~ CHAPTER 51 ~

1.5K 71 5
                                    

Syafiqha berjalan mencari dimana suaminya untuk mengajak makan bersama. Dia dapur tiada. Dia ruang tamu tiada. Nak kata lepak dengan sepupu sepapat? Sepupu sepapat pun tak nampak batang hidung.

Syafiqha berjalan mendekati Ikhmal yang sedang berbual dengan Faiq.

"Ikhmal, nampak Izz tak?" tanya Syafiqha. Ikhmal tersenyum.

"Tak lah pula. Cer pi tengok dalam bilik. Rasanya dengan PUBG tu. Sebab tadi Imran ajak dia main" beritahu Ikhmal. Syafiqha mengangguk dan mengucap terima kasih.

Syafiqha menyusun langkah naik ke bilik suaminya. Pintu dibuka. Terlihan Hizzwan yang tidak berbaju sedang duduk membelakanginya.

"Yeah! Chicken dinner!!!!" jerit Hizzwan lalu terus menghempaskan badannya di atas katil yang telah dihias. Serabut dia melihat biliknya yang kini penuh dengan bunga-bungaan.

Syafiqha mendekati Hizzwan. Dia merenung wajah suaminya yang sedang memejam mata itu. Kali pertama dia melihat Hizzwan tidak berbaju. Syafiqha duduk di sebelah Hizzwan. Lantas belakang tangannya diletakkan di dahi milik Hizzwan. Dia tahu Hizzwan tidak sihat.

Hizzwan tersedar apabila terasa seperti terdapat satu tangan menyentuh dahinya. Lantas dia membuka tangan dan bangun dari pembaringan. Mata Syafiqha di tenung dalam.

Syafiqha menayangkan senyuman manisnya. Hizzwan memalingkan wajahnya ke arah lain. Hizzwan mencari posisi yang selesa untuk tidur. Dia baring membelakangi Syafiqha. Syafiqha mengusap rambut suaminya lembut. Hizzwan terus menolak tangan Syafiqha. Tidak terlalu kasar dan tidak terlalu lembut.

"Jangan sentuh aku" amaran diberi. Syafiqha tersenyum mendengar amaran dari Hizzwan.

"Salah ke isteri nak sentuh suami dia?" tanya Syafiqha lembut.

"Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap buat kau kecil hati. Aku masih tak boleh terima kau sebagai isteri. Tapi kau jangan risau. Aku akan jalankan tanggungjawab aku dari segi zahir. Aku cuba buka hati aku untuk terima kau. Aku harap kau sabar. InsyaAllah aku cuba untuk terima kau dalam hidup aku" ujar Hizzwan tanpa memandang Syafiqha.

"Saya faham perasaan awak. Saya boleh tunggu awak dari saya umur 13 tahun. Takkan saya tak boleh tunggu awak cintakan saya kan? Jom, kita turun makan. Lepas tu makan ubat. Awak demam ni. Mari" balas Syafiqha lalu menarik tangan Hizzwan. Hizzwan keraskan badan. Dia tidak mahu turun makan.

"Jom lah.." pujuk Syafiqha.

"Tak nak. Aku tak ada selera" balas Hizzwan sambil memejamkan matanya.

"Perut awak kosong tu. Jom turun makan"

"Tak nak"

"Jom"

"Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap tak nak!" bentak Hizzwan.

"Awak tak faham bahasa ke? saya cakap jom!"

"suka hati kau lah. Malas aku nak layan"

"Awak jangan paksa saya. Kita dah halal tau"

"so?"

"Okey, Fine" Tanpa membuang masa Syafiqha menundukkan kepalanya lalu mendekatkan binirnya dengan pipi Hizzwan. Lantas Hizzwan menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan.

"Okey, okey. Jom turun makan" balas Hizzwan apabila melihat bibir Syafiqha semakin dekat dengan pipinya. Hizzwan mula berdiri dari pembaringan. Kemudian dia berjalan beriringan  keluar dari bilik tidur.

Setiba di bawah kanopi yang dipasang dan disusun kerusi serta meja, Hizzwan mengambil tempat di bawah kipas dan duduk di situ.

Syafiqha memandang Hizzwan yang mula meletakkan kepalanya di atas lengan yang diletakkan di atas meja. Dahi suaminya di sentuh. Panas.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now