~ CHAPTER 12 ~

1.6K 58 0
                                    

Hizzwan terjaga dari tidur apabila terdengar suara bayi menangis. Hizzwan toleh ke kiri, rupanya bayi yang sedang tidur audah pun bangun. Ibunya masih dibuai mimpi. Serius lah mak long ? Anak kau menangis tepi telinga, takkan kau tak dengo ? Telinga kau dekat mana ? Kaki ? Eeii, kalau lah kau bini aku... Aku latak air kumuhan dalam botol susu sumbat dalam mulut desis Hizzwan di dalam hatinya.

Hizzwan perlahan - lahan mengambil bayi dalam lingkungan empat bulan lalu dikendong. Hizzwan menepuk punggung bayi itu lembut. Bayi itu perlahan - lahan menutup matanya malah tangisanya semakin berkurangan. Hizzwan merenung wajah suci bayi itu. Bersih. Sangat bersih. Wajah bayi itu suci seperti kain putih yang tiada sebarang kitoran. Wah, kau buat macam anak kau pulak nak peluk - peluk bagai. Kahwin dulu Hizzwan bisik Hizzwan sambil senyum seorang diri.

19 Jam Kemudian

" Eehh, anak aku mana ni ? Haa sudah, aku campak dekat luar ke ? Takkan lah. Zahira, nama kau letak anak kau ? Zafran, pergi mana ni ? Kenapa tinggal ummi ? " bebel orang sebelah Hizzwan iaitu Zahira. Hizzwan tenung wajah Zahira. Mata dia mana ? Dekat peha kot perli Hizzwan di dalam hati.

" Haa ! Kau curi anak aku !! Ni lah budak zaman sekarang, nak anak tapi tak nak kahwin.! Lepas tu kebas anak orang !! " tuduh Zahira lalu mengambil Zafran dari kendongan Hizzwan. Hizzwan biarkan sahaja apa yang dilakukan. Hizzwan bangun lalu mengambil langugenya. Hizzwan berjalan keluar setelah dibenarkan.

" eehh, dah senang - senang kebas anak orang lepas tu tak reti nak minta maaf " desis Zahira. Geram dengan perangai selamba Hizzwan.

" akak, tadi abang tu yang tidurkan anak, akak. Waktu tu akak tidur anak akak pula menagis " tegur seorang peramugari wanita yang kebetulan lalu di situ.

" ouh, ye ke ? Terima kasih " balas Zahira. Dia berjalan keluar sambil mengkendong Zafran.

Kelibat Hizzwan masih tidak terlihat. Zahira terus mencari. Zahira berjalan masuk ke dalam McDonal untuk membeli air setelah kepenatan mencari Hizzwan. Selesai membeli, Zahira duduk di sebuah kerusi. Tiba - tiba dia perasan seorang lelaki berkaca mata hitam lalu di depannya. Wajah yang baru dikenali sewaktu di dalam kapal terbang. Tanpa banyak kata, Zahira terus memaut lengan lelaki itu. Lelaki itu memusingkan badannya.

" Yes ? " tanya Hizzwan.

" yes, jumpa pun. Penat nau mencarinye "

" sorry ? " tanya Hizzwan pelik.

" saya nak minta maaf sebab tuduh encik tadi. Salah saya sebab tuduh encik macam - macam. By the way thank you sebab tolong tidurkan anak saya. Saya penat sangat sebab tu saya tidur. Zafran, ummi dah jumpa lah uncle yang tidurkan Zaf tadi " terang Zahira panjang lebar. Hizzwan memberi satu senyuman kepada Zahira lalu mengucup dahi Zafran yang masih di dalam kendongan Zahira.

" Kita pergi minum dulu boleh ? I ada banyak soalan nak tanya. And one more thing, janganlah nak panggil encik bagai. Just call me Syaf " balas Hizzwan. Hizzwan sudah tukarkan panggilan sebagai 'Izz' kepada 'Syaf'. Mereka berjalan masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual makanan halal.

" Zafran ni anak siapa ? Mana ayah dia ? " tanya Hizzwan setelah selesai membuat tempahan.

" you ingat Zafran ni anak haram ? Hahahahaha. Kelakar kan you ni " balas Zahira dengan tawanya apabila Hizzwan bertanyakan sebegitu.

" benda apa yang kelakar ? " tanya Hizzwan lagi. Okey ke minah ni ? Macam K.O je desis Hizzwan di dalam hati. Hizzwan menayangkan wajah blur.

" okey I terangkan dekat you. Husband I ada. Zafran bukan anak haram. Dia anak I dengan husband I. Husband I ada di sini. Last week, I kena balik Malaysia sebab ada hal. Husband I pula tak ikut sebab sebok dengan wedding adik I. Jadi I balik Malaysia dengan Zafran je. Sekejap lagi husband I datang ambil kitorang. I tak sekeji macam yang you fikirkan okey ? I masih betpegang kepada hukum - hakam " terang Zahira. Hizzwan mengangguk faham. Zahira menyedut air. Begitu juga Hizzwan. Telefon Hizzwan berdering.

" hello "

" haa, dah sampai "

" ouh, ada dekat depan dah ? "

" ye, sekejap. Nanti saya pergi "

" ye, sabo lah kejap. Eeii dia ni. Teringin nak makan kaki ke, wak ? "

" haa, tau takut. Assalamualaikum " Hizzwan menamatkan panggilan. Hizzwan bangun dari kerusi lalu berjalan ke arah Zafran. Hizzwan memgucup pipi dan dahi Zafran lembut.

" Bye. Uncle balik dulu. Jaga ummi dan abi Zaf okey ? Jadi anak yang soleh "

" okey, lah. I balik dulu. PA daddy I dah tunggu. Apa pon I minta maaf kalau ada terguriskan hati you terutamanya pasal Zafran tadi. Bye, assalamualaikum " sambung Hizzwan lalu menarik beg langugenya. Dia berjalan menuju ke pintu keluar airport tersebut.

Setiba di kereta, Hizzwan membuka but kereta lalu meletakkan bagasinya ke dalam. Hizzwan berjalan ke pintu hadapan sebelah pemandu lalu masuk ke dalam. PA Datok Rafiq hanya melihat.

" Laa, Syaf. Kenapa duduk situ ? Syaf, kena drive balik rumah sendiri. Saya kena ikut Datok " tegur Azrul apabila ternampak Hizzwan merebahkan penyandar kerusi.

" pulak dah. Apa kata kalau awak hantar saya dulu. Serius saya penat " rungut Hizzwan. Badannya sudah rasa sengal - sengal.

" sorry lah, Syaf. Saya tak boleh tolong awak. Gerak lu pape roger " balas Azrul lalu keluar dari perut kereta dan berjalan ke kereta Ranger Rover milik Datok Rafiq.

" roger hotak dia " desis Hizzwan lalu keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke pintu pemandu. Hizzwan masuk ke dalam. Kereta dipandu menuju ke lebuh raya.

*****

Tengku Hanis berasa risau akan Hizzwan. Telefon di tangan tidak lepas dari genggaman. Sangat risau.

" Bonda, tak payah la nak risau dengan adik tu. Pandai la dia jaga diri. Umur dia bukannya empat tahun " tegur Hizdfan. Dia tahu Hizzwan masih terasa hati dengan keluarganya.

" macam mama bonda tak risau kalau dia tak .... " belum sempat Tengku Hanis menghabiskan ayatnya telefon di genggamannya berdering. Malangnya bukan Hizzwan yang membuat panggilan malah Datin Mazlina iaitu ibu susuan Hizzwan dan Hazzwan.

" Hello, assalamualaikum " sapa Tengku Hanis.

" waalaikumsalam. Hanis, jangan risau. Hizzwan baru je sampai. Aku ada benda nak bagi tahu kau " kata Datin Mazlina setelah terdengar bunyi injen kereta di luar rumah. Ianya pasti Hizzwan.

" alhamdulillah. Benda apa tu ? "

" Hazzwan, dia dah nak kahwin ahad ni. Dia nak aku rahsiakan hal ini daripada keluarga kau kecuali Hizzwan. Tapi ahad ni kau kena hadir juga. Sekurang - kurangnya kau restu perkahwinan Hazzwan. Anak kau nak kahwin. Walaupun dia tak bagi aku jemput kau tapi aku nak kau ada waktu tu " jelas Datin Mazlina. Tengku Hanis sedikit kecewa. Kenapa korang buat macam ni dekat bonda ? Apa salah bonda dengan korang sampai sanggup rahsiakan perkara yang penting macam ni ? Tanya Tengku Hanis di dalam hati.

" Insyaallah. Kau jaga anak - anak aku tau. Okey, bye assalamualaikum " balas Tengku Hanis lalu mematikan panggilan. Tanpa sedar air matanya memgalir membasahi pipi.

I LOVE YOU SENGET [SU]Where stories live. Discover now