Syafiqha melihat Hizdfan, Hazzwan dan Hizzwan yang baru masuk ke dalam. Dia juga pelik di mana mereka tiga beradik pergi? Syafiqha kembali touch up wajah Heliza yang polos akibat baru lepas menangis.
Hizzwan masuk saja ke dalam terlihat orang sudah pun menadah tangan untuk berdoa. Baru lepas lafazkan akad kut. Hizzwan terus memdekati Tengku Hizzman.
Tengku Hizzman melihat anak bongsunya itu. Mana dia pergi? Hizzwan duduk di sebelah walidnya. Hazzwan duduk disebelah Hizzwan manakala Hizdfan duduk di sebelah Tengku Hizzman.
Selesai membaca doa, Hazzwan sempat bersuafoto dengan adik-beradik lelakinya serta Tengku Hizzman.
Hizzwan berjalan ke arah dimana kaum perempuan duduk. Hizzwan sempat mengambil beberapa gambar sebelum dia selfie sama kaum perempuan. Tidak lupa juga gambar dia bersama Heliza dan Tengku Hanis.
Faiq berjalan mendekati Heliza. Faiq menghadiahkan senyuman yang manis kepada Heliza.
"Ehh, sengeh-sengeh pulak diaaa.... Sarung lah cepat" tegur Hizdfan. Kesian si Faiq tu kena buli dengan abang ipar dan adik-adik ipar. Hohohoho!! Padaaan mukaaa!!
Tengku Hanis merenung tajam ke arah Hizdfan. Hizdfan menayang senyum kambing. Gurau jer pun. Halahh halahh.
Selesai menyarung cincin Faiq menghulurkan tangannya. Heliza dengan sopan santunnya menyambut huluran dari suaminya. Belakang tangan suaminya dicium lama.
"Dik, ambil lah gambar" suruh Tengku Hanis. Hizzwan hanya menurut dengan mengambil sekeping gambar mereka. Buat apa banyak-banyak?
Heliza mengkat muka memandang Hizzwan dengan wajah yang bengang. Dia tahu Hizzwan hanya mengambil sekeping sahaja gambar dia dan suami.
"sekeping jer?" tanya Heliza. Hizzwan yang menayang wajah selamba itu terus menjawab. Hizzwan tersenyum sebelum mencium kamera kesayangannya itu. Jauh kot aku beli. Dekat Aeon Ipoh.
Faiq terus mengucup dahi Heliza. Lama. Jurukamera terus menjalankan tugas mereka. Lampu-lapu dari kamera memenuhi segenap ruang itu.
"Dah lah tu. Tak payah lama-lama. Malam nanti sambung" usik Hazzwan memecahkan kesunyian di situ. Sempat lagi. Mentang-mentang dia menikah tak ada siapa nak kacau.
Tak pasal-pasal ketam dari Elyssa sudah mengepit peha Hazzwan.
"Auch. Sakitlah!" adu Hazzwan separuh berbisik.
"Yang kacau kakak awak tu kenapa?" tanya Elyssa kepada Hazzwan.
"Orang gurau jer pun. Gurau pun tak boleh" jawab Hazzwan membela diri. Elyssa yang mendengar terus memggelengkan kepala.
Hizzwan memandang Heliza dan Faiq. Tiba-tiba dia rasa cemburu. Dengan selamba dia mengucup pipi dan dahi Tengku Hanis. Heliza yang perasan hanya menahan ketawa. Ada-ada saja adiknya itu. Cemburulah tu.
Kini sesi bergambar.
Hizzwan menepuk tangannya sebanyak lima kali.
"family dari penganti lelaki! Photoshoot dengan pengantin!" panggil Hizzwan. Keluarga sebelah Faiq sudah pun berkumpul.
"Nak gambar boleh bagi phone" kata Hizzwan. Beberapa orang dari keluarga Faiq menghulurkan telefon kepada Hizzwan. Hizzwan menyambut huluran itu.
Telefon itu diletakkan di lantai. Sedang sibuk memgambil gambar, Syafiqha sempat mengambil gambar candid Hizzwan yang sedang dekatkan matanya dengan kameranya. Indahnya ciptaan mu, Ya Allah.
"Fiqha" panggil Hizzwan. Syafiqha yang mendengar terus mendekati Hizzwan dengan sengehan yang lebar. Sesi usik-mengusik.
"Kenapa sayang panggil saya? Rindu ehh?" tanya Syafiqha separuh berbisik.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
De TodoCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...