Syafiqha sudah bersiap - siap untuk ke kelas. Mujur hari ini kelas bermula pada pukul 10 pagi. Jadi, Syfiqha sempat untuk sarapan sebelum ke kelas. Setelah siapkan diri Syafiqha turun ke dapur. Terlihat Hanna sedang menghadap laptop dan sebelah laptopnya terdapat secawan air.
"kau nak makan? Kelas lambat lagi nak start. Sekarang baru pukul 8. Kalau nak makan aku boleh tolong masakkan" tegur Syafiqha lalu meletakkan beg sandangnya di kerusi depan Hanna.
"boleh jugak. Masak sedap sikit tau. Aku nak siapkan kerja ni. Sikit jer lagi" jawab Hanna. Mata hanya tertumpu pada skrin laptop.
Syafiqha sudah menyiapkan bahan untuk masak mihun goreng. Sambil masak ingatan Hizzwani Syafiqha tiba - tiba teringatkan crushnya, Tengku Hizzwan Syafiq. Fiqha, kau tak rasa terhegeh - hegeh ke dekat Izz tu? Dia tak beria - ria pun dekat kau. Kau tu yang melebih. Ingat Fiqha, jangan gadaikan maruah kau boleh tak? Kalau ada jodoh tak ke mana. Tapi kalau tak ada kau kena redha.
Syafiqha berfikir sejenak. Kau ingat tak lagi? Hizzwan pernah cakap dekat kau waktu kau jumpa dia dekat mall tu? Dia cakap, mungkin kau dengan dia takkan bersama. Kalau bukan dia yang bersama dengan kau, mesti Allah hantarkan seorang lelaki yang lebih handsome, baik, berguna, dari dia. Dan satu lagi dia cakap, Allah dah aturkan ajal, maut, jodoh. Kalau Allah cakap jodoh kau bukan dengan Hizzwan kau kena terima tu. Itu adalah plan yang Allah dah aturkan untuk kau. Syafiqha mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan di dalam hatinya. Ada betulnya juga. Kalau dah jodoh tak kemana.
***********
"Abang! " jerit Afrisya dan Ayra dari luar rumah. Hizzwan dan Hazzwan yang dengan perkataan 'abang' itu disebut oleh adik - adiknya terus bergegas keluar dari rumah.Afrisya dan Ayra memandang kedua abang mereka. Kenapa dua - dua keluar? Orang panggil seorang jer.
"kenapa Abang Azz keluar? " tanya Afrisya.
"ha'a, adik panggil Abang Syaf" beritahu Ayra pula.
"tah, herh perasan. Pi balik lah hang" sampuk Hizzwan menyokong.
"ngek hang! Hang tak sebut nama pun. Hang panggil abang jaa. Aku keluaq laa. Ish! Aku pun abang jugak" bidas Hazzwan.
Hazzwan masuk kembali ke dalam rumah meninggalkan Afrisya, Ayra dan Hizzwan diluar. Hizzwan ada, boleh lah kau orang berkepit dengan dia. Nanti dia pergi US, kau orang nak berkepit dengan aku. Jangan harap aku layan. Waktu senang lupa aku, waktu susah baru cari aku. Kau orang ingat aku ni public phone. Bila ada telefon, guna telefon sendiri . Tapi bila telefon rosak, kreadit habis, baru datang cari public phone. Omel Hazzwan di dalam hati. Geram. Hazzwan menghentakkan kakinya ke lantai tanda protes. Wajahnya masam mencuka. Langsung tiada gula untuk maniskan kembali wajah tersebut.
Elyssa yang melihat suaminya. Berkerut dahi dibuatnya. Dia berjalan mendekati Hazzwan yang sedang duduk di sofa berhadapan televisyen itu. Elyssa melabuhkan punggung disebelah Hazzwan. Rapat. Dah halal kan?
"kenapa ni? " tanya Elyssa lembut. Hazzwan langsung tidak memandang wajah ayu milik Elyssa. Mata hanya tumpu pada televisyen yang menayangkan movie The Mommy itu.
"Syaf tu lah" adu Hazzwan.
"kenapa dengan Syaf? "
"Dia tarik perhatian Ayra dengan Risya awak tahu tak? Apa - apa diorang ajak Syaf. Tak ajak saya. Awak tengoklah tadi, Syaf juga yang dipanggil. Saya ni? Dipinggirkan. Susah baru cari saya. Senang? Batang hidung pun tak nampak. Benci, benci, benci!! " adu Hazzwan sambil menghentak - hentakkan kakinya di lantai. Bantal berbentu segi empat sama itu dicapai lalu dipeluk erat. Mulutnya pula muncung dua kaki suku. Pecah ketawa Elyssa. Laki ke perempuan.
