Tengku Hanis merangkul lengan Hizzwan sambil berjalan masuk ke dalam dewan. Mata semua tumpu kepada Hizzwan dan Tengku Hanis. Tengku Hanis tersenyum dengan penuh makna.
Tengku Hanis meleraikan rangkulan di lengan Hizzwan. Kemudian dia berjalan ke meja yang diduduki oleh suaminya, Hizdfan dan isterinya serta Ashraf. Ashraf adalah anak kepada Hizdfan. Heliza pergi ke tandas.
" Abi, mana acu? Hari tu Ash bangun tido tengok acu tak ada pun dekat rumah. Dalam bilik dia pun tak ada. Lama acu tak main dengan Ash. Ash rindu acu laa.. " rengek Ashraf yang berusia 5 tahun. Tangan Hizdfan di genggam. Tengku Hanis memandang cucu sulungnya dengan senyuman dibibir.
" acu dekat situ. Pergilah " tunjuk Tengku Hanis ke arah Hizzwan yang sedang sibuk melayan tetamu. Ashraf tanpa banyak kata terus bangun lalu berlari ke arah Hizzwan.
Kaki Hizzwan dipeluk dari belakang. Hizzwan menoleh ke arah Ashraf. Ashraf mendongak memandang Hizzwan dengan air mata yang bertakung. Hizzwan hanya tersenyum melihat anak buahnya.
" Ash, kenapa tak duduk dekat Mak tok? " tanya Hizzwan lembut. Ashraf diangkat lalu didukung.
" Ash rindu acu. Acu pergi mana? Kenapa tinggal Ash? " tanya Ashraf. Mukanya sudah sebek. Hizzwan tersenyum.
" jangan laa nangis.." pujuk Hizzwan lalu mengelap air mata yang mula turun membasahi pipi. Ashraf merangkul leher Hizzwan lalu melentokkan kepalanya di atas bahu Hizzwan.
Hizzwan meminta diri untuk pergi. Hizzwan berjalan ke arah meja yang diduduki keluarga kandungnya. Ashraf diberikan kepada Hizdfan tapi Ashraf cepat mengelak dengan memeluk leher Hizzwan dengan kuat.
" turun la.. Acu nak buat kerja ni.. Nanti acu datang balik " pujuk Hizzwan. Cemburu dia melihat Hazzwan, Faisal dan Amirul bergurau senda di sebuah meja.
" no! " bantah Ashraf. Hizdfan cuba mengambil Ashraf dari dukungan Hizzwan. Ashraf meronta - ronta tidak mahu duduk di situ.
Hizzwan cepat berlari ke arah sepupunya tanpa pedulikan panggilan dari Ashraf. Sewaktu Hizzwan berada di Malaysia, Ashraf tidak dapat bermain dengan Hizzwan kerana dia berada di rumah mertua Hizdfan.
" ehh, kau orang bual apa? " tanya Hizzwan. Hizzwan menarik kerusi di sebelah Faisal.
" kenapa muka kau panjang Amy? " tanya Hazzwan kepada Amirul.
" mana lah aku tahu " balas Amirul. Wajahnya naik bengang apabila Hazzwan tanya pasal mukanya panjang.
" dulu mak tam pernah suruh dia ambil batu asah pisau tu. Tapi dia pergi ambil ketol batu tu. Memang makan siku lah dengan mak tam. Itu pasal lah muka dia jadi panjang macam ni" pecah ketawa Faisal dan Hazzwan apabila Hizzwan memceritakan tentang tragedi sewaktu di Pahang dahulu.
Pahang adalah kampuang Dato Rafiq. Sewaktu itu semua berkumpul di situ untuk menyambut hari raya aidiladha.
" tak ada lah. Mak aku suruh ambil batu. Aku ambil lah batu. Mana lah aku tahu yang mak aku nak batu asah pisau tu. Tak pasal - pasal mak aku bayar siku dekat aku. Cash pulak tu" terang Amirul. Dia juga terhibur apabila bercerita tentang sikap mereka sewaktu kecil. Tambah pula masa itu Hizzwan dan Hazzwan baru pertama kali pulang ke kampung halaman.
" okey lagi dari kau orang bardua. Tempat kerbau berkubang pun boleh buat pool " kata Amirul selamba. Pecah lagi ketawa mereka di situ.
" Sanggup bergayut dekat pokok asalkan boleh terjun dalam lecah tu " sambung Amirul lagi. Ketawa besar mereka dibuatnya.
Faisal seorang yang pendiam. Dia akan bercakap bila perlu sahaja. Dan dalam empat orang mereka, Faisal lah paling baik.
