~ CHAPTER 8 ~

1.8K 60 2
                                    

" yer, Alya dah tak ada apa - apa hutang lagi dengan abang. Tapi banyak nya novel. Apa pun terima kasih, abang. Jasa mu akan ku kenang " ucap Alya. Hizzwan hanya mengangguk dan tersenyum. Ameer iaitu anak kedua Encik Hisyam berjalan menuju ke arah Hizzwan dan Alya.

" Kak long ja ka yang dapat ? Am punya tak dak ? Mana aci macam ni !! Am nak jugak " kata Ameer. Hizzwan tersenyum melihat telatah si kecil itu. Hizzwan berjalan ke arah kerusi dan mencapai beg plastik D.I.Y yang berisi kereta control lalu dihulurkan kepada Ameer.

*****

" Akak, cer akak tengok si Hizzwan tu. Nampak sangat dia suka budak - budak. Nanti senang lah kalau Fiqha kahwin dengan Hizzwan. Dia boleh jaga anak " kata Syafiqha kepada Sofia iaitu isteri kepada Fakhrie. Sofia terus memandang adik iparnya dengan riak wajah yang terkejut. Terkejur dengan peryataan Syafiqha.

" ehh, Fiqha jangan gatal sangat eehh. Nanti abang ngah dengar, macam mana ? Gatal tak habis - habis " tegur Sofia.

" Handsome lah Hizzwan tu. Cair akak tengok dia " sambung Sofia. Tangan masih lincah menghiris bawang.

" cakap dekat orang. Dia pon sama. Bagi tahu husband dia baru tahu " cebik Syafiqha.

" Dah la tengah hiris bawang !! Lepas tu mengata orang !! Elok sangat !! Nanti boleh lah daftar masuk PMCMCBSM !! " jerit Hizzwan. Hizzwan dengar apa yang di borak oleh dua orang gadis itu. Lagipun Hizzwan ada berhampiran dengan ruang dapur jadi dia dapat mendengar apa yang diborak.

" apa yang PMCMCBSM tuh ?! " tanya Heliza

" Persatuan Mak Cik Mak Cik Bawang Se-Malaysia !! " jerit Hizzwan kembali membalas

" Amboi, sedap kata dekat orang. Ala, kite story benda yang baik je pon !! " sampuk Syafiqha. Tangannya sebok mengacau gulai di dalam periuk.

" Ye lah tuh !! Dah lah. Jom lah Alya. Kite pergi cover lagu ke buat live ig ke !!. Duduk dekat sini bukan boleh buat apa pon !! " balas Hizzwan. Hizzwan mendukung anak Encik Hisyam yang berumur setahun tiga bulan itu turut naik ke atas bersama Ameer dan Alya. Datang ke rumah Encik Hisyam dengan tujuan untuk makan malam sekali. Tetapi lain pula jadi apabila Hizzwan diberi tugas untuk menjaga anak - anaknya.

******

Hizzwan meletakkan Amsyar di dalam walker manakala Ameer bermain dengan kereta control yang di beri oleh Hizzwan sebentar tadi.

" Abang, sekarang nak buat apa ? " tanya Alya kepada Hizzwan yang sedang duduk di kerusi piano. Jarinya lincah menekan nod di piano itu.


" Alya pergi la tolong ummi dekat bawah. Kesian dekat ummi. Nanti apa pula orang cakap kalau Alya tak tolong " tegur Hizzwan. Alya hanya mengangguk setuju. Alya melangkah keluar dari bilik.

Hizzwan menyandarkan telefonnya di buku. Muahahaha, live live bisik Hizzwan sambil tersenyum. Hizzwan membuka aplikasi instagram dan membuat live. Piano di depannya ditekan. Bermacam lagu Hizzwan nyanyikan. Dan ramai orang yang melihat live yang di buat oleh Hizzwan. Termasuklah Syafiqha.

syfqh_hzz15 (jangan cari. Memang tak ada)
' Woi, tak reti nak tolong ke, awang ?
Baik awak turun bawah tolong
diorang bako ayam '

Hizzwn_Syfq (jangan cari. Memang tak ada)
' Jangan rosakkan aku punya live lah, gilerr !! Bio lah diorang bako pon. Kau pergi lah membawang. Kau masuk terus hilang fans aku. Blah la kau. Jangan kacau aku '

' kenal ke ? '
' Abaikan si syfqh_hzz15 tu. Hizzwan teruskan bernyanyi '
' syfqh_hzz15 tak perlu kacau Hizzwan. Pergi je membawang tapi dosa tanggung sendiri. Hehe '

Hizzwn_Syfq
' Teruskan kecam dia guyss. Saya pon menyampah. Dan syfqh_hzz15 apa² hal sattle dekat bawah nanti. And guyss tenkiu sebab back up saya '

' walekem '
' walekem '

Hizzwan keluar dari aplikasi itu. Telefonnya di matikan. Hizzwan berjalan menuju ke arah Amsyar. Seronok dia melayan si kecil itu. Tiba - tiba pintu di ketuk dari luar. Hizzwan bangun dan terus berjalan menuju ke pintu lalu di buka.

" Tengku Hizzwan Syafiq !! Jom turun makan " kata Syafiqha. Hizzwan terus mendukung Amsyar manakala Syafiqha memimpin tangan Ameer turun ke bawah.

" Wow !! Dah macam laki bini aku tengok korang " tegur Heliza tatkala terlihat Hizzwan dan Syafiqha berjalan turun melalui tangga.

" Kang ada yang mati kena sepak. Hangguk kau !!. Kau jangan sampai hilang gigi kau aku kerja kan " balas Hizzwan. Hizzwan terus hilang mood apabila terlihat Sir Fakhrie yang sedang duduk di kerusi. Langsung tiada selere makan tatkala teringat perkara yang terjadi pada petang tadi.

" Ade aku kesah ?! " pertanyaan yang menyakitkan hati. Tanpa melengahkan masa, Hizzwan menarik telinga Heliza. Merah telinga Heliza, Hizzwan kerjakan.

" Sakit lah, giler " jerit Heliza sambil memegang telinganya.

" Ade aku kesah ?! Kau yang gile " balas Hizzwan selamba. Hizzwan terus memgambil tempat di sebelah Encik Hisyam.

" Dah tak payah gaduh dekat sini. Sat lagi aku bagi menikah " sampuk Encik Hisyam setelah berdiam diri. Hizzwan dan Syafiqha terus senyap. Suasana di meja makan senyap sunyi. Tiada sesiapa pun berani mengeluarkan suara.

" Hizzwan ? " tegur Encik Fakhrie

" Yes " balas Hizzwan. Selesai makan, Hizzwan menyandarkan badannya ke penyandar kerusi kepalanya ditundukkan memandang skrin telefon. Tiada selera untuk memandang wajah Encik Fakhrie.

" abang ngah, minta maaf dengan Hizzwan sekarang. Kesian dia tadi. Tak pasal - pasal makan sepak dan padan muka Abang ngah kena penumbuk dengan Hizzwan " bisik Syafiqha kepada Encik Fakhrie. Emcik Fakhrie hanya mengagguk.

" Hizzwan, Saya minta maaf pasal pagi tadi. Salah saya sebab tak siasat dulu. Saya rasa bersalah sangat. Dan padan muka saya kena tumbuk dengan awak " pinta Encik Fakhrie. Encik Fakhrie ketawa kecil apabila teringatkan tentang kejadian petang tadi.

" salah saya, sir " balas Hizzwan. Sejujurnya Hizzwan sendiri tidak tahu apakah salahnya sampaikan dia terpaksa menerima tamparan dari Encik Fakhrie.

" Awak tak salah pon, Izz. Saya minta maaf ok ? " pujuk Encik Fakhrie lagi. Akhirnya Hizzwan tersenyum dan mengangguk perlahan.

" Ahahahaha. Laa, patutlah pipi hang lebam lain macam ja. Haa, tu makan dia. Yang pi kacau anak menakan aku sapa suruh ? " Encik Hisyam ketawakan rakan sekerjanya itu.

Selesai beramah mesra, mereka pulang ke kerumah masing - masing. Hizzwan akan teruskan pembelajarannya seperti biasa. Heliza akan menjadi leturer Hizzwan. Hizzwan perlu habiskan pembelajarannya dalam tiga bulan lagi. Kemudian Hizzwan terpaksa menyambung sijil PhD di US selama tujuh tahun.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now