~ CHAPTER 7 ~

1.9K 63 1
                                    

Mereka berjalan beriringan keluar daripada Aman Mall beriringan. Macam biasa, tangan Heliza memegang lengan adiknya. Heliza masuk ke dalam kereta. Hizzwan meletakkan barang yang di beli oleh kakaknya masuk ke dalam but kereta. Hizzwan memandu kereta keluar.

" Adik, tadi adik tinggal angah kenapa ? Nasib baik adik datang, kalau tak angah kena ikut si Faiq tu lepak " kata Heliza. Heliza pernah terserempak dengan Faiq tetapi dia lupa di mana.

" Dah angah lambat sangat. Adik jalan lah keluar. Adik masuk book shop dengan Mr.DIY beli barang untuk budak - budak tu " balas Hizzwan. Anak Pak ciknya pernah minta sesuatu dari Hizzwan jika dia mendapat keputusan yang baik di sekolah, tetapi Hizzwan masih tidak menunaikan janjinya.

" Adik kenal tak siapa Faiq tadi tu ? " tanya Heliza kerana sewaktu Hizzwan datang menghampiri Faiq jelas muka Hizzwan merah padam manakala Faiq pula seperti terkejut.

" Sape tak kenal ? Gile tak kenal !! Tu leturer adik kot. Makan sepak la kalau buat - buat tak kenal dia " balas Hizzwan. Dia pun terkejut tatkala terlihat pensyarah yang sangat popular di UUM menegur Heliza. Tapi sejak Hizzwan masuk ke UUM Faiq dah tak berapa popular.  sangat.

" Laa... Ye ke ?! Kenapa adik tak bagi tahu angah ? " tanya Heliza. Hampir luruh jantungnya apabila Hizzwan mengatakan bahawa Faiq adalah pensyarahnya. Mungkin dia akan di ganggu oleh Faiq kerana dia juga akan bekerja di situ pada hari Isnin nanti. Heliza terpaksa di tukarkan dari UITM Ipoh ke UUM Perlis kerana masalah tertentu. Heliza sangat bersyukur kerana dekat dengan adiknya dan sedara mara.

" Adik malas nak bagi tahu. Nanti angah tahu jugak bila angah masuk kerja " balas Hizzwan selamba. Heliza hanya mencebik. Geram dengan jawapan yang diberi oleh adiknya. Heliza terus menolak kepala Hizzwan. Geram punya pasal.

Hizzwan mengaduh sakit. Hizzwan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan. Jalan di depan Stadium Alor Setar sedikit sesak. Kemungkinan orang baru pulang dari kerja.

" Adik, kalau kita belok kiri kita boleh masuk tol terus kan ? Sebelum tol kita jumpa Giant dulu kan ? " tanya Heliza dengan senyuman. Hizzwan hanya mengangguk perlahan.

" Jom singgah Giant, please. Angah nak beli barang dapur. Lagipun angah nak beli buah tangan sekali dekat Mak cik. Singgah sekejap eehh ? " pujuk Heliza. Hizzwan menggelengkan kepalanya.

" Giant pulak ? Habis tadi angah tawwaf dalam Mall tu punya kenapa tak beli sekali ? " tanya Hizzwan. Penat melayan kakaknya yang terlalu suka dengan membeli belah. Sikapnya seperti sikap Tengku Hanis. Setiap hujung minggu pasti akan melekat di Mall.

" Tadi angah beli barang angah. Ni nak beli barang dapur pulak. Boleh ehh ? " pujuk Heliza lagi. Akhirnya Hizzwan mengangguk setuju. Heliza terjerit kecil.

" terlebih excited pulak dia " tegur Hizzwan. Dia terus membelokkan keretanya ks kiri. Kemudia memberi signal dan membelok masuk de dalam perkarangan pasar raya Giant.

Hizzwan memandu mencari parking yang kosong tetapi malangnya tiada yang kosong. Kemudian Hizzwan terpaksa mencari parking di bawah tanah namun masih tiada yang kosong. Setelah beberapa kali mengelilingi parking yang ada di pasar daya itu akhirnga Hizzwan mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya di parking belakang bangunan.

" Kenapa tak park dalam toilet ? Kan senang. Tak ade lah JPJ nak kacau " perli Heliza geram dengan adiknya lalu menarik telingan Hizzwan.

" Isshh, sakit lah, angah !! Lepas, lepas !! " adu Hizzwan lalu memuncungkan mulutnya. Sangat comel. Hizzwan berjalan meninggalkan Heliza di belakang.

