" Tuh lah kau. Nak balik time orang nak lunch. Kan dah jamp. Orang pun time aku nak balik lah diorang nak lunch. Cer pergi lunch pukul 7 malam kejap lagi. Tak dek lah nak ganggu aku drive. Nak tak nak kene lah hadap jugak. Padan muka kau. Mmuuaahhaahhaa !!!! " marah Hizzwan seorang diri di dalam kereta. Sendiri buat sendiri tanggung. Hizzwan menghela hafas berat. Hizzwan mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas yang dia tahu untuk skip kesesakkan jalan raya. Dia perlulah sampai dirumah sebelum pukul 12:30 kerana dia mahu pergi ke masjid untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang beragama Islam. Perh ayat. Dalam karangan BM tak pernah lah pulak buat ayat macam tu.
" Kalau aku tunggu, memang aku tak sembahyang Jumaat lah kejap lagi. Apa guna ada jalan shortcut tapi tak guna ? Baik tak payah buat jalan shortcut kalau orang tak guna " kata Hizzwan seorang diri. Tanpa membuang masa Hizzwan terus memberi signal ke kiri dan masuk melalui satu jalan kampung.
Pukul 12:00 tepat Hizzwan sampai di rumah dua tingkatnya. Dia memarkirkan keretanya di dalam garaj lalu menguncikan pintu kereta dan menekan butang di remote control untuk menutup pintu pagar rumahnya. Hizzwan berjalan masuk ke dalam rumah.
" Assalamualaikum " ucap Hizzwan walaupun tidak berlenghuni. Hizzwan duduk di sofa untuk menghilangkan rasa penat sambil membelek Iphonr miliknya. Kemudian dia bangun dari pembaringan dan terus berjalan ke bilik air untuk membersihkan diri.
Hizzwan mengenakan baju melayu bewarna biru laut dan seluar bewarna hitam. Kopiah putih pula elok tersarung di atas kepalanya. Hizzwan berjalan keluar dari bilik tidurnya ke ruang tamu. Hizzwan mencapai kunci kereta. Tanpa melengahkan masa, Hizzwan masuk ke dalam perut kereta lalu pedal minyak keretanya ditekan menuju ke rumah Encik Hisyam.
Dua puluh minit Hizzwan memandu, kini dia sudah berada di depan rumah Encik Hisyam. Hizzwan memekan hon kereta beberapa kali. Kemudian dia menurunkan cermin tingkap penumpang sebelah pemandu.
" Pak cik !! Cepat lah !! " pekik Hizzwan apabila terlihat isteri Encik Hisyam sedang menyalam suaminya.
" Udah le tuh !! Nak pergi solat Jumaat je pon. Bukannye pergi outstation !! Salam sampai tak nak lepas !! " jerit Hizzwan mengusik. Hizzwan memang gemar mengusik Pak cik dan Mak cik nya. Encik Hisyam telah dikurniakan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
" Hang menyakat aku noh ?! Aku tampaq sat gi kot !! " jerkah Encik Hisyam. Hizzwan melepaskan tawanya. Tanpa sedar Encik Hisyam sudah ada di tempat penumpang. Hizzwan menoleh ke arahnya dengan sisa tawanya. Hizzwan meneruskan pamanduannya ke masjid.
" habih dah ? Puaih ? Seronok ? " tanya Encik Hisyam geram dengan anak saudaranya.
" Sweet lah Pak cik dengan Mak cik. Dah tua pon sweet lagi " kata Hizzwan masih mengusik.
" Hang kuang ajaq noh ? Hang kata Pak cik tua ? Hang jeles la tu. Tu la Pak cik suh hang menikah hang tak mau. Kalau tak tadi pon hang sweet macam tu jugak. Bila nak menikah ? Anak Pak Akob hujung kampung tu nak dak ? " tanya Encik Hisyam. Encik Hisyam bekerja di UUM sebagai seorang pensyarah.
" mana ada Izz jeles. Izz tak nak fikir lagi lah pasal menikah menikah ni. Izz ni belajar pon tak habis lagi. Izz masih banyak masa lagi. Anak Pak Akob hujung kampung tu ? Ehh, memang tak lah. Mati hidup semula pun Izz tak nak " jelas Hizzwan. Dia memandang Encik Hisyam sekilas dan terus fokus kepada permanduannya. Setelah sampai di masjid, mereka masuk beiringan ke dalam.
Selesai solat Jumaat, mereka terus pulang ke rumah. Suasana di dalam kereta menjadi sunyi. Hanya kedengaran suara dari radio sahaja.
" Hari ni Liza mai kan ? Malam nanti, lepas Maghrib hampa mai lah rumah Pak cik. Pak cik ada buat makan - makan sikit " pelawa Pak cik apabila terasa sunyi.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...