Sedang seronok karoke di dalam kereta, tiba-tiba cermin keretanya diketuk dari luar. Hizzwan manayang sengehan melangkah keluar dari kereta. Allah! Kantoi!! Haha!!
Hizzwan menyalam tangan pak cik itu. Mak cik yang berdiri di sebelah pak cik itu dihadiahkan satu senyuman yang sangat manis.
"kawan Fiqha kan? Kenapa tak masuk dalam rumah?" tanya Pak cik itu. Ayah kepada Syafiqha.
"ehh, saya dah masuk tadi. Tunggu Fiqha sekejap. Dia tengah bersiap" jawab Hizzwan. Sangat sopan.
"dah lama sampai?" tanya seorang lelaki. Macam kenal. Macam. Hizzwan memandang empunya suara.
Prof Fakhrie
"Lama jugak lah. Dalam setengah jam" jawab Hizzwan. Heliza sudah memberitahu Fakhrie bahawa adiknya akan ke PD. Dia juga tahu akan kehadiran Hizzwan tetapi sahaja disenyapkan oleh pengetahuan ahli keluarganya. Hanya dia dan Syafiqha sahaja tahu.
"Mak cik masuk dalam dulu. Ouh, ni lepas beli barang, datang sini pula tau. Makan sekali. Lepastu rehat" sampuk Datin Fauzana sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"InysaAllah mak cik" jawab Hizzwan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Hizzwan berbual dengan Fakhrie dan Dato' Ramzan.
Dato' Ramzan mempunyai syarikat supermarket. Banyak cawangan yang di buka. Antaranya di Perak, Perlis, Kedah, Negeri Sembila, Selangor, Johor dan Sarawak. Selain supermarket, dia juga mempunyai rastauran.
Syafiqha datang mendekati Hizzwan yang sedsng berbual sakan dengan abang dan ayahnya itu.
"jom" kata Syafiqha sepatah. Mereka meminta diri untuk keluar. Hizzwan bersalam dengan Dato' Ramzan dan Fakhrie. Kemudian mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Kereta meluncur laju ke jalan raya. Mujiburr!! Ekau tunggu eden datangg!!! (itu jer yang aku tahu. Hehe)
Keadaan di dalam kereta Hizzwan senyap. Hanya kedengaran suara Daniel Zaini yang berceloteh di corong radio yang terdapat di dalam kereta milik Hizzwan. Apa tuu?? Siti bilang dia mahu apa?? Hahaha (aku tengah dengar lagu dia ni hahahaha!!)
Hizzwan memandang Syafiqha yang berada di sebelahnya sekilas.
"aku minta maaf, Fiqha" kata Hizzwan perlahan. Tetapi cukup didengar oleh Syafiqha. Syafiqha memandang wajah lelaki yang berada di sebelahnya.
"maaf? Awak tak pernah buat salah pun dengan saya. Kenapa awak kena minta maaf?" balas Syafiqha pelik. Tak pernah pulak aku ugut nak curi kereta dia ke, ugut nak tembak dia ke. Tak ada.
"Sebab aku buatkan kau berharap dekat aku. Aku minta maaf. Aku dah lukakan hati kau. Dah buatkan kau menangis. Aku lelaki tak guna sebab buat kau menangis, Fiqha. Aku dah hancurkan hati kau. Aku buat kau rasa terkilan dengan aku. Maafkan aku" ujar Hizzwan perlahan. Hanya dapat didengari olehnya Sahaja. Syafiqha yang mendengar kata-kata Hizzwan hanya tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya.
"awak tak salah, Izz. Saya yang letakkan harapan yang terlalu tinggi dekat awak. Awak tak pernah buat salah pun dengan saya, Izz. Kalau ada pun, saya dah lupakan salah awak dan maafkan awak. Awak jangan risau. Padan dengan muka saya sendiri kan?" balas Syafiqha sambil senyum. Senyum yang dipaksa. Dia memandang Hizzwan sekilas sambil memandang jari-jari runcingnya.
"ish, kau ni. Jangan cakap macam tu. Aku nak kau pegang kata-kata aku ni. Kalau ada jodoh, tak kemana. Kalau kita ditakdirkan ada jodoh, takkan ke mana. Kau lari lah sampai mana pon, menyorok lah dekat mana pun, aku tetap akan jadi suami kau.... Tapi...