" Eh..eh. Adik, tunggu lah !! Ni troli siape nak tolak ? Ala, sorry lah, adik ! " jerit Heliza lalu meligan Hizzwan yang sudah meninggalkannya di belakang. Heliza terpaksa menolak troli yang di tinggal oleh Hizzwan. Hizzwan pula tidak mengendahkan penggilan dari Heliza. Heliza berlari anak sambil menolah troli menghampiri Hizzwan. Tangannya merangku lengan Hizzwan. Hizzwan menunduk memandang Heliza yang menghalang laluannya.

" nak apa ? Pergi lah beli berang cepat. Sekejap lagi nak cross pergi rumah Pak cik pula. Move... Move " arah Hizzwan sambil menolak bahu Heliza yang tidak berganjak itu. Heliza mendongak melihat Hizzwan.

" nak ape Tengku Heliza Syaffa ? Pergi beli barang dapur cepat. Tempat yang kita nak tuju tu bukan macam dari Taiping nak pergi ke Bukit Merah. Jauh kita nak cross kejap lagi. Cepat pergi ambik then pergi bayar " kata Hizzwan lagi. Orang di sekeliling hanya memandang mereka yang nampak seperti pasangan suami isteri. Ada yang sedang membisik. Apa yang dibisik pun tak tahu.

Heliza mengikut apa yang disuruh. Dia juga kesian akan Hizzwan yang akan memandu pulang. Wajah Hizzwan nampak seperti sedikit letih. Hizzwan mengikut langkah Heliza dari belakang sambil menolak troli yang ditinggal oleh Heliza.

Selesai membeli barang dapur dan buah tangan, mereka bergerak untuk ke rumah Encik Hisyam pula. Nasib baik Hizzwan tahu jalan shortcut. Tepat pukul 9:00 malam mereka sampai di rumah Encik Hisyam. Heliza keluar dari kereta terus meninggalkan Hizzwan yang mengambil buah tangan itu. Tak guna punya hakak ! Kau keluar macam tu je ? Sumpah, lain kali jangan mimpi aku nak bawa kau shopping lagi gumam Hizzwan dalam hati.

" Ooii, cepat bawa barang tu masuk !! Jangan lama - lama sangat dekat luar tu !! " jerit Heliza kepada Hizzwan.

" Hotak kau hijau !! Meh la tolong !! Woi, jangan harap aku nak bawa kau dah lepas ni !!"  jerit Hizzwan kembali. Hilang sudah perkataan 'adik' dan 'angah'. Geram punya pasal. Akhirnya terlepas juga apa yang tersimpan di dalam hati Hizzwan sejak Heliza mengajak dia keluar.

Hizzwan memutup kembali but kereta. Dia berjalan masuk ke dalam rumah Encik Hisyam. Apabila melangkah masuk ke dapur untuk meletakkan barang, Hizzwan terpandang satu wajah yang sangat di kenalinya. Hizzwan memandangnya sekilas. Mata mereka bertembung. Hizzwan melarikan anak matanya.

" Mak cik, mana budak - budak ? Senyap je ni. Tido ke ? " tanya Hizzwan. Selalunya apabila dia datang ke sini anak - anak Encik Hisyam akan datang kepadanya. Tetapi hari ini tidak.

" Eehh, Abang Izz !! " jerit Alya, anak sulung Encik Hisyam yang berumur tiga belas tahun.

" Mana hadiah yang abang janji tu ? Cepat la, abang. Lama tau Alya tunggu. Sekrang Alya dah dapat straigh A dalam exam " kata Alya. Hizzwan memandangnya dengan senyuman. Hizzwan mencapai beg plastik yang bertulis 'POPULAR' dan diberikan kepada Alya.

" Tudia, bapak banyak !! " jerit Alya apabila terlihat lima buah novel, dua buah buku latihan matematik, dua buah buku latihan sains, sebuah buku latihan bahasa inggeris dan bahasa melayu. Alya juga sepertinya sangat suka matapelajaran sains dan metematik.

" Dah, abang tak ada hutang kan dengan Alya ? So, kena lah belajar rajin lagi ok ? " duga Hizzwan. Seronok melihat sepupunya itu. Tengku Hanis dan Tengku Hizzman sangat ramai adik - beradik. Tengku Hanis mepunyai dua belas adik - beradik manakala Tengku Hizzman mempunyai lima belas adik - beradik.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now