Selepas menghantar Ayra dan Afrisya ke sekolah mereka, Hizzwan terus memandu ke kedai makan diaman tempat yang Imra memberitahunya itu. Hizzwan sudah lambat 10 minit kerana sekolah adiknya jauh sedikit dari kedai makan yang halal itu.
Hizzwan melangkah masuk ke dalam, dia melangkah naik ke tingkat atas dimana hanya ada pagar perut Hizzwan saja. Sesiapa yang berkunjung tempat yang Hizzwan berada sekarang, mereka boleh lihat laut di pinggir banda Toronto.
Hizzwan berjalan mendekati Imra yang sedang sebok bermain telefon itu. Dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Imran.
"Assalamualaikum" sapa Hizzwan lalu menyuakan tangannya kepada Imran.
"waalaikumsalam" Imran yang tersentak terus mengangkat kepala dan memandang Hizzwan di depannya lalu mereka menyabat tangan. Imran menarik Hizzwan ke dalam pelukannya.
"Lama tak jumpa kau, bro. Kau macam mana? Sihat? Apa perkembangan kau? " tanya Imran bertubi - tubi. Hizzwan kembali duduk. Begitu juga Imran. Senyuman dibibir masih tidak lekang.
" aku macam ni lah, bro. Makin berkembang" jawab Hizzwan bergurau. Imra ketawa kecil.
"kau?"
"aku? Kalau kau makin berkembang, aku ni makin mengecut ahh" jawab Imran juga dalam nada bergurau. Hizzwan tergelak kecil. Terserlah sebaris giginya yang putih berseri.
"sorry, bro. Aku lambat. Hantar adik aku pergi sekolah tadi"
"No problem lahh. 10 minit jer pun. Aku manfaatkan 10 minit tu dengan aku bukak ML and push rank"
"ouh, bagus - bagus"
Mereka terus berbual. Macam - macam perkara yang dibualkan. Terutamanya rancangan mereka untuk bergerak sekali ke US. Sedang sibok berbual tiba - tiba seorang perempuan bertudung bawal dan blouse berwarna pink berlacan lengan panjang paras betisnya serta berseluar skinny jeans hitam terlanggar meja mereka membuatkan secawan Mocha panas milik Hizzwan tumpah ke lantai dan mercit pada blose milik perempuan itu manakala perempuan itu pula jatuh terduduk. Perit jugak tu kena air panas.
"ahh.. Panas.." adu perempuan itu perlahan. Hizzwan dan Imran yang mendengar terus bangun dari kerusi. Hizzwan duduk memcangkung depan perempuan itu. Cawan yang berada di bawah meja diambil dan diletakkan di atas meja. Hizzwan memegang lengan perempuan itu lalu membantu perempuan itu bangun.
"eerrmm, are you okey? " tanya Hizzwan. Terlihat tompokan air milik Hizzwan terkena di bahagian pinggang perempuan itu. Perempuan tersebut tidak menjawab soalan Hizzwan.
"macam ni lah. Awak masuk toilet, lepastu awak kenakan air ke bahagian yang terkena air panas tu. Nanti melecur pulak pinggang awak. Pergi cepat sebelum kulit awak melecur" arah Hizzwan. Perempuan tersebut hanya mengangguk lalu berjalan dengan cepat dan masuk ke dalam tandas perempuan.
Setelah 30 minit berbincang, Hizzwa meminta diri untuk beransur. Begitu juga Imran. Mereka bengun dari kerusi dan berjalan ke pintu untuk turun ke bawah. Namun mereka terserempak dengan perempuan tadi.
"macam mana? Dah okey? " tanya Hizzwan.
"okey laa sikit dari tadi. Terima kasih" ucap perempuan itu lembut dan ikhlas lalu menghadiahkan senyuman yang ikhlas kepada dua jejaka tampan yang berda didepannya.
"lain kali kalau kena air panas, pastikan kulit awak bertemu dengan sesuatu benda yang sejuk. Contohnya ais ataupun air sejuk" nasihat Hizzwan.
"yup, nanti takut kulit awak melecur. Bila melecur, nanti kulit awak masak dengan sendiri sebab suhu yang ada pada sesuatu benda yang terkena pada your skin tu terlalu tinggi" sambung Imran. Perempuan itu mangangguk. Bakal doktor ker? Perempuan itu perkenalkan namanya kepada Hizzwan dan Imran. Namanya adalah Fazlin a.k.a Faz. Hizzwan dan Imran juga memperkenalkan diri mereka.
***********
Setiba di rumah, Hizzwan memakirkan keretanya bersebelahan kereta milik Hazzwan. Dia melangkah jeluar dari pwrut kereta. Kemudian menyusun langkah masuk ke dalam rumah.Salam diberi lalu dia barjalan masuk ke ruang dapur. Maka teserlah lah Datin Mazlina yang sedang menolong orang gaji memasak. Hizzwan perlahan - lahan mendekati Datin Mazlina tang sedang mengacau masak lemak di dalam periuk. Hizzwan memeluk Datin Mazlina dari belakang.