Kalau kita tak ada jodoh, aku yakin Allah dah tetapkan kepada kau seorang suami yang berganda lagi baik dari aku, yang berganda lagi kacak dari aku. Kau kena terima. Sebab? Sebab dia jodoh kau. Jodoh yang dihantarkan oleh Allah SWT untuk kau" kata Hizzwan panjang lebar. Dia tidak mahu Syafiqha terluka dengannya suatu hari nanti. Dia tidak mahu gadis itu menangis disebabkannya. Dia ingin gadis itu terima takdir.
Hizzwan memandang Syafiqha yang tersenyum itu. Senyuman itu. Lain. Seperti ada maksud disebalik senyuman itu. Hizzwan memandang kehadapan semula.
"Fiqha..." panggil Hizzwan meleret. Syafiqha menoleh memandangnya.
"yer" balas Syafiqha juga meleret.
"please.. " rayu Hizzwan. Dia sudah tahu siapa Syafiqha. Nur Hizwani Syafiqha adalah gadis yang pernah dilihatnya. Sewaktu mereka di dalam bas. Beberapa belas tahun yang dulu.
"apa yang please tu?" tanya Syafiqha bersahaja.
"jangan harapkan apa-apa dari aku" Hizzwan merayu lagi. Syafiqha tergelak kecil. Comel.
"yer, saya cuba move on" balas Syafiqha. Dia menoleh ke arah luar tingkap kereta. Boleh ke? Boleh ke aku nak move on, Izz? Aku tak boleh. Aku tak mampu. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Ya Allah, kau buanglah perasaan ini jauh dari aku. Aku tak mampu nak galas perasaan ini. Kau lenyapkan perasaan ini, Ya Allah.
Tanpa sedar, butir-butir jernih mula mengalir membasahi pipinya yang bersih tanpa jerawat, jeragat, blackhead, dan seangkatan dengannya.
Hizzwan yang mendengar balasan dari Syafiqha hanya tersenyum nipis. Lega hatinya mendengar balasan dari Syafiqha. Dia berharap sangat Syafiqha tidak meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.
***********Setiba di tempat itu, Hizzwan memberhentikan keretanya. Seat belt dibuka. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya.
Syafiqha memandang Hizzwan. Hizzwan faham akan pandangan Syafiqha terus meraba di bawah kerusi penumpang belakang. Payung yang ditulis bewarna hitam dan bertulis 'Audi' serta lambangnya di ambil.
"kau tunggu sini" kata Hizzwan sebelum mematikan injen kereta. Telefon dan kunci kereta di letakkan ke dalam kocek seluar. Dia membuka pintu kereta sebelum payung pula di buka. Dia melangkah keluar sebelum menutup kembali pintu kereta.
Syafiqha memandang gerak geri Hizzwan. Kemudian dia tersenyum nipis. Seronok dia memandang Hizzwan yang hanya mengenakan tshirt polo yang bewarna merah gelap serta jaket kulit hitam yang tersarung dibadan tegapnya. Siapa jer yang tak melting tengok dia? Aku? Aku bukat setakat melting, malah lebih dari tu. Alahai awak.. Macam mana saya nak move on? Dah lah comel. Saya takkan mengaku awak ni handsome. Tapi saya mengaku awak ni comel. Saya suka awak, Izz!! I love you so much!!
"dah kenyang ke usha aku? Ke nak tambah? Seminggu dah aku tunggu kau ni" Syafiqha terus berhenti dari lamunannya. Dia tersenyum menampakkan sebaris giginya.
"membongak aje kerja awak. Tulah, siapa suruh comel sangat? Kan saya dah usha" balas Syafiqha. Hizzwan yang mendengar terus menayangkan senyuman. Syafiqha melangkah keluar dari kereta. Hizzwan yang sentiasa berada di sebelahnya sambil tolong payungkannya. Hizzwan menutup pintu dengan sebelah tangan. Sebelah lagi sedia dengan memegang payung. Mereka berdua berjalan masuk ke satu kedai demi satu kedai.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...