~ CHAPTER 47 ~

1.2K 53 3
                                    

Selepas memghantar dan memasang barang tersebut, Hizzwan terus pulang ke rumah. Rindu anak buahnya itu.

Syafiqha yang berada di ruang tamu sambil menambahbaikkan kepada hantaran qitu terus bangun dan menuju ke pintu apabila terdengar bunyi injen kereta. Pintu rumah dibuka maka terserlahlah seketul Hizzwan. Syafiqha tersengeh lebar memandang Hizzwan. Hizzwan mencebik.

"Assalamualaikum, sayang" bisik Syafiqha. Takut orang lain dengar. Hizzwan memandang Syafiqha.

"Waalaikumsalam" jawab Hizzwan sebelum berjalan ke dapur untuk mencari Tengku Hanis. Syafiqha pula mengejarnya dari belakang.

"Sayang, awak pergi tadi?" usik Syafiqha. Hizzwan tidak menjawab soalan Syafiqha.

"Sayang saya tanya ni" Hizzwan masih dengan wajah selambanya.

"sayang.." rengek Syafiqha. Hizzwan berhentikan langkahnya sebelum menghadap Syafiqha di belakangnya.

"Hisy, aku bagi kang! " kata Hizzwan sambil mengangkat tangannya seolah-olah untuk menampar gadis itu.

"kau nak apa? Jangan kacau aku boleh tak?" tanya Hizzwan. Syafiqha menayang wajah tenang sambil merenung wajah Hizzwan.

"Saya nak awak! Saya tak boleh tak kacau awak, nanti saya rindu!"

"Hotak kau!" balas Hizzwan. Syafiqha sudah gelakkan Hizzwan. Jelas wajah Hizzwan yang sudah kemerahan. Malu.

Syafiqha meninggalkan Hizzwan dan berjalan menuju ke pintu utama rumah banglo itu. Saudara mara Tengku Hizzman sudah sampai. Syafiqha menyalam tangan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 66 tahun ke atas. Nenek Hizzwan mungkin.

Syafiqha terus menyalam ibu saudara dan sepupu perempuan Hizzwan. Senang dia berbual dengan saudara mera Tengku Hizzman. Mereka ramah.

Saudara mara Tengku Hizzman datang dari Taiping. Mereka bertolak dari kampung pada pukul 3:50 petang. Disebabkan jalan sesak sedikit, jadi mereka lewat.

Hizzwan melangkah keluar dari lif apabila terdengar suara nenek kesayangannya.

"Mak tok!" laung Hizzwan sebelum berlari dan memeluk wanita berusia itu. Tengku Fatimah membalas pelukan cucu lelakinya. Hizzwan mengucup mesra pipi dan dahi Tengku Fatimah.

"Tok ayoh" Hizzwan memeluk Tengku Hamdan. Tengku Hamdan yang sudah menginjak ke usia 78 tahun itu membalas pelukan cucu lelakinya.

"Rindunya mak tok dekat hang, Izz" kata Tengku Fatimah sebelum mengusap belakang badan Hizzwan yang masih berpelukkan dengan suaminya. Hizzwan melepaskan pelukkan.

"Izz pun rindu mak tok dengan tok ayoh. Ehh, mai lah masuk. Tak nak lah duduk dekat luar" pelawa Hizzwan.

Syafiqha yang melihat kemesraan itu hanya mampu tersenyum melihat kemesraan antara Hizzwan dan datuk serta neneknya. Tiba-tiba perasaan rindu akan neneknya yang berada di Korea Selatan itu. Bilalah dia akan ke sana?
***********

Majlis tahlil akan bermula pada pukul 8:30 malam ini. Semua ahli keluarga dan keluarga pengantin lelaki sudah berada di rumah Tengku Hizzman. Hanya Faiq sahaja yang tiada di situ.

Syafiqha keluar dari bilik Heliza. Dia mengenakan jubah bewarna hijau daun pisang dan bawal bewarna kelabu pula elok tersarung di kepala.

Syafiqha keluar dari bilik sebelum terserempak dengan Hizzwan. Hizzwan mengenakan kurta bewarna kelabu seperti bawal yang dipakai oleh Syafiqha. Sememangnya tema pada malam ini ialah kelabu.

"matching lah tudung kiter dengan baju awakk!" kata Syafiqha dengan suara yang dikecilkan. Hizzwan memandang Syafiqha.

Cantiknya kau bila kau pakai tudung. Manis. Comel. Puji Hizzwan di dalam hati.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now