~ CHAPTER 44 ~

1.1K 37 0
                                    

Syafiqha dan Heliza berjalan beriringan masuk ke dalam bilik Heliza yang terletak di hadapan bilik Hizzwan. Heliza menguak pintu biliknya sebelum manarik tangan Syafiqha mengikutnya.

"Fiqha mandi lah dulu. Malam ni Fiqha tidur dengan angah. Banyak angah nak story dengan Fiqha" kata Heliza. Syafiqha hanya menurut. Syafiqha tersenyum melihat wajah pensyarahnya itu. Sekarang bukan di kampus, jadi tidak perlulah untuk berprof-prof dengan Heliza.

Syafiqha masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, Syafiqha terus solat. Selesai solat Syafiqha terus duduk di atas katil berhadapan dengan Heliza.

Telefon yang berbunyi menandakan notifikasi masuk dibiarkan.

"Berseri-seri muka angah. Nak kahwin kan?" usik Syafiqha.

Dia begitu senang apabila berbual dengan Heliza walaupu jarak umur Heliza lebih tua tiga tahun berbandingnya. Helixa tersenyum malu.

"mana ada. Pandai jer Fiqha" balas Heliza.

"Lusa ni Fiqha jadi pengapit angah tau" Syafiqha terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Heliza.

"Ehh, kenapa pula? Bukan kawan angah je jadi pengapit?" tanya Syafiqha.

"Diorang tak nak. Diorang nak jadi dulang girls angah. Fiqha.. Boleh laa" pujuk Heliza. Syafiqha mengangguk setuju. Bukan selalu dia menjadi pengapit. Heliza tersenyum melihat anggukkan dari Syafiqha.

"Siapa suami angah? Handsome tak? Kerja apa?" tanya Syafiqha. Belum sempat Heliza membalas, pintu biliknya diketuk seseorang.

Tok
Tok
Tok

"masuk" jerit Heliza apabila tudung sudah tersarung di kepala.

Hizzwan menguak pintu bilik kakaknya lalu terus melangkah masuk ke dalam. Wajah Heliza langsung tidak dipandang. Telefon dilekapkan di telinga. Ada orang membuat panggilan.

Hizzwan bergerak ke meja solek Heliza sambil bercakap dengan orang di hujung taliannya.

"Awak rasa? Yer, saya tahu. Hahahaha miss you too.. Bla bla bla " pedih luluh hati Syafiqha mendengar 'miss you too' yang keluar dari mulut Hizzwan. Syafiqha menundukkan kepalanya. Menahan air mata.

Setelah dapat apa yang dia mahu terus Hizzwan melangkah keluar dari bilik Heliza. Heliza yang memandang tingkah laku Hizzwan.

Heliza memandang Syafiqha yang menunduk itu.

"Fiqha masih berharap dengan Izz ke?" tanya Heliza. Syafiqha mengangkat wajahnya memandang Heliza. Syafiqha tersenyum paksa.

"Tak ada lah" balas Syafiqha.

"Jangan tipu angah. Cakap betul-betul. Fiqha harapkan Hizzwan balas cinta Fiqha? Betul kan?" duga Heliza. Dia tahu bahawa Syafiqha sudah lama memendam perasaannya kepada adik lelakinya. Dia tahu Syafiqha cintakan Hizzwan.

Syafiqha mengangguk.

"Fiqha jangan risau. Angah tahu Izz tu tak ada girlfriend. Memang ramai orang nakkan dia tetapi percayalah. Seorang pun dia tak layan. Ini kan pula nak bercouple. Memang tak lah. Angah cuba tanya dia okey. Fiqha jangan risau. Kalau Fiqha jodoh Izz, Izz lari lah sejauh mana pun. Fiqha tetap akan jadi isteri dia. Percayalah" pujuk Heliza menenangkan Syafiqha. Heliza tersenyum.

Susah sangat ke kau nak try si Fiqha ni, dik? Kesian aku tengok dia. Kot yer pun tak pernah bercinta, takkan tak nak try couple? Mana tahu dia adalah jodoh kau? Lahai Fiqha. Angah akan buktikan yang Fiqha adalah wanita paling terbaik untuk adik angah. Kata Heliza di dalam hati. Heliza mengajak Syafiqha tidut. Selimut ditarik. Lantas tangan bergerak menuput lampu tidur yang berada di sebelah katil.
*********

Tepat pukul 6:15 pagi Syafiqha bangun dari tidur. Dia mengerling ke sebelah. Heliza sedang bermain telefon. Heliza dibiarkan. Lantas Syafiqha bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Kemudian dia keluar untuk menunaikan solat selepas mengenakan seluar panjang bewarna hitam dan & jersi M.U bewarna merah bewarna merah. Rambutnya diikat sotang satu seperti ekor kuda.

Selesai menunaikan solat, Syafiqha mengajak Heliza turun. Segan juga dia ingin turun ke dapur seorang.

"Angah, jom turun" ajak Syafiqha.

"Jom" kata Heliza sepatah sebelum memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar.

Pintu bilik dikuak oleh Heliza. Apabila pintu terbuka jelas Hizzwan baru ingin keluar dari kamar tidur. Heliza terus keluar meninggalkan Syafiqha dan Hizzwan. Hizzwan memberikan satu senyuman yang boleh mencairkan mana-mana sahaja gadis.

Syafiqha membalas senyuman itu sebelum dia berkata.

"I love you" ungkap Syafiqha dengan beraninya. Entah tiba-tiba idea gilanya datang.

Hizzwan sedikit terkejut. Ehh, minah ni. Beraninyer. Kata Hizzwan di dalam hati. Terjegil matanya memandang Syafiqha.

"eii, senget!" balas Hizzwan lalu terus berjalan meninggalkan Syafiqha di belakang.

"Betullah! Saya sayang awak!" kata Syafiqha sambil sedikit kuat sambil mengejar Hizzwan di depannya. Lengan Hizzwan di paut.

"Ramai lah, Fiqha. Lepas." ujar Hizzwan perlahan. Syafiqha yang mendengar terus tersenyum menggoda.

"Ouh, okey. Saya faham. Maksud awak kalau saya berdua dengan awak macam tadi tu boleh lah saya pegang tangan awak macam ni? Omg! So sweet! Awak malu kan? Comel lah awak ni" balas Syafiqha langsung tak bertapis. Dia sudah tekad, biarlah Hizzwan gelarnya senget sekalipun. Dia tetap akan cuba memikat hati lelaki ini.

"Ya Allah! Kau berikanlah petunjuk bagi hamba mu yang penuh dengan dosa ini, ya Allah..." belum sempat Hizzwan menyambung ayat seterusnya, Syafiqha sudah mencelah.

"Amin" sampuk Syafiqha.

"Apa yang amin?" tanya Hizzwan pelik.

"Awak doa kan tadi? Saya aminkan lah. Nampak tak saya ni ada ciri-ciri sebagai makmum awak? " tanya Syafiqha dengan keningnya diangkat berulang kali. Hizzwan terus menarik tangannya sebelum meninggalkan Syafiqha di belakang. Syafiqha sudah tersenyum. Suka betul dia melihat wajah Hizzwan yang berona merah itu.

Syafiqha mengejar Hizzwan sambil berkata 'i love you' berulang kali. Lagi laju langkah Hizzwan lagi kuat dia mengungkap kata-kata itu.

Aduh, menyampahnyer aku! Rungut Hizzwan di dalam hati. Hizzwan memusingkan badannya menghadap Syafiqha di belakang. Syafiqha tidak sempat memberhentikan langkahnya terus melanggar tubuh Hizzwan.

"Aduii, sakitnyer. Kot yer pun nak break tak payah lah break mengejut!" rungut Syafiqha sambil mengurut dahinya yang berlaga dengan dagu Hizzwan. Hizzwan membongkokkan badannya manakala kepalanya di dekatkan dengan telinga Syafiqha.

"Diam boleh tak? Orang ramai ada dalam rumah aku sekarang ni. Tolonglah Fiqha. Aku nak tampar, kang cakap aku ni lelaki tak guna sebab pukul perempuan. Boleh ehh, dia sekejap jer" Rayu Hizzwan. Syafiqha tersenyum seperti kerang busuk. Syafiqha terus berjalan mendahului Hizzwan. Hizzwan melihat pemergian Syafiqha dengan keluhan kecil.

Syafiqha terus berjalan mendekati Tengku Hanis. Pipi Tengku Hanis dikucup lembut.

"selama pagi, aunty" sapa Syafiqha. Tengku Hanis tersenyum.

"Selamat pagi, Fiqha. Tak payah lah beraunty-aunty dengan bonda. Panggil bonda jer" kata Tengku Hanis. Dia begitu senang apabila bersama dengan gadis itu. Syafiqha pula sudah menganggap Tengku Hanis sebagai separuh dari keluarganya.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now