Selepas berbuka puasa, Syafiqha membersihkan segala pinggan, mangkuk dan cawan yang digunakan. Tiba-tiba telefon Hizzwan yang berada di atas karbinet dapur berbunyi.
Lantas Syafiqha mendapatkannya sebelum menjawab panggilan itu.
"Hello, assalamualaikum. Bonda!" sergah Syafiqha. Rindu benar akan ibu mertuanya itu.
"Waalaikumsalam, Fiqha? Laa, Izz dah sampai sini ke? Bertuah punya budak! Sampai Malaysia call apa pom tak. Tiga tahun lupa jalan balik Malaysia dia boleh diam tak bagi tahu orang. Eeii, geramnya bonda" bebelan dari Tengku Hanis membuatkan Syafiqha tergelak kecil. Memang bertuah pun suaminya itu.
"Yer, bonda. Ni Fiqha. Izz dan sampai sini nak masuk tiga hari dah. Fiqha tak tahu pula yang dia tak inform bonda" balas Syafiqha. Tengku Hanis yang mendengar hanya mampu.menahan sabar dengan anak terunanya seorang itu.
"Geram je bonda ni taw..."
"Fiqha, where's my phone?" pertanyaan Hizzwan membuatkan Tengku Hanis terdiam. Syafiqha menggerak-gerakkan iPhone XMax milik suaminya itu. Lantas dia menayangkan skrin telefon kepada Hizzwan.
Bonda💕🐯
Nampak tak dia save contact apa?
"Fiqha? Izz ke tu?" tanya Tengku Hanis apabila Syafiqha terdiam dan mendengar suara anak lelakinya.
"Err.. Haa ye, bonda. Haa, Izz dekat sini. Bonda cakap lah dengan dia. Fiqha nak sambung buat kerja. Bye, assalamualaikum" jawab Syafiqha sebelum menghulurkam telefon kepada suaminya. Hizzwan menyambut sambil menelan air liurnya. Dia memandang Syafiqha yang senyum penuh makna dengannya.
"Err, bonda?" panggil Hizzwan.
"Tengku Hizzwan! Kenapa balik tak inform bonda? Kenapa tak balik rumah? Elok sangat lah tu sampai-sampai tak inform kita yang dia dah sampai. Bonda geram tau dengan adik! Kita punya tahan rindur dekat dia, dia boleh senyap buat macam tak ada masalah. Tiga tahun tak balik! Ingat singkat ke masa tu? Tak rindu bonda lah tu" bebel Tengku Hanis beserta dengan rajuknya. Hizzwan tergelak besar.
"Bonda.. Mana ada adik tak rindu bonda. Adik rindu bonda sangat-sangat. Nanti raya kita raya sekali yer. Nanti adik balik buka puasa dekat sana sekali dengan menantu kesayangan bonda okey. Pak mertua ajak pi teraweh ni. Sat gi kita call lain nah. Bye bonda. I love you. Muahh! Assalamualaikum" balas Hizzwan. Sememangnya dia ke dapur untuk mengambil telefonnya untuk ke masjid.
"Hermm yerlah. Jaga menantu bonda baik-baik. Kirim salam dekat papa mama. I love you too. Muahh! Waalaikumsalam" kata Tengku Hanis sebelum mematikan panggilan.
Hizzwan silentkan telefonnya sebelum meletakkan ke dalam poket seluar yang di pakai. Kemudian dia menyusun langkah keluar dari rumah. Dia mengajak Dato Ramzan naik keretanya. Dato Ramzan yang mengikut. Kereta Hizzwan dipandu laju menuju ke masjid.
**********
Syafiqha melangkah naik ke bilik Syahril memandangkan adik lelakinya hanya menunaikan solat teraweh di rumah sahaja. Syahril juga ada kerja yang perlu dibuat.
Syafiqha mengetuk bilik adiknya sebelum menguak apabila mendapat keizinan dari Syahril.
"Haa, okey... I call you back... Yer nanti aku tolong... Haa okey okey... Syereghosyegheosyesyegho... Weh.. Line tak clear.. Bye bye" kata Syahril lalu mematikan panggilan sebelum mengeluh perlahan.
Perlahan Syafiqha memdekati adiknya sebelum dia duduk di birai katil sambil memandang Syahril yang sedang meraup wajahnya.
"Kenapa ni?" tanya Syafiqha prihatin.
YOU ARE READING
I LOVE YOU SENGET [SU]
RandomCerita ini tentang seorang Tengku Muhammad Hizzwan Syafiq yang digilai ramai perempuan. Lelaki ini juga adalah anak kepada seorang pelakon terkenal pada tahun 90-an. Lelaki ini berasal daripada Kanada. Di berkacukan dengan British. Setelah beberapa...