"awak tahu tak? Kadang - kadang saya confuse awak ni laki ke perempuan. Nak kata perempuan kang orang cakap saya ni ada partner lesbian pula. Nak kata lelaki tapi merajuk macam perempuan jeles sebab crush dah ada girlfriend " kata Elyssa dengan tawanya. Hazzwan menggeleng kepalanya. Dia terus tegapkan badannya. Kembali menjadi gentle man.
***********"WHAT?!!"
"tolong lah hantar kita orang. Nanti abang dah balik US, Abang Azz dah balik Korea. Tak ada siapa dah nak hantar kita orang selain mommy, daddy ataupun driver daddy tu " pujuk Afrisya. Hizzwan hanya memandang kedua adiknya yang paras bawah bahunya itu. Pendek. Haha.
"boleh laa. Tolong...." pinta Ayra pula.
"ish, yerlah. Pergi masuk kereta. Abang nak pergi tukar baju kejap" arah Hizzwan lalu menekan butang unlock menyebabkan pintu keretanya tidak berkunci.
"kereta mana?" tanya Ayra blur. Salalunya Hizzwan akan membawa Audi Datin Mazlina kerana kereta itu sudah lama tidak membawanya 'berjalan'. Dia pun bosan duduk di rumah.
"kereta koko abang tu laa. Kau dah kenapa? " tanya Afrisya.
"kau apahal?"
"no, tak ada hal pun. Kau nak panas ni kenapa?"
"eeiii.. Geram pulak aku"
"so?" Afrisya berjalan masuk ke dalam perut kereta meninggalkan Ayra yang terpinga - pinga di belakang.
Ayra yang baru perasan ketiadakan Afrisya terus berlari lalu membenamkan badan ke dalam perut kereta.
************
Hizzwan memberhentikan kereta apabila sudah sampai di hadapan high school di mana yang terletak di bandar Toronto, Kanada. Rumah mereka juga berda di bandar Toronto."dah pergi la turun" arah Hizzwan. Namun Afrisya dan Ayra hanya tersenyum seperti kerang busuk. Hizzwan mengerutkan dahinya.
"abang, sebanarnya kelas start pukul 8:15 nanti. Sekarang baru pukul 7:30 pagi" Hizzwan yang mendengar merengus kasar.
Dia setuju untuk menghantar Afrisya san Ayra ke sekolah kerana kebetulan dia perlu berjumpa dengan Imran.
"aduhh, kenapa tak bagi tahu awal - awal? Sumpah nanti aku balik sini aku tak hantar dah korang" kata Hizzwan membuatkan Afrisya dan Ayra serba salah.
"eerrmm, apa kata abang bawak kitorang pegi tasik dekat taman depan tu" cadang Ayra. Hizzwan mengeluh perlahan.
"tak nak! Korang turun sekarang!" arah Hizzwan.
"abang, jangan la macam ni" pujuk Afrisya.
"abang tak risau ke dekat kitorang?" tanya Ayra.
"abang tak takut kitorang kena culik?" tanya Afrisya.
"lantak korang lah. Peduli pulak aku?" kata Hizawan.
"jom lah, bawak kitorang pergi tasik dekat taman depan tu" pujuk
Hizzwan merengus kasar. Dengan perlahan dia mengubah gear dari 'P' ke 'D'. Afrisya dan Ayra menayang wajah serba salah. Salah ke kita orang nak spend time dengan abang? Nanti abang dah balik US, entah bila pula nak ajak keluar. Kata hati kecil Ayra dan Afrisya.
Setiba di tasik tersebut, Hizzwan memberhentikan kereta. Seatbelt di buka. Telefon yang berada di atas dash board diambil. Afrisya dan Ayra hanya memandang. Tak nak turun ke?
Hizzwan yang perasan akan tenungan adik - adiknya mematikan injen kereta. Pintu dibuka lalu dia melangkah keluar dari kereta. Pintu di tutup. Adik - adiknya yang melihat abangnya keluar dari kereta terus masing - masing membuka seatbelt dari melilit badan mereka lalu keluar dari kereta.
Hizzwan yang sedang berjalan dan mendengar pintu kereta sudah tutup lalu dia menekan butang unlock yang berada di kunci. Dia melabuhkan punggung di kerusi batu yang berhadapan dengan tasik tersebut.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...