawa. Hizzwan mengecilkan mata memandang kakaknya itu.
Setiba di dalam dewan, Heliza pergi ke arah seorang lelaki malah Hizzwan terus keluar tanpa pedulikan panggilan dari Hazzwan. Hizzwan memandang Tengu Hanis pun tidak.
Tengku Hizzman cuba mencapai lengan Hizzwan. Hizzwan berhenti melangkah. Dia memandang bapanya dengan kedua keningnya naik ke atas.
" Walid dah tukar nama Imperio Group kepada nama adik dan adik dah jadi CEO " beritahu Tengku Hizzman. Hizzwan tersenyum sinis.
" ouh, dah tukar nama? Walid rasa adik luak sangat ke dengan tittle CEO tu? It's okey, walid. Terima kasih. Tak payah susah - susah. Dengan tittle CEO tu tak boleh hilangkan luka dalam hati adik pun " kata Hizzwan dengan lembut. Mata tidak lepas memandang wajah ayahnya.
" luka boleh hilang " kata Tengku Hizzman.
" ye, luka boleh hilang. Tapi parut dalam hati adik tak boleh hilang. Please, walid. Tolonglah. Jangan seksa perasaan adik lagi. Cukup lah keluarga ni dah tipu adik hidup - hidup " kata Hizzwan. Hizzwan melangkah keluar dari dewan hotel itu.
Hizzwan berjalan ke kereta yang di parking sebelah kereta milik Dato Rafiq. Kunci di ambil dari kocek seluar. Punat unlock ditekan.
Hizzwan tenggelamkan dirinya di tempat pemandu. Pintu di tutup. Hizzwan menghidupkan injen kereta. Pedal minya ditekan. Kereta diundur. Baru Hizzwan ingin menukar ke Drive, seorang wanita dalam lingkungan 40 tahun berdiri di tengah laluannya. Kaki Huzzwan terus menekan pedal break. Terus berhenti kereta Hizzwan. Hizzwan melepaskan keluhan berat.
Wajah Tengku Hanis di tatapnya dari dalam kereta. Wajah Tengku Hanis seperti baru lepas menangis. Matanya merah. Setitis demi setitis air mata mengalir di pipi.
Tengku Hanis melangkah perlahan ke pintu kereta tempat pemandu. Wajah Hizzwan di dalam ditatap lama. Hizzwan mengerakkan tangnnya perlahan membuka cermin tingkap. Langsung tidak memandang wajah bondanya. Mukanya di hala ke depan. Wajahnya tenang. Langsung tiada riak marah. Tetapi di dalam hatinya sudah naik api kemarahan. Hizzwan mencuba sedaya upayanya untuk menahan marah.
" Adik.. " panggil Tengku Hanis. Hizzwan tidak endahkan panggilan itu. Air mata cuba di tahan supaya tidak menitis. Cermin mata hitam masih elok di pangkal hidung.
Siapa sanggup tengok seorang ibu menitiskan air mata kerana anaknya? Setitis air mata seorang ibu mengalir disebabkan salah anaknya, itu sudah dikira derhaka. Hizzwan tidak marahkan Tengku Hanis, dia hanya kecewa.
" adik.. Padang sini, sayang..." panggil Tengku Hanis tidak diendahkan.
" adik, bonda minta maaf. Ampunkan dosa bonda. Bonda tak sanggup hadap semua ni. Bonda tak sanggup, sayang. Pandang lah muka bonda. Please. Adik, anak yang baik yang pernah bonda ada. Sedikit pun tak pernah tinggikan suara dengan bonda. Bonda adalah ibu yang bodoh. Yang tak tahu hargai seorang anak yang baik. Bonda ibu yang jahat.." tangan Hizzwan cuba capai. Tetapi Hizzwan mengelak. Hizzwan menutup kembali cermin tingkap. Hizzwan membuka pintu.
Kaki kanan melangkah terlebih dahulu. Hizzwan berdiri di hadapan Tengku Hanis. Tengku Hanis tiba - tiba melutut. Kaki Hizzwan di genggam kuat.
" Maafkan bonda. Bonda kesal sangat dengan kesalahan bonda. Ampunkan dosa bonda. Tolong, adik. Bonda merayu sangat " Hizzwan terkejut dengan tindakkan Tengku Hanis. Dia terus manarik tangan Tengku Hanis supaya berdiri bersamanya. Kemudian menarik Tengku Hanis dalam pelukkannya. Tengku Hanis melepaskan tangisan di bahu anak lelakinya.
" bonda tak ada salah pun dengan adik. Langsung tak ada. Adik cuma kecewa. Jangan menangis sebab adik. Adik tak nak bonda habiskan air mata bonda demi adik " Hizzwan memberi satu ciuman di dahi Tengku Hanis. Tangan Tengku Hanis diraih. Kemudian mendaratkan bibirnya di tangan bondanya. Air mata sudah membasahi pipi.
" maafkan adik. Adik dah abaikan bonda. Dah tingggikan suara dekat bonda. Adik yang patut minta ampun dengan bonda. Ampunkan dosa adik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik dah derhaka dengan bonda.. " rayu Hizzwan masih dalam sebak. Tengku Hanis mengusal rambut Hizzwan lembut.
Satu kucupan hangat mendarat di ubun - ubun Hizzwan. Tengku Hanis tersenyum manis. Walaupun umur sudah menginjak ke 40 tetapi wajahnya masih seperti 30-an. Masih awet muda.
" adik, ank yang baik. Bonda rasa untung dan bersyukur sangat dapat anak macam adik. Bonda minta maaf sebab selalu kongkong adik. Kurang bagi kasih sayang dekat adik dengan Hazzwan. Kita mulakan hidup baru ye, sayang.. " Hizzwan mengangguk apabila Tengku Hanis habis bercakap.
Hizzwan menghantar Tengku Hanis masuk ke dalam dewan kembali. Hazzwan masih tidak boleh menerima keluarga kandungnya lagi. Mungki belum bersedia. Tetapi Hizzwan akan memujuknya supaya terima mereka semula.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
AléatoireCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...