" laki ni lagi lah. Taiq kambing pun ambik makan. Nasib baik lah Abang Khairul tolong korekkan. Kalau tak telan lah kau taiq kambing tuh. Taiq kambing pun tak tahu macam mana. Teruk betul " kutuk Amirul merujukkan kepada Hazzwan. Pecah lagi ketawa mereka.
" kau tak geli ke, syaiton? " tanya Hizzwan dengan sisa ketawanya.
" mana lah aku tahu tu taiq kambing. Lagipun ada yang kata tahi kambing boleh buat ubat " kata Hazzwan selamatkan diri.
" ubat achik kau! Kau tahu tak taiq kambing yang boleh buat ubat tu taiq kambing yang dah kering? Betul - betul kering. Yang kau pergi bedal taiq yang fresh tu kenapa. Itu dikira najis lah, najis " marah Hizzwan. Tergelak dia di situ. Begitu juga dengan Amirul, Faisal dan Hazzwan.
Hazzwan bangun meninggalkan mereka untuk melayan tetamu lain pula. Kalau layan mereka memang tak layan tetamu lah dia.
Sejujurnya Hizzwan masih marah dengan keluarganya. Masih tidak boleh terima perlakuan yang dilakukan oleh keluarganya. Hizzwan akan layan keluarganya tetapi hanya sekali sakala sahaja.
Hizzwan melangkah bangun apabila Afrisya memanggil namanya. Hizzwan melalui depan meja yang diduduki oleh keluaganya sendir. Dia langsung tidak menoleh ke arah keluarganya. Ashraf sudah menangis mahu Hizzwan bermain denganya.
Setiba berada di sebelah Afrisya, tangan Hizzwan dicium oleh seorang lelaki becermin mata. Nerd. Lantas Hizzwan menarik tangannya laju. Afrisya menegur Hizzwan dengan cara menampar lengannya lembut. Mata dijegilkan.
" budak mana kau kutip ni? " tanya Hizzwan. Budak lelaki itu ditenung dari atas hingga bawah.
" ni boyfriend Ayra " jelas Afrisya sepatah. Hizzwan cuba mencari Ayra. Ayra sedang melanyan kawan - kawannya di sebuah meja.
" gatal. Dia tu sedar tak siapa yang tanggung makan, minum, pakaian, berak, ketut, kencing dia? " tanya Hizzwan kepada Afrisya dengan sebelah kening naik ke atas. Afrisya memanggil Ayra. Sepantas kilat Ayra sampai setelah ternampak 'balak' nya sedang berdiri ketakutan apabila berhadapan dengan Hizzwan . Ayra merangkul lengan lelaki itu.
" laa, islam ke ni? " tanya Hizzwan sinis. Kepala diangguk beberapa kali.
" apa abang ni tanya soalan macam tu? Tak baik lah " terkejut Afrisya apabila Hizzwan bertanyakan soalan begitu kepadanya.
" siapa yang tak baik sekarang nih? Kau ke abang? " tanya Hizzwan lagi. Sakit hatinya melihat Ayra yang senang lena g memegang lengan lelaki itu.
" ouh, yang kau pegang lengan dia tu baik lah? Hadis mana yang kau baca pegang lengan laki bukan mahram hukum dia sunat? " perli Hizzwan. Menyampah betul.
" ouh, hehehe... lupa " Ayra menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" achik kau, lupa! " bida Hizzwan sekali serta dilukunya kepala Ayra. Geram. Hizzwan terus melangkah pergi meninggalkan Afrisya, Ayra dan budak lelaki itu.
Kini mulalah sesi bergambar bersama keluarga. Pertama, keluarga perempuan naik ke pentas untuk bergambar bersama pengantin. Kemudian keluarga lelaki pula. Seterusnya Hizzwan kacau daun apabila melihat Hazzwan dan Elyssa sedang seronok bergambar.
Hizzwan menghantar mesej kepada Elyssa. Elyssa mencari kelibat Hizzwan. Apabila sudah jumpa dia mengangguk kepada. Hizzwan. Hizzwan naik ke atas pentas. Hazzwan memeluk bahu adiknya dan mereka mula bergambar bersama.
~~~~
Assalamualaikum.
Ermm, author nk say sorry sbb
Lama x update. Lgipon bru jer
Sattle final exam pagi tdi
tu yg x bkk wattpad..
Tq kpada yg bca, x bca, yg vote
Dan yang x vote.
Tetuskan membca, kpd yg x bca
Boleh lah bca novel saya..
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...