"anak mommy ni kenapa? Hmm?" tanya Datin Mariana sambil mengusap tangan anaknya itu. Hizzwan meletakkan dagunya di bahu kanan Datin Mazlina.
"Syaf nak gerak pergi US dah. Mommy take care tau" beritahu Hizzwan. Pemberitaan itu mengejutkan Datin Mazlina. Datin Mazlina memalingkan badannya menghadap Hizzwan. Kepala didogakkan memandang anaknya. Tangan Hizzwan yang berada di kedua - dua pinggang Datin Mazlina ditepis lembut.
"aa..apa?" tanya Datin Mazlina terkejut.
"Syaf nak tinggal mommy ke? Tak nak duduk dengan mommy dah? Dah tak sayang mommy? Syaf tak suka duduk dengan mommy ke, sayang? Nak buang mommy dalam hidup Syaf? Haa? " tanya Datin Mazlina bertubi - tubi. Hizzwan menggaru keningnya yang yang tidak gatal itu. Aku nak pergi sambung belajar jer kot. Lagi tujuh tahun je.
"no, bukan macam tu. Syaf pun banyak kerja nak uruskan dekat sana. Nak cari barang - barang. Nak pergi U lagi. Nak uruskan rumah lagi. Nanti kalau pergi next week tak sempat dah nak buat semua tu. Nanti cuti semester Syaf balik laa. Mommy just take care yourself " pujuk Hizzwan. Datin Mazlina memeluk anaknya erat. Hizzwan membalas pelukan Datin Mazlina lalu meletakkan dahinya di atas bahu kiri Datin Mazlina. Butir - butir mutiara mula jatuh mambasahi pipi Datin Mazlina. Hizzwan mengangkat kelapa memandang Datin Mazlina.
"mommy, jangan laa nangis... Syaf bukanya nak tinggal mommy sampai bila - bila pun. Nanti ada cuti Syaf balik sini ehh? Mommy buat Syaf serba salah lah. Dahh, stop crying. Please..." pujuk Hizzwan lalu mengusap air mata Datin Mazlina. Sweet annn(angkat kening)??
"Syaf cakap senang laa. Hari tu Syaf balik tak sempat pun jumpa mommy. Itu pun Syaf balik sekejap jer" kata Datin Mazlina. Hizzwan tergelak kecil. Sewaktu Hizzwan masih belajar di UUM, Hizzwan ada balik ke Kanada untuk mengambil barang - barangnya. Hizzwan hanya tinggal di Kanada hanya dua hari satu malam sahaja. Tidak sempat untuk berjumpa dengan ahli keluarga. Datin Mazlina juga tidak dapat berjumpa kerana Datin Mazlina sibok menguruskan pembukaan cawangan baru butiknya.
"dah mommy sibok uruskan butik. Malam tu Syaf nampak mommy balik dari butik pukul 1:30 pagi. Syaf tak nak kacau mommy. Mommy kan penat" baritahu Hizzwan. Mommy-nya tersenyum. Air mata masih lagi membasahi pipi. Hizzwan tergelak besar. Datin Mazlina yang melihat terus menampar bahu Hizzwan geram membuatkan Hizzwan gelak lebih kuat. Orang tengah nangis dia gelak.
*********
Makan malam mereka pada hari ini sangat meriah. Hizzwan sahaja yang senyap sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Dia lebih selesa berdiam diri dan mendengar adik - beradiknya yang rancak berbual."Syaf, kenapa senyap je ni?" tanya Dato Rafiq. Semua mata tertumpu kepadanya.
"erm, tak ada apa lahh. Makan lah" kata Hizzwan sambil menundukkan kepalanya.
"abang, kalau abang marah dekat kitorang. Kitorang minta maaf ehh?" kata Afrisya. Hizzwan mengangguk. Pinggan di depan dipandang. Nasi dan lauk sudah habis di makan. Dia bangun dari kerusi lalu berjalan masuk ke dapur.
Selesai membasuh pinggan dan minum air Hizzwan berjalan keluar dari dapur. Hizzwan berhenti di meja makan.
"Syaf naik dulu. Esok flight... Err, tak ada apalah. Syaf naik dulu. Night, assalamualaikum" kata Hizzwan lalu naik ke biliknya. Fuh, nasib baik tak terlepas. Baju dibuka lalu berjalan mendekati suiz dimana tempat dia mengecas telefon. Telefon dicas. Hizzwan merebahkan badannya di atas katil.lalu selimut ditarik ke paras dada. Mata ditutup perlahan.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...