~ CHAPTER 42 ~

1.1K 40 3
                                    

"WHAT?!!" Jerit Hizzwan kuat lalu dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Ish, awak ni! Jerit pulak!" marah Syafiqha sebelum menepuk lengan Hizzwan. Tak kuat pun. Kang dia rejact aku, mampus!

"Kenapa dia tak bagi tahu aku? Kenapa dia bagi tahu kau? " yanya Hizzwan kepada Syafiqha. Syafiqha tersenyum kecil.

"Mana lah saya tahu. Prof Liza tak bagi tahu awak ke dia nak kahwin?" tanya Syafiqha kembali. Hizzwan yang mendengar terus menghentak-hentakkan kepalanya di stereng kereta perlahan. Syafiqha tergelak kecil melihat tindakkan Hizzwan.

"Jangan lah buat macam tu. Sakit kepala awak nanti" larang Syafiqha sambil menarik bahu Hizzwan rapat ke penyandar kerusi kembali. Hizzwan merapatkan badannya ke kerusi kereta.

"Har..Harmmm..ish, humble betul dia ni. Nak kahwin tak bagi tahu adik sendiri" kata Hizzwan. Nak Syafiqha yang mendengar terus melepaskan tawanya.

"Nak sebut haram tak boleh dapat humble pun okey lah" balas Syafiqha dengan sisi tawanya. Hizzwan menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu.

Beria suruh aku balik. Nak kahwin rupanya. Bukannya nak bagi tahu aku. Iiee, kau tunggu aku sampai Ipoh nanti. Teruk kau aku kerjakan. Tunggu.. Kata Hizzwan di dalam hati.

"Tak elok pulah nak carut dekat kakak sendiri" balas Hizzwan sambil tangannya memulas stereng kereta untuk ke jalan raya semula. Mereka akan ke rumah Syafiqha semula.
**********

Setiba di rumah Dato' Ramzan, Hizzwan memakirkan keretanya di sebelah kereta Hyundai Sonata milik Zaquan, abang ke tiga Syafiqha. Zaquan seorang jurutera yang bertugas di Johor.

Hizzwan dan Syfiqha melangkah keluar dari kereta. Syafiqha menoleh ke belakang apabila perasan bahawa Hizzwan tiada di sebelahnya. Hizzwan yang sedang bercakap dengan telefon itu dipandang.

"Nanti pergi dapur ehh. Makan sekali" pasan Syafiqha. Hizzwan menganguk sekali sebelum menyambung bercakap dengan telefon. Syafiqha menyusun langkah masuk ke ruang dapur untuk menolong apa yang patut. 

Syafiqha meletakkan semua lauk yang di masak di atas meja makan. Dia tahu Hizzwan tidak suka akan sayur, jadi dia hanya menyediakan ikan bakar serta air asam untuk Hizzwan. Dia yakin Hizzwan akan makan air asam yang dibuat kerana air asam itu terdapat tomato.

Selesai bercakap dengan telefon, Hizzwan masuk ke ruang dapur. Terlihat Syafiqha sedang membancuh air. Di ruang tamu tiada orang. Hizzwan duduk di atas kerusi. Syafiqha yang cekap membancuh air itu dipandang.

"Untung siapa yang dapat jadi husband awak? Pandai masak" tegur Hizzwan sambil tersenyum. Syafiqha yang mendengar terus memandang Hizzwan sambil tersenyum. Syafiqha menghulurkan sebiji tomato merah kepada Hizzwan.

Lantas Hizzwan mengambil tomato yang diberi oleh Syafiqha. Dia berjalan ke singki untuk membasuh tomato itu. Kemudian dia mengigit tomato itu seperti makan apple.

Syafiqha yang melihat tingkah laku Hizzwan. Kemudian di tergelak kecil.

"Patut lah muka kacak. Suka tomato rupanya. Nanti abang makanlah tomato. Bagi muka abang tu kacak sikit" tegur isteri Fakhrie. Hizzwan mamandang ke arah pensyarahnya itu.

"Ehh, prof. Meh lah dudum sekali" ajak Hizzwan.

"ehh, tak apa. Tak nak kacau kau orang dating. Kenduri Heliza bila?"

"Ermm..." Syafiqha yang melihat Hizzwan seperti tidak tahu ingin menjawab, lantas dia memotonh percakapan Hizzwan. Hizzwan melepaskan keluhan kecil. Fuhh.

"Lagi tiga hari, angah. Hari sabtu ni lah" jawab Syafiqha bagi pihak Hizzwan. Fakhrie menangguk perlahan.

"Tak sabar nak tengok siapa laki dia. Hari tu saya tanya dia jawab adalah" balas Fakhrie. Lantas dia duduk di sebelah Hizzwan.

Seorang demi seorang datang. Setelah memastikan seluruh ahli keluarga Syafiqha sudah ada di meja makan, Hizzwan membeca doa makan sebelum makan.
***********
Hizzwan mengangkat beg Syafiqha masuk ke dalam but keretanya. Kemudian dia menyusun langkah menghampiri Dato' Ramzan dan Datin Fauzana.

"jom" kata Hizzwan sambil memandang ke arah Syafiqha yang masih lagi mengacah anak buahnya itu.

"Jom" balas Syafiqha sebelum menyalam kedua ibu dan bapanya.

"mak cik, pak cik. Saya balik dulu. Jangan lupa datang majlis kakak saya. By the way, thank you bagi saya makan, tumpang rehat" kata Hizzwan sebelum mencium tangan Dato' Ramzan dan anak-anak lelakinya.

"yerlah, bukan selalu pun. Ni nak drive ke Ipoh terus ke nak singgah mana-mana dulu?" tanya Datin Fauzana.

"balik Ipoh terus kut. Sekarang pun dah pukul 8:20 dah" jawab Hizzwan sopan. Syafiqha yang mendengar hanya mengangguk setuju.

"haa, elok lah tu. Jauh lagi perjalanan. Nak hadap jamm lagi. Fiqha, jaga diri yer duduk dekat rumah orang" balas Datin Fauzana sambil menyelitkan nasihat kepada Syafiqha. Syafiqha mengangguk.

"yerlah" balas Syafiqha. Mereka berjalan ke kereta sebelum masuk ke dalam. Hizzwan mengundurkan kereta. Hon diberi kepada ahli keluarga Syafiqha sebelum memandu keluar dari halaman rumah milik keluarga gadis itu.
**********

Dari tadi lagi Syafiqha hanya membuang pandangan ke wajah Hizzwan. Hizzwan memandang Syafiqha sekilas sebelum memberi satu senyuman manis dan ikhlas.

"Kenapa kau pandang aku macam nak telan?" tanya Hizzwan kembali memandang ke hadapan. Syafiqha tersentak dengan pertanyaan Hizzwan terus memalingkan wajahnya memandang ke depan.

"saya nak tanya sikit boleh?" tanya Syafiqha sebelum menggigit bibir bawahnya. Hizzwan menjawab dengan menjongketkat keningnya sebelah.

"kalau ditakdirkan awak jodoh saya, awak terima tak? Awak boleh tak terima yang saya jadi isteri awak?" tanya Syafiqha sambil menehan air mata. Kenapa perasaan ni makin kuat bila aku dekat dengan dia? Tanya Syafiqha di dalam hati.

"Kalau dah jodoh aku dengan kau. Aku terima lah kau sebagai wife aku" jawab Hizzwan tenang. Tolong lah, Fiqha. Aku tak boleh janji if one day kau jadi bini aku. Aku tak boleh janji yang aku akan terima kau. Kata Hizzwan di dalam hati.

"Fiqha" panggil Hizzwan lembut. Syafiqha memandang wajah Hizzwan.

"Kita kawan? Sayang sebagai kawan? Rapat sebagai kawan? Boleh?" tanya Hizzwan. Jelas Syafiqha kecewa apabila dilihat dari raut wajahnya.

"Boleh" balas Syafiqha sebelum tersenyum paksa. Hizzwan tersenyum manis. Lega hatinya apabila Syafiqha setuju dengan cadangannya.

Telefon Syafiqha berdering minta diangkat. Lantas Syafiqha mengambil telefonnya yang berada di dalam handbeg nya.

ANGAH LIZA

"Hello, Assalamualaikum, Fiqha" salam diberi oleh Heliza. Heliza risau apabila pukul 9:30 malam, adiknya masih belum sampai. Dia ada telefon Hizzwan tetapi tak berangkat.

"Waalaikumsalam" jawab Syafiqha.

"Fiqha. Fiqha dekat mana? Hizzwan tu okey tak drive? Kenapa lambat sangat ni? Jalan jamm ke? " tanya Heliza bertalu-talu.

"Kita orang dekat.. Dekat..." Syafiqha memandang Hizzwan. Hizzwan yang faham akan pandangan Syafiqha terus bersuara.

"PJ" beritahu Hizzwan.

"Kita orang dekat PJ, ngah. Jalan tak jamm pun cuma kereta banyak. Itu pasal lah slow sikit" beritahu Syafiqha.

"Tolong tengok-tengokkan si Izz tu. Dia bukan selalu drive lewat malam. Kalau dia karok dalam kereta, kaki dia goyang-goyang tu maknanya dia mengantuklah tu. " pesan Heliza.

"Kita orang sampai awal kut. Hizzwan dia ikut jalan shortcut" beritahu Syafiqha.

Hizzwan memang tahu akan jalan-jalan yang dekat untuk ke sesuatu tempat. Dia pernah ikut sepupu-sepapatnya berjalan. Marata ceruk dia masuk. Kalau ikutkan dari Ipoh ke Port Dickson mengambil masa selama 5 jam. Jika dia mengikut jalan pintas hanya memakan masa selama 4 jam 25 minit.

Syafiqha kembali berbual dengan Heliza. Hizzwan di sebelah hanya mendengar perbualan mereka.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now