" wahai rakyat - rakyat jelata sekalian. Hehehe... Ni Az nak bagi tahu, sekejap lagi Hizzwan Syafiq nak bawa pergi dinner. Insyaallah, lepas Isyak. So, get ready lah " turun sahaja dari tangga terlihat Hazzwan sedang membuat pengunguman tentang maaf yang dikatakannya pagi tadi. Hizzwan mengeluh panjang. Hizzwan berjalan melintasi Hazzwan yang sedang berdiri selepas membuat 'pengungumannya'.
" Uit, nok ke mano kome ? Kite nok ikot sekali boleh dok ? " usik Hazzwan dengan adiknya.
" Dok boleh " jawab Hizzwan sepatah. Hizzwan berjalan ke garaj dimana tempat letak keretanya. Pintu di buka lalu Hizzwan memboloskan dirinya ke dalam tempat pemandu.
Kereta dipandu ke lebuhraya. Lebuhraya sedikit sesak akibat kereta yang banyak.
Setiba di tempat yang adik - adikya tusyen, Hizzwan memarkir berdekatan dengan tempat perhentian bas. Pelajar masih tidak keluar. Hizzwan membuka seat belt yang dipakainya lalu mengeluarkan telefonya dari kocek seluarnya.
1 hours later
Hizzwan turun dari kereta. Kemudian dia berjalan ke depan lalu menyandarkan badannya di pintu penumpang hadapan. Cermin mata hitam masih berada di mata. Hizzwan memeluk badannya.
Tiba - tiba datang dua orang gadis yang sangat dikenali. Iaitu Afrisya dan Ayra. Mereka berjalan ke arah Hizzwan yang sedang khusuk bermain dengan telefonnya. Hizzwan mengangkat wajahnya memandang Afrisya dan Ayra. Kening diangkat sebelah.
" eehh, who are you ? " tanya Hizzwan acah tidak kenal kepada Ayra yang secara tiba - tiba memeluk Hizzwan. Hizzwan menolak dengan kasar.
" i'm Afrisya, his my younger sister, Ayra. Ingat lagi tak ? Tak payah dan menipu lah " Afrisya menolak bahu Hizzwan. Hizzwan masih dengan lakonannya. Ada beberapa orang murid perempuan dan lelaki memandang mereka.
" who ? " tanya Hizzwan sepatah.
" abang !! " marah Ayra. Hizzwan sudah bedekah ketawa. Seronok kenakan adiknya. Wajah kedua adiknya sudah merah menahan marah.
" Hahahahaha " ketawa Hizzwan. Kemudian berjalan masuk ke dalam kereta semula tinggal Ayra dan Afrisya di luar.
Afrisya sudah masuk ke dalam kereta di bahagian depan. Ayra masih di luar. Ayra mengetuk tingkap di mana Afrisya duduj dengan kuat.
Tok, tok, tok, tok
" Kau nak apa haa chipan ?! Masuk lah cepat " tengking Afrisya kepada Ayra. Ayra membuka pintu lalu duduk di atas riba Afrisya. Hizzwan hanya melihat.
" iisshh, kau ni tak sedar diri ke ? Bangun lah. Hoi sengal, biar muka tak cantik asalkan tak pekak " kata Afrisya lagi. Hizzwan masih kekal dengan posisinya yang melihat kedua adiknya sedang bergaduh.
" aku nak duduk depan dengan abang " beritahu Ayra kepada Afrisya.
" huhui.. Silap lah kalau suruh aku duduk belakang " sinis kata - kata yang diberi oleh Afrisya.
" aheks... Kau fikir kau sapa ? " tanya Ayra.
" orang "
" kau fikir kau raja ? "
" bukan raja la, maybe isteri raja. Tak dapat jadi isteri raja, dapat jadi menantu raja pon boleh jugak " balas Afrisya.
" tepi lah. Aku nak masuk !! " tengking Ayra.
" kecoh aahh betina ni !! "
" aku kesah apa haa sial ? "
" iissyy, abang... Tengok lah Isya ni. Suka sebok. Abang ..." rengek Ayra kepada Hizzwan.
" aahhh!! Diam lah!! Ada yang aku sumbat celah sport rim karang!! Dua - dua pergi duduk belakang. Ke nak aku tinggal korang dekat sini ? Dah dua - dua keluar ! " marah Hizzwan. Bingit telinganya mendengar Afrisya dan Ayra bergaduh. Akhirnya Afrisya dan Ayra keluar lalu menutup pintu.
Baru ingin membuka pintu penumpang belakang, Hizzwan sudah menekan minyak. Hizzwan agak lebih kurang 100 meter. Kemudian dia berhentikan keretanya. Hizzwan melihat Ayra dan Afrisya menggunakan cermin sisi.
" kau lah ni... Habis kena tinggal dengan abang. Herh " kata Afrisya lalu menampar belakang kepala Ayra. Meniru kelakuan Hazzwan dan Hizzwan.
" okey, jom kita lawan lari. Sapa sampai dulu dekat kereta dia duduk depan. Sapa kalah duduk dalam but kereta. Amacam ? " cabar Ayra yang dari tadi hanya mendengar leteran dari kakaknya. Sabar lah wahai telinga.
" are you ready ? Get set.. One... Two... Three... Go...!!! " mencicit mereka berdua lari. Ayra menoleh ke belakang melihat Afrisya yang sedang berlari tiba - tiba berhenti untuk membuka kasutnya lalu sambung berlari.
Ayra yang sedar akan kakaknya terus memandang ke depan dan teruskan lariannya. Batu di hadapan langsung tidak di pedulikan. Ayra yang menyepak batu tersebut langsung tidak boleh seimbangkan badan lalu...
Gedebuk!!
Ayra jatuh menyembam jalan tar yang tidak bersalah itu. Hizzwan di dalam kereta gelak mengekek melihat Ayra yang jatuh seperti nangka busuk. Hizzwan hanya biarkan mereka berlawan. Ayra tidak putus asa, dia bangun semula sebelum teruskan larian. Ayara orang yang dapat duduk di depan bersama Hizzwan. Dia senyum bangga. Afrisya terpaksa mengambil tempat di belakang.
" mana katak ? " tanya Hizzwan kepada Ayra.
" mana ada katak " jawab Ayra.
" laa, tadi yang meniarap dekat jalan tu bukan tangkap katak ke ? Mana katak tu ? " tanya Hizzwan lagi.
" iiiee, abang ni lah!!" marah Ayra. Hizzwan dan Afrisya seronok gelakkan Ayra hingga lupa yang kereta Hizzwan sejarang tengah duduk di tengah jalan.
Hizzwan memandu kereta untuk ke kedai buku. Setiba di kedai buku, mereka turun dan masuk ke dalam. Afrisya dan Ayra memandang Hizzwan yang dari tadi hanya mengikut ke mana mereka pergi.
" pahal ? " tanya Hizzwan. Mata sebok membelek buku yang tersusun elok di rak.
" abang..." meleret saja panggilan mereka.
" mende ? " tanya Hizzwan. Mata yang sebok membelek buku kini sudah memandang Afrisya dan Ayra.
" abang ni kenapa handsome sangat ? Cair kitorang tengok " puji Afrisya tiba - tiba membuatkan Hizzwan pelik.
" dah kenapa tiba - tiba ? " tanya Hizzwan pelik.
" belanja kitorang 3 buah novel, 2 sahiba, 4 buku kosong dan 10 batang maker pen. Boleh ?" tanya Ayra.
" aku dah kata. Iishh banyaknye. Korang nak buat apa banyak - banyak. Tamak lah " bebel Hizzwan.
" please... Bila lagi abang nak belanja kitorang. Nanti abang dah sebok. Langsung tak ada masa untuk kitorang " pujuk Ayra. Hizzwan geram lalu meluku kepala dua orang adiknya.
" aku bagi kang!! Pergi la cepat. Pilih apa yang korang nak tu. Abang bagi 30 saat. Bermula dari sekarang " pujukkan dan rayuan Ayra termakan.
" abang tunggu dekat kaunter " kata Hizzwan. Hizzwan menunduk ke bawah melihat Ayra dan Afrisya. Hilang. Bertuah punya budak bisik hati Hizzwan. Hizzwan berjalan ke kaunter pembayaran sementara menunggu Afrisya dan Ayra datang kepadanya